Showing posts with label Pemberian. Show all posts
Showing posts with label Pemberian. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’
Sumberbharian

London: Seorang graduan matematik menghasilkan coklat yang dianggap sebagai snek versi menyihatkan pertama dunia dan didakwa dapat membantu pengamal diet mengurangkan berat badan. 

Kepingan coklat 20 kalori itu yang dapat membantu pengguna menghilangkan berat badan, dibekalkan kepada restoran Michelin dan hotel di London.

Coklat yang dinamakan ‘The Chocolatier’ itu dicipta oleh Aneesh Popat, menggabungkan air berperisa koko untuk menghasilkan snek kalori rendah yang dapat membantu pengamal diet daripada memakan coklat berkalori tinggi. 

Ia tidak mengandungi bahan berlemak seperti mentega, krim, gelatin dan telur serta mempunyai pelbagai perisa. 

Dicipta graduan matematik 

Popat, graduan matematik berusia 25 tahun, berkata: “Sejak mula saya memang sukakan coklat. Jika semua dalam dunia dihasilkan daripada coklat, saya sudah memakannya. 

“Cinta saya pada coklat membawa kepada keasyikan dan menggunakan latar belakang matematik dan saintifik untuk menghasilkan gabungan perisa paling unik dengan tepat dan penuh kreativiti.
“Saya belajar sendiri dan sejak itu mendapat ilham daripada ramai pembuat coklat dan cef hebat. Saya mengembara ke seluruh dunia dari Brugges ke Mumbai mencari resipi terbaik.” 

Coklat menyihatkan itu dihasilkan dengan air berperisa seperti cola bergas, strawberi pudina, teh dan kekacang epal. 

Pakar pemakanan, Dr Sarah Schenker, berkata coklat berkalori rendah itu dapat membantu penggemar coklat yang mempunyai berat badan berlebihan. 

“Disebabkan coklat ini dapat berbangga dengan paras rendah kalori dan kandungan air tinggi, ia memberi manfaat kepada orang ramai yang mahukan makanan sihat selain sosej gulung atau coklat biasa. 

“Ia menjadi penggalak kepada orang ramai beralih kepada coklat menyihatkan ini sebagai snek tetapi perlu dimakan dengan berhati-hati kerana kita jangan lupa coklat sebenarnya boleh dinikmati sekali-sekala. 

“Sudah pasti faedahnya dapat membantu mengurangkan berat kerana mudah menjauhi snek tidak menyihatkan,” katanya. 

Popat berharap dapat membuka kedai pertamanya di stesen St Pancras di London pada musim luruh ini. 

“Reaksi orang ramai mengagumkan. Selepas mengambil resipi awal dan menghasilkan kumpulan pertama coklat ini saya tahu ia berpotensi mengubah hidup saya. 

Mahu buka restoran 

“Saya tidak pernah menyangka akan berada di tahap sekarang dan ia masih belum jauh. Proses seterusnya ialah membuka kedai dan memulakan hubungan dengan restoran. 

“Memang menyeronokkan mengetahui orang ramai menikmati apa yang anda hasilkan. Ramai bergelut dengan berat badan tetapi saya rasa saya di sini untuk menyelamatkan hari dan bentuk badan mereka,” katanya. - Agensi


** P.S : Ape lagik.. moh makan coklat bebanyak.. hehehehe.. tapi my advice, selidik lah molek-molek dulu makanan tuh.. jangan main bedal jer ape yang dah ada depan mate (^_^) aku bukan Majimbuu (pemakan coklat)
Share:

Hajimemashite, Ecah desu.

Hey guys!

Ecah_chan. That’s what people call me. Hajimemashite minna! (>.<)


Simply about me, I’m student of University Malaysia Kelantan taking Geosciences course.  I’m from Terengganu. I was born and brought in Terengganu. I’m young enough that you’ll wonder how old I am. Haha.

Erh. Enough with the story about myself. I don’t like to talk about myself actually. But, it’s not appropriate for me to write in this blog without introduce myself.
Actually, I asked Mr.Duad to give me his password of this blog. But, he’s so so so so kupik!! Anyway, thanks for your invitation. (^.^)
Heh.

By the way, I’m not a good writer and I've never wrote before. This is the first time. But people always start everything with the ‘first time’ right?

I still have one more paper to be killed before I can graduate. Hehe. Wish me luck! 
Share:

Saturday, June 15, 2013

Thanks Nuffnang !! KBM dapat 5 BE sekaligus

Thanks Nuffnang !! KBM dapat 5 BE sekaligus

Thanks Nuffnang !! KBM dapat 5 BE sekaligus.. fuh !! Kalau macam ni setiap bulan, kompom dapat backup untuk bayar domain (http://www.duadz.com/) tahun nih. Hehehehehe.....

