Showing posts with label Malapetaka Dunia. Show all posts
Showing posts with label Malapetaka Dunia. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Jerebu: Susilo mohon maaf kepada rakyat Malaysia, Singapura

Jerebu: Susilo mohon maaf kepada rakyat Malaysia, Singapura
Sumbermelvister


JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura susulan kebakaran hutan di negara itu sehingga menyebabkan berlakunya jerebu di kedua-dua negara jiran.

Permohonan maaf secara rasmi Susilo kepada rakyat Malaysia dan Singapura dilakukan menerusi satu sidang media, malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya berharap rakyat kedua-dua negara jiran dapat memahami situasi yang sedang dihadapi dan menegaskan Indonesia bertanggungjawab atas kejadian jerebu dan sedang berusaha keras untuk memadamkan kebakaran yang berlaku. - AP

Sumberbharian
Share:

Monday, June 24, 2013

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Jerebu sekarang dah semakin berleluasa dan berkembang menyebar ke beberapa pelusuk Benua Asia (Malaysia Indonesia) seperti mana yang berlaku sekarang adalah sangat berkaitan dengan masalah pencemaran alam sekitar.

Beberapa dari sekolah dan pusat pengajian terpaksa ditutup ekoran berlakunya jerebu yang sangat membimbangkan bagi para guru, ibu-bapa dan murid-murid. Arahan untuk menutup sekolah terpaksa dibuat sehingga masalah jerebu dapat distabilkan kembali

Mengapa jerebu boleh berlaku? apakah punca terjadinya jerebu di Malaysia? dan apakah kesannya kepada seseorang yang dijangkiti penyakit jerebu? beberapa sumber mengatakan :


JEREBU
Sumber 1 :

Fenomena jerebu yang melanda negara kita kini semakin serius dan berleluasa.Hal ini menyebabkan langit kelihatan mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka.Fenomena jerebu menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi masalah jerebu.

KESAN-KESAN JEREBU

IMPLIKASI KESIHATAN

Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.

DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH

Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat dibuktikan apabila dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping itu,kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius.

Punca Jerebu Jun 2013
Sumber 2 :

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Sejak beberapa hari lalu, jerebu di Semenanjung Malaysia kelihatan semakin memburuk. Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman Badan Meterologi Klimatologi Geofisika milik Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.

Jerebu : Punca Dan Kesan Berlakunya Jerebu Jun 2013

Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini. 

Imej dari Riauterkini.com bertarikh 18 Jun 2013 menunjukkan kebakaran yang tidak mampu dipadamkan. Cuaca kering mengakibatkan pembakaran terbuka tidak terkawal turut memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada oleh kerana tanah wilayah tersebut adalah dari jenis gambut.

Adakalanya adalah tidak adil untuk terus menuduh aktiviti pembakaran terbuka sebagai punca kerana musim kemarau dan kepanasan bumi di tanah gambut di sana mampu menyebabkan kebakaran dengan sendirinya.  Ini juga berlaku di beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Siapa yang mahu membakar kebun sendiri seperti di atas?

Namun, Indonesia menyebut, aktiviti pembakaran terbuka turut melibatkan syarikat perladangan Malaysia dan Singapura. Karikatur di bawah menterjemahkan sindiran tersebut.


Berita Terkini Jerebu Di Malaysia Sepanjang Jun 2013
Sumber :



Boleh jugak kalau nak check sendiri.. sila layari laman web : http://apims.doe.gov.my/apims/
Share:

Jerebu: Indonesia Boleh Ambil Tindakan Jika Syarikat Malaysia Terlibat

Jerebu: Indonesia Boleh Ambil Tindakan Jika Syarikat Malaysia Terlibat
Sumber : peraktoday

KUALA LUMPUR: Kerajaan Indonesia boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak berkuasa negara itu mendapati syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Malaysia terlibat dengan sebarang pembakaran terbuka di kawasan ladang kelapa sawit di Riau.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, undang-undang Malaysia tidak boleh dikenakan kepada syarikat yang didapati terlibat kerana kesalahan berkenaan dilakukan di negara seberang.

“Jika ada salah, Indonesia boleh ambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Undang-undang kita tak boleh dikuatkuasakan di sana,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun menurut Palanivel, beliau akan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut sewaktu kunjungannya ke Indonesia Rabu ini.