1. BE RHB Debit Mass Usage

2. BE Ikea - Kitchen FY2013

3. BE KIA - WHAT IS PROJECT C?

4. BE KakaoTalk Campaign

5. BE INTI Cycle 3 Degree


Share:

Friday, June 14, 2013

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2013 / 1434 - 1435 H BAGI MALAYSIA

Bagi yang ingin tahu tentang TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2013 / 1434 - 1435 H BAGI MALAYSIA, boleh download dan tengok sendiri tarikh tersebut di bawah. Untuk imam-imam tarawih, silekan lah amik tahu.. jangan tersalah info pulak.. malu di persimpangan jalan pulak nanti. Ni xspecialy tuk pelajar-pelajar tahfiz lah, bakal imam tarawih 2013 (^_^)


Download :
Share:

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013
16 Mei 2013 - 4.00 a.m Selamat Hari Guru pada setiap guru yang telah banyak berbakti kepada masyarakat terutama bagi golongan sekolah rendah, tinggi dan di peringkat Universiti. Teringat pula nak update pasal Hari Guru ni sebab adik saye pagi-pagi lagi dah bising ada sambutan Hari Guru di sekolahnya. Dan mengingatkan kepada saye bahwa, saya tidak perpeluang untuk merasakan kegembiraan seperti yang dirasakan adik, sebab dulu saye sangatlah malas dan tak ambil tahu langsung Hari-Hari keramat sedunia.

Tapi saye pernah merasakan bahwa satu saat nanti saya akan menjadi guru dan mempunyai anak didik di suatu tempat pada suatu saat nanti, saye jugak mempunyai cita-cita untuk menjadi Pensyarah di sebuah Universiti dan hati masih kuat menekan perasaan supaye sambung belajar setinggi yang boleh.. bukan tinggi pokok ye. Dan insyaallah itu menjadi dorongan mental maupun fisik saye untuk terus belajar dan belajar.


Saye tahu saye masih tidak layak untuk menjadi seorang guru yang berkewajipan untuk mendidik pelajar agar mereka berjaya di dunia maupun di akhirat, dengan menggalas sedikit gelaran dari Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry hasil empat tahun setengah di bumi Aceh, Ijazah Sarjana Muda bukanlah menjadi benteng pertahanan Parti Barisan Nasional untuk menahan saye dari bertekad sambung belajar bagi program Master Pengajian Islam.

Ini bukanlah suatu kebanggaan bagi diri saye yang sangat masih memerlukan nasihat-nasihat dari sesiapa pun. Orang yang mendengar nasihat orang lain adalah seorang yang mempunyai hati yang ikhlas dalam mengharungi kehidupan seharian dan secara tidak disedari sifat bongkak dan tinggi diri akan terhapus sedikit demi sedikit. Bukanlah saye ingin menggambarkan bahwa saya adalah orang seperti itu, malah itu menjadi suatu yang menghalan saye dari melakukan sesuatu, tetapi itulah realiti dunia sekarang begitu orang bersemangat memberi nasihat, kata belakang dan ejekan menjadi panutan kehidupan manusia.


Saye pernah bersembang dengan ayah dan kadang-kadang sangat akur dengan keputusan ayah mengenai Hari Guru. Ayah pernah cakap, gaji bagi setiap guru sangat besar walaupun Gred yang dicapai tidaklah menyamai Gred 41 tetapi banyak bukti dan contoh yang diberikan ayah menunjukkan ketidak tulusan guru dalam mendidik pelajar, akurlah menjadi reaksi utama saye bile ayah bersuara.

Kadang guru terlupe yang mereka telah meng anak tirikan pelajar yang kurang berkebolehan dalam ruang belajar, sehingga guru terpaksa memendam ilmu di dada setelah deskan demi desakan oleh pelajar memprotes tingkah guru dalam menjalankan tanggungjawap sebagai seorang guru, maka timbullah rasa putus harapan dan berkeinginan untuk melepaskan kewajipan sebagai seorang guru terhadap anak didiknya.


Tapi saye tahu bukankan hal yang mudah memikul beban seorang guru apatah lagi diwaktu malanya pula mengajar ditempat lain dan semua guru tidak mahu anak didik mereka gagal dalam mengharungi kehidupan serta berdepan dengan bermacam ragam karenah bakal terjadi di masa hadapan. Saye tahu setiap guru mempunyai tekad yang kuat dibekalkan dengan pengalaman penuh di dada untuk tidak kalah dalam perjuangan memberi didikan seharusnya kepada setiap anak didik di sekolah.

Saya juga tidak mahu sifat busuk dan buruk mendiami jiwa saye bile saye diberi tanggungjawap sebagai guru. Dan prinsip hidup saye adalah, tidak mahu orang lain tidak tahu ape yang saye tahu, sebab disiplin hidup saye adalah semua ilmu kepunyaan Allah semata tiada siapa berhak mengakui ilmu datang darinya dari jerih payah mengharungi lumrah kehidupan. Semoga Allah Merahmati Kita Semua. Amin.

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013.

Yang Ikhlas : Duad Zainal (Syamil Salmanovich Basayev).
Share:

Thursday, April 11, 2013

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Jacket tuh adalah hasil seni dari aku sendiri. Smart tak? walaupun anda sume kate tak smart.. tapi aku tetap kate jacket tersebut smart.. sebab aku akan berbangge dengan ape yang telah aku hasilkan walaupun buruk dimate orang. Owh aku bukan nak kongsi dengan anda tentang jacket yang aku buat, tapi nak share sikit how to create jacket kat atas tuh. Serius very simple steps.

Untuk pengetahuan, aku tidak membuat jacket tersebut menggunakan aplikasi atau software-software yang mane memerlukan sedikit kepakaran dan keahlian dalam meng install software tesebut. Design untuk jacket tersebut aku buat secara online, maknenye.. anda jugak boleh menghasilkan jacket atau baju atau seluar atau yang berkaitan secara online.

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Memule, silekan anda untuk masuk ke website yang bagus ini : http://www.customink.com/. Kemudian sila ke bahagian Category atau Product (http://www.customink.com/categories/). Pilih jenis atau product yang anda ingin buat secara online di Customink.com, kemudian klik. Di sini product yang aku akan gunakan adalah T-Shirt (http://www.customink.com/categories/t-shirts/4/). Lepas kite dah pilih T-Shirt product, kite kene pilih yang lebih spesific, kat sini aku akan amik Long Sleeve. So klik kat situ (http://www.customink.com/categories/long-sleeve-t-shirts/17/styles).

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Kemudian pilih warna (pick color) yang anda mahukan. Kat sini aku akan pilih Gildan Ultra Cotton Long Sleeve T-shirt, klik pick. Kemudian Select a Color, Then Start Designing (http://www.customink.com/lab?PK=06100). Then anda akan dibawa ke page khusus untuk memulakan design mengikut selera atau kretivitas anda. Aku tak kretif sangat, tu pasal jacket yang aku buat tuh busuk jep (^_^). Owh lupe, kat situ, disediakan fasilitas seperti - Add Text - Add Art - Add Names. Hmm.. pandai-pandai lah anda ye, klik pada mane-mane yang rasenye boleh di klik ye. 

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Lepas dah siap seme.. jangan lupe untuk Save/Send. If you dont understand, u can see SS kat atas ea. Create Design Name, your Email (sangat penting) untuk dihantarkan design yang telah anda siapkan ke email yang anda isi tadi, kemudian klik Save Design. Buka Email anda, dan anda akan dapat email dari CustomInk.com . Selamat ber design !! (^_^)
Share:

Tuesday, April 9, 2013

Confirm Ke JPA Iktiraf Ijazah Anda?

Confirm Ke JPA Iktiraf Ijazah Anda?

Hari jumaat kemarin pihak JPA (orang atasan) ada call my father, nama beliau En.Shahrul yang sebelum ni dah janji untuk call back my father lepas my document selamat sampai ke pihak JPA. Patut lah sebelum ni, orang bawah dia (refer sini) call saye, bagitahu document yang dihantar tidak menempati syarat kelayakan JPA sebab lagi dua document tak sampai. Boleh baca balik post saye yang sebelum ni, nanti tak nyambung pulak dengan entry kali ni.

Wat.. aku (my father) dah sembang dengan En.Shahrul, dia tak berani nak bagi kata putus samada ijazah kau diiktiraf ataupun tidak. Sepatutnye drang ni dah ada panduan khusus tentang masalah ni, dan dari dulu lagi dah timbul masalah ni kenape settle lagi? Dulu time ayah tanya tentang IAIN ni, drang (JPA) kate untuk diiktiraf kene ada NOC. Then, skang dah ada NOC masih jugak tak iktiraf?

Dari ape yang saye dah bincang dengan my father, En.Shahrul yang mewakili JPA tuh pun tak berani nak buat kata putus, dan kalau dia buat kata putus hari Jumaat tuh, dan berani mengeluarkan surat keputusan tentang pengiktirafan ni.. of kos lah saye akan share dan begitahu pada semua Mahasiswa Malaysia di IAIN khusus Fakultas Ushuluddin yang ijazah mengkome tidak diiktiraf, kan sonang? Hah ! yang ni la mereka (JPA) takut, drang (JPA) tak berani nak putuskan sebab dah terang lagi bersuluh mereka (JPA) takde panduan khusus atau tak cube cari jalan untuk selesaikan masalah pengiktirafan IAIN.

Dan mase En.Shahrul tu talk to my daddy.. dia kate, nanti saye akan call En (ayah saye la) lagi. Tuh bererti, maybe En.Shahrul tersebut nak confirmkan atau berbincang masalah dengan dengan ketua dia, maybe? Kalau betullah dah ada keputusan, kenape tak direct terus pada ayah saye yang IAIN tidak mendapat pengiktirafan dari JPA, that simple lah ! sebab kalau masalah ni berterusan dan tergantung-gantung, akan lebih menyusahkan kami (graduate) untuk mohon kerja tetap (under gomen) macam j-Qaf dan sebagainye, kan susah lagi memeningkan? Saye tak tak henti-henti berdoa pada Allah (sebab Dia yang menciptakan semua ni) agar masalah ni selesai, kome pulak guane? Doa-doa lah ye..

Ni untuk anak-anak Ushuluddin, anda dah pasti ke ijazah anda diiktiraf? Ok moh kite tengok point yang saye rase penting untuk anda semue tahu, seperti mane yang diketahui bahwa JPA ade dua masalah mengenai pengiktirafan IAIN (Ushuluddin) :

1.Masalah gelaran.
2.Masalah syarat kelayakan untuk mendapat pengiktirafan seperti STPM, STAM, DIPLOMA dll.

Kalau rase tak paham boleh baca kat sini balik (BACA), ok sekarang ni cube tengok balik diri masing-masing, cukup tak syarat dari JPA :

Contoh 1, kalau JPA kate ijazah IAIN tidak diiktiraf berkaitan masalah gelaran, jadi bererti semua Mahasiswa Ushuluddin tidak akan dapat pengiktirafan dari pihak JPA, sebab dah terang lagi nyata gelaran yang dah ditentukan oleh pihak JPA (SAG) tidak same dengan gelaran yang dikeluarkan oleh pihak IAIN (STHI, STH, SFI). Jadi ijazah anda tidak diiktiraf ! owh ada yang kate kami cukup syarat, kami ada STAM, STPM dan sudah pasti ijazah kami diiktiraf wadud ! baeklah kalau begitu, kite tengok pulak contoh 2 di bawah.

Contoh 2, kalau pulak JPA kate ijazah IAIN tidak diiktiraf berkaitan syarat kelayakan sepertimane pihak JPA sendiri telefon saye (baca post yang sebelum ni) dan kate ijazah saye tidak diiktiraf sebab saye tidak memenuhi syarat untuk mendapakan kelayakan pengiktirafan dari pihak JPA, the konkulis is, ANDA JUGA TIDAK DIIKTIRAF ! sebab ape? Sebab walaupun anda cukup syarat dan memenuhi ketentuan dari pihak JPA, gelaran anda tidak same macam mane yang JPA dah tentukan. Are u get it?

Masalah ni takkan selesai kalau kedua-dua masalah diatas tidak dapat diselesaikan dengan baik. Aku tak tahu samada pihak IAIN atau JPA yang tidak mahu beri kerjasama dalam menangani masalah serius ni. Semua ni adalah masa depan kami (mahasiswa Ushuluddin) dan masa depan IAIN. IAIN tidak akan dapat mengeluarkan lagi mahasiswa Malaysia dari Fakultas Ushuluddin dan confirm-confirm lepas ni budak-budak mesti takmoh amik Ushuluddin lagi, at-least iktiraf la walaupun ada yang kate “Keje dibawah kerajaan tak kemane”.. tapi aku dah 4 tahun setengah woo.. macam yang saye kate tadi, paling tidak kene ada pengiktirafan dari JPA.
Share:

Friday, April 5, 2013

JPA Pening Dengan Masalah Pengiktirafan IAIN

JPA Pening Dengan Masalah Pengiktirafan IAIN
Kenape mesti nak takut kalau bende ah betul? Tu lah yang bermain dalam benak aku lepas JPA sendirik call aku, maybe my father dah siap fax dokumen aku dan sampai pada bahagian pengiktirafan (JPA), yang pelik.. macam mane dia boleh dapat my number? Kikiki.. so bermula lah perbualan aku dengan kakak tuh.. dia gelar diri dia kak? Huh..

JPA : Selamat Pagi (takde salam dah), ni Encik Adduat ke? Saya dari JPA.
Aku : Herk! (tengah makan) Mmm3.. ye saye.. ade ape ye?
JPA : En ada fax dokumen maklumat pengajian di Aceh, degree en ni tak diiktiraf, en ada STPM? STAM? Itu untuk pengiktirafan ijazah en.
Aku : Owh.. saye takde sume-sume tu cik.. kirenye ijazah saye tak diiktiraf la ni ye, hmm.. tapi ramai kawan saye di Aceh (IAIN) tu takde semua-semua tu cik, diorang pun tak diiktirak lah ye? Saye kene bagitahu diorang ni (jek je tuh).
JPA : Erk (dia agak gugup).. macam ni, nanti atasan saye akan hubungi ayah adk balik ye.
Aku : Oh.. baek lah kalau begitu, Assalamualaikum.
JPA : Waalaikumsalam.

Lupe pulak point aku nak cakap pasal, first dulu masa 2008, undang-undang kate sambung belajar di Aceh JPA diiktiraf, dan bile aku dah grade 2013, rules jadi baru dan berubah serta-merta. Drang perlukan PMR, SPM, STPM, STAM untuk dapat pengiktirafan di JPA walaupun di laman web pengiktirafan JPA mengiktiraf Ushuluddin Perbandingan Agama. Sepatutnye tak boleh macam tu, kalau aku masuk di Aceh pada 2008, jadi undang-undang berkuatkuasa mengikut tahun yang aku masuk, bukan mengikut tahun aku grade. So.. sepatutnye ijazah aku diiktiraf.

Jadi budak-budak aku yang masuk 2008 sumenye tak diiktiraf (hanya Ushuluddin)..?. yap itulah yang berlaku sekarang. Second, macam mane geng-geng aku yang dari KIAS, KIPSAS, MARSAH dan sebagainye, yang cukup syarat tapi tak same gelar macam mane yang JPA nak? Kirenye masalah pengiktirafan ni sebenarnye dari GELARAN atau SPM, STPM, STAM? Ok moh kite usha point-point penting kat bawah :

Masalah yang timbul :

1. Gelaran dari Aceh (IAIN) tak same dengan ketentuan dari JPA.
Gelaran yang diiktiraf JPA :

- Syariah : SHI.
- Dakwah : SSI.
- Ushuluddin : SAG.

Gelaran yang dikeluarkan IAIN :

- Syariah : SHI.
- Dakwah : SSI.
- Ushuluddin : STHI, STH, SFI. (ini yang jadi masalah)

2. Lepas my father dan aku dah bertungkus-lumus cube untuk berkomunikasi dengan JPA, masalah yang timbul bukan seperti mane yang di war-warkan sebelum ni (bahagian gelaran) :

- Untuk pengiktirafan kene ada PMR, SPM, STPM, STAM. (ikut flow).

Nampak tak kat situ? JPA pon macam penin dengan peraturan yang drang buat, drang pon penin bile bapak aku tanya tu nih, dulu kate masalah GELARAN, tapi kenape skang masalah PMR STAM lak? Nampak beno tak comeynyer.. ape-ape pon, kome-kome yang berkaitan doa lah bebanyak ye, mintak semoga masalah ni dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna, insyaallah, Amin !
Share:

Thursday, April 4, 2013

Wahabi Tu Betul Ke Salah Ajaran Dia?

Wahabi Tu Betul Ke Salah Ajaran Dia?
Sejak tak tahu nak buat mende nih, aku terdetik untuk bace artikel tentang Wahabi seperti mane yang diketahui pengasas Wahabi atau Wahabiyah ini bernama Syeikh Muhammad Ibn Wahab. Sebelum ni dah banyak aku dengar dari orang-orang yang mengatakan bahwa Wahabi ni membawa pahaman yang salah pada semua orang, membawa ajaran sesat dan mengkafirkan orang. Its that true? aku sendiri tak tahu nak konklusi kan case Wahabi ni macam mane, bile aku try search Google, memang banyak akan keluar pandangan dan pikiran yang negatif tentang Wahabi nih.

Dan.. untuk posting aku tentang Wahabi ni, aku tak akan buat atau tuduh mana-mana pihak salah atau benar, sebab aku sendiri masih dalam proses penelitian tentang Wahabi atau Wahabiyah, dah sesak nafas dengar kata-kata dan pendapat dari orang, dan seperti mane yang aku cakap.. banyak pandangan orang tentang Wahabi ini kearah negatif, jahat dan sebagainya. Tapi, ada beberapa artikel yang aku jumpe, yang mana penjelasan mereka tentang Wahabi ini adalah sebaliknye, yaitu tentang kebaikan dan ketulusan beliau (Syeikh Muhammad Ibn Wahab).

Aku cume pelik bile dengar dari kawan-kawan aku di Maahad Tahfiz tentang masalah Wahabi ini dikalangan para Ustaz? hahahahaha! opss sory.. bukan ape, rase lucu, tambah lucu lagi bile dengar ada Ust yang keluar dari Maahad tu disebabkan tak tahan dengan hal Wahabi nih.. kenape boleh jadi sampai berenti dari mengajar? sebenarnye, kalau takde orang yang bertopengkan syaitan, takkan ada masalah-masalah macam tuh, semua masalah tu terjadi dengan adanya hasutan-hasutan busuk syaitan pada hati dan jiwa manusia, bile manusia tak dapat kawal dan ikut nafsu, hancurlah jiwanya.

Ust yang keluar tu belajar di Pakistan (kalau tak salah) dan maybe banyak ajaran-ajaran dari Wahabi ini tersebar di sana, tapi aku tak kate ajaran Wahabi ni salah atau betul, sebab takde sumber yang betul-betul konkrit tentang Wahabi ini, kalau boleh, ada blogger yang boleh kongsikan pada aku tentang sumber yang sah tentang ajaran Wahabi ini, sila kan PM aku ye (duad1989@gmail.com).

Kenape mesti berlaku tuduh menuduh antara satu dengan lain, sedangkan masing-masing di pihak Islam, mengikut ajaran dalam agama Islam, menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Tak tahu pulak aku kalau Ust yang keluar tu tibe-tibe solat pakai sebelah kaki, ajar pelajar Tahfiz perkara yang haram, yang melanggar syariat Islam.. lastly kene tuduh? pergh! dan yang tak tahan.. pelajar Aceh, Mesir, Yaman pon kene tuduh Wahabi? hahahaha! walaupun yang mereka belajar adalah mengesakan Allah semata? habis Wahabi ni sebenarnye sape? engkau ke aku? atau.. engkau ke mereke?

Bile dah sampai masalah ni tersebar luas, sampaikan anak didik pun terikut dengan tuduhan tu (katenye wahabi yang tuduh menuduh?), ape citer? dan bile ditanye pulak pada budak-budak tu, ape wahabi tu? makanan ke? drang takkan dapat jawab sebab drang hanya ikut dari ape yang drang nampak dan tahu, idola merek adalah Ust-ust yang mengajar mereka.. nampak kan aliran air yang mengalir kat situ? Aku tak moh kate sape yang salah dan sape yang betul.. sepatutnye, Ust-ust tersebut, belajar bukan main jauh @ tinggi, tapi kenape ade jugak case-case yang macam nih? atau... adekah mereka hanya sengaje? ataupun.. mereka dengki dengan ape yang tak sepatutnye mereke dengki? hahaha..

U want the answer? pegi lah tanye sendirik Ust-ust di Maahad Tahfiz Malim Nawar.. eik? dah takde ke masalah tu? alhamdulillah.. bukan ape, dah banyak orang non muslim yang masuk Islam tanpa paksaan, tapi kenape pulak Islam same Islam suke sangat bertangkar? kalau anda tahu sekalipun mengenai Wahabi ni, kenape anda tidak menerangkan kepada semua orang tentang kejahatan Wahabi, kenape mesti nak tuduh tanpa ada bukti yang kukuh? dan lastly.. Islam tidak mengajar penganutnye untuk saling bertengkar dan bersalah faham, tanpa ada perbincangan, hmmm.. bagaikan Wahabi la, ke anda yang Wahabi?
Share:

Wednesday, April 3, 2013

Adsense Untuk Blog Bahasa Malaysia

Adsense Untuk Blog Bahasa Malaysia

Haish adsense ada positif reply to my blog lah.. keh3.. tapi, the prob is.. kome bace lah sendirik, adoi.. sejak bile pulak aku ada create account serius2010@yahoo.com? adoi.. kan dah jadi masalah.. ropenye adsense aku dah d approve oleh google adsense, cume tulah.. camne pulak aku boleh register on that account? peliks.. ok lah dia kate aku dah dapat adsense di account serius2010@yahoo.com, bile aku nak log in.. da kene block pulak! hadoi! tensen! bile nak recover pulak.. lupe security answer lak! hahaha.. dah lame aku tunggu adsense nih.. kalau dapat, confirm aku remove Nuffnang! hehee.. jahat kan?

Ni lah email yang dibalas ke email (duad1989@gmail.com) lepas baru jer aku resubmit untuk google adsense, err.. adsense dah boleh untuk blog Melayu? great news! terbaik lah! memang terkesima sekejap aku, walaupun bahasa Malaysia tak tersenarai dari senarai adsense, tapi still keluar jugak iklan dari Google, serius membuatkan aku semangat balik! (^_^)

Hello,

Thank you for your interest in Google AdSense. While reviewing your application, we noticed that your account information matches a currently approved AdSense account associated with serius2010@yahoo.com. Because our policies do not permit multiple accounts, we're unable to accept your new application at this time.

If you'd like to add duad1989@gmail.com as a login to your approved account, you can do so by following these steps:

1. Sign in to the AdSense account associated with serius2010@yahoo.com at www.google.com/adsense.
2. On the 'Home' tab, click the 'Account settings' link in the left navigation bar.
3. On the 'Account settings' page, scroll down to the 'Access and authorization' section at the bottom of the page.
4. Under 'Users with sign-in access,' enter duad1989@gmail.com and click 'Invite.'

Once you've invited duad1989@gmail.com as a login to your account, please check this address for an email invite and follow the instructions to add this new login.

If you can’t access your approved account with serius2010@yahoo.com, please follow the steps in our login troubleshooter: https://support.google.com/adsense/bin/static.py?hl=en&ts=2594929&page=ts.cs. In case you aren’t able to regain access to your account in the process, you’ll find an option to contact us. We’ll then work with you to access your account with your desired login.

Sincerely,

The Google AdSense Team
Share:

Pembubaran Perlimen 3 April 2013 PRU - 13

Pmebubaran Perlimen 3 April 2013 PRU - 13

Akhirnye pembubaran Parlimen telah diputuskan semalam pada 3 April 2013 oleh PM (Malaysia Prime Minister) setelah sekian lame menunggu dan menuggu.. macam-macam hal dan masalah terjadi selame nak menuju proses pembubaran perlimen dilaksanakan. Ntah kenape mule-mule aku rase semangat sangat nak cepat dan nak tahu bile lah PM nak umum pembubaran Parlimen, last-last aku pulak rase cuak? why - why -why?

Ape yang aku harapkan untuk kali ini, pemerintahan Malaysia mengikut aturan seperti mane yang digariskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Perkara yang wajib dalam Islam, itulah yang perlu dinaikkan bagi lebih memartabatkan dan semoga Allah memberi rahmat kepada masyarakat Malaysia, mudah-mudahan kurang lah sikit bala dari Allah.. kurang lah sikit dugaan menempuhi hidup nih.

Bagi aku, kenape kite mesti takut kalau sesuatu perkara tu benar dan lurus, kalau adil tu adalah perkara yang wajib semasa menjalankan cabutan undi, hal tersebut wajib dipantau dan dilakukan dengan sejujurnye.. itu barulah dinamekan mengikut panduan Agama Islam. Dan.. ape salahnye sekali-sekali tukar mood lak, bagi pembangkang pulak jadik PM, hehehe.. kite tengok macam mane pemerintahan mereke..

Selame mane niat dan tujuan kite betul, ape kerja sekalipun mesti akan betul mengikut panduan Allah.. tapi kalau dah salah, alamatnye mendapat murka Allah.. Malaysia.. antara Negara yang mempunyai musim yang pelik, maksudnye cuaca tak menentu.. panas membara bagaikan Neraka dunia, dah tu.. tibe-tibe pulak hujan mencurah-curah tak henti-henti, lepas ni i dont know ape pulak dugaan Allah nak bagi. Salah satu penyebab terjadinye keanehan ni adalah, Islam yang sebenarnye tidak lagi tertanam dalam hati warga Malaysia khususnye dan ttermasuklah pelaksaan syariat Islam yang tidak dilaksanakan.

Moh kite bace Harakah pasal pembubaran parlimen :

TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan akan membawa aspirasi parti dan manifesto Pakatan Rakyat dalam mendekati para pengundi di kawasan Parlimen Temerloh.

Ini berikutan beliau telah diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Temerloh pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Selain aspirasi parti dan manifesto Pakatan Rakyat, beliau turut merungkaikan serta memperjelaskan dokumen Negara Berkebajikan untuk pengetahuan seluruh rakyat.

"Selain daripada agenda utama PAS dan Pakatan Rakyat, saya juga akan meninjau isu-isu yang berkaitan dengan penduduk tempatan dan kita akan melihat bagaimana kita boleh selesaikan," katanya kepada Harakahdaily sewaktu program jelajah Negara Berkebajikan di Temerloh petang semalam.

Katanya lagi, jentera PAS telah berada pada peringkat akhir.

"Jentera kita sebenarnya telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa sahaja sejak dari tahun lepas lagi,” ujarnya.

Beliau menambah, dengan pembubaran parlimen yang diumumkan semalam telah menaikkan semangat petugas dan jentera parti untuk bekerja 24 jam.

Menurutnya, prinsip kerja yang dilakukan secara berpasukan iaitu gandingan PAS, PKR dan DAP akan menjadikan gerak kerja lebih mantap.

"Saya percaya gandingan ini akan menjadikan yang terbaik dalam kita menghadapi Barisan Nasional (BN).

"Kita mempunyai peluang yang tinggi untuk mencapai kemenangan terutamanya momentum anak muda dan juga kaum bukan Melayu yang terus memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.

Beliau pasti, siapa jua persaingnya pada pilihan raya nanti bukan satu masalah yang besar kerana gerak kerja serta sokongan dari semua lapisan masyarakat akan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat nanti.

Share:

IAIN Ar-Raniry Di Iktiraf? Wow !!

IAIN Ar-Raniry Di Iktiraf? Wow !! Tadi bapak aku ada ternampak satu poster yang mem promote IAIN Ar-Raniry bagi melanjutkan pengajian agama di Aceh, hmmm.. of kos bawah Minda (Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan), hahaha.. aku kenal kome weh, Hafizudin, Wafi, Salam, dan lain-lain lah aku dah tak bape nak ingat. Bagi aku bagus lah kalau ada promoter tuk ijazah di Aceh, tapi masalahnye macam sekarang lah.. aku takkan berenti menulis selagi masalah ni tak selesai, selagi kate Ushuluddin Perbandingan Agama tak iktiraf?!

Aku tak tahu ape yang Minda pikir kalau tahu IAIN tak diiktiraf JPA.. yeke tak iktiraf dud? untuk maklumat lanjut, boleh hubungi YPD PKPMI-CA dan tanya sendiri, ok lah banyak keje nak call persatuan, kite cube check sendiri di JPA. Boleh check di SINI. Adekah same dengan ape yang di promote @ dikatekan oleh Minda tentang pengiktirafan ijazah IAIN Ar-Raniry? Aje Naye woo.. aku penah jadi imam di Maahad Islah, same case jugak.. siap buat banner lagik.. siap kate DIIKTIRAF oleh JPA. Den bukan ape.. salah info, silap-silap boleh mengundang kemarahan orang woo.. yelah, tajaan kite kan, orang dah bayar ape sume.. lastly, mudah je Usuluddin tak diiktiraf.. gilow.

Ops..ade yang perlu aku betulkan pada poster yang dipromote oleh Minda, ape tu dud? cube kome besarkan pic@screeshort kat atas, cube tengok di bahagian Mengapa Pilih UAIN Ar-Raniry, Rujuk ww.interaktif.jpn.gov.my. Kalau JPN, aku check dan result yang keluat adalah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. Maybe salah taip ke ape kan, untuk check pengiktirafan JPA, boleh check di sini (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp). 

Bagus lah Minda buat promoter untuk ijizah di IAIN Ar-Raniry nih dan jangan pulak kabo aku nak burukkan Minda, malah ni satu pencerahan kepada Minda untuk betulkan balik dan selidik dengan lebih detail, same jugak dengan MOU antara institut-institut dengan IAIN Ar-Raniry Aceh, kene selidik betul-betul.. jangan jadi macam aku, dah 4 tahun setengah, tibe-tibe kate tak iktiraf? padahal dulu katenye diiktiraf bagai.. last minute, eden dah grade, pap! tak iktiraf pulak.. hahaha.. best woo.. 4 thn setengah tu macam 4 jam 30 minute jep (^_^).
Share:

Tuesday, April 2, 2013

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Kenape saye kate SPA ada link dengan JPA, first masing-masing dari Agency tersebut dibawah kerajaan yang diberi mandat untuk menjaga atau memantau masalah-masalah orang awam (masalah terkait khusus di Malaysia), second, bile kite tengok sendiri di SPA pulak.. SPA me link kan web Pengiktirafan Kelayakan di laman web jpa.gov.my. Saye bagi bukti kat bawah :


Mungkin anda kate saye bohong atau tipu, untuk sampai ke web tersebut, keme wajib daftar dulu di SPA (http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp), then isi la ape yang patut, tapi saran ku, janganlah hantar dulu resume, nanti dah grad baru best nak isi segale macam kan? ok, kalau dah register, cube masuk ke bahagian Maklumat Akademik - Pengajian Tinggi (http://putra6.spa.gov.my/spa8new/mainFrame.jsp), then cube cari dan klik kat tempat yang saye highlight kat atas tuh.

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Kite akan dibawa ke laman web rasmi JPA bahagian Pengiktirafan Kelayakan (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp). Di situ lah anda boleh "menge" check adakah ijazah anda diiktiraf ataupun sebaliknye.. nak dijadikan cerite, cek punye cek.. alhamdulillah, tersenarai jugak IAIN Ar-Raniry Banda Aceh, okeh skang cube kite same-same check.. caranye :

Negara : Indonesia.
Institusi : Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry.
Bidang : kosongkan
Carian : Usuluddin. Bukan Ushuluddin.

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA
Klik butang Cari/Search. Nanti akan keluar banyak result, cube cari INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI AR RANIRY, BANDA ACEH, kalau dah jumpe, klik di Perincian & Penafian/Detail & Disclaimer. Kite akan di bawa di halaman Perincian & Penafian