“Tapi ada di kalangan syarikat berkenaan mengatakan mereka tiada kaitan.

“Namun kita tetap akan jumpa dan kenal pasti jika berlaku perbuatan yang salah,” katanya.

Palanivel dijadual akan bertemu rakan sejawatannya di Indonesia pada Rabu bagi membincangkan cara untuk menangani situasi jerebu yang melanda beberapa negeri di Malaysia dan Singapura.

Antara perkara yang akan dibincangkan termasuk mewujudkan pembenihan awan di sana.

-mStar

Pembakaran terbuka di Riau bukan perbuatan syarikat Malaysia
Sumber : bharian

JAKARTA: Syarikat-syarikat Malaysia tidak terbabit dengan sebarang pembakaran terbuka di kawasan ladang sawit di Riau, yang sudah menjejaskan dengan teruk kualiti udara di sebahagian wilayah di Semenanjung Malaysia dan Singapura, kata Persatuan Pelabur Perladangan Malaysia di Indonesia (Apimi).

Setiausaha Eksekutif Apimi Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata walaupun ada kejadian pembakaran terbuka dalam kawasan ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, ia dilakukan oleh pekebun kecil di kawasan tanah yang mereka usahakan sendiri.

"Ingin saya maklumkan bahawa di dalam ladang milik syarikat Malaysia (Inti- atau pemilik ladang) telah diperuntukkan sebanyak 20 peratus untuk masyarakat di sekitar ladang Inti yang dimiliki oleh syarikat Malaysia itu.
"Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat untuk melakukan pembakaran terbuka untuk kegiatan penanaman semula tanaman mereka," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya yang mengatakan bahawa lapan syarikat Malaysia adalah antara 14 syarikat dikenal pasti terlibat dalam kejadian pembakaran terbuka di kawasan ladang mereka di Riau.

Nor Hazlan berkata pihak syarikat Inti tidak mempunyai kuasa untuk menahan masyarakat pekebun kecil daripada melakukan pembakaran terbuka dan apa yang dapat mereka lakukan ialah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan tentang kegiatan itu supaya tuduhan tidak dikenakan ke atas mereka.

"Namun demikian, apabila telah berlaku pembakaran itu, pihak Inti masih menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan kebakaran dari terus merebak ke tempat lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua lapan syarikat yang dinyatakan oleh menteri Indonesia itu adalah milik syarikat pelabur Malaysia kerana ada juga syarikat yang dimiliki pelabur dari negara lain.

Nor Hazlan berkata syarikat Malaysia yang mengusahakan ladang sawit di kawasan terbabit adalah anggota Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang melarang keras pembakaran terbuka dalam kegiatan penanaman semula, sebaliknya RSPO mementingkan alam sekitar dan amalan perladangan yang mesra alam.

"Sekiranya mereka melakukan kegiatan pembakaran terbuka, sijil RSPO yang dimiliki oleh mereka akan ditarik balik. Sijil ini adalah amat penting bagi syarikat-syarikat ini kerana tanpanya mereka tidak dapat menjual minyak sawit ke pasaran Eropah," katanya.

Nor Hazlan berkata sebagai anggota RSPO, kegiatan penanaman semula yang diamalkan ialah menerusi kaedah pemotongan dan pembersihan menggunakan traktor dan sebahagian daripada bahan yang dipotong seperti pelepah sawit digunakan semula untuk tanah di ladang itu sebagai baja.

Pada tahun ini, tidak ada sebarang kegiatan tanaman semula di ladang-ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, katanya.

Pihak Sekretariat Apimi, katanya pada setiap awal tahun memberi peringatan melalui "APIMI Bulletin" kepada semua anggota persatuan itu tentang permasalahan kebakaran yang sering berlaku di dalam ladang sawit.

Antara lainnya ia mengesyorkan langkah-langkah yang patut mereka ambil jika berlaku kebakaran di dalam kawasan ladang milik mereka, yang tidak dimulakan oleh mereka, katanya. - BERNAMA

** P.S : Adakah ini bala dari Allah S.W.T ? mungkinkah kerana maksiat yang tiap hari meningkat dan semakin meningkat di Malaysia ?
Share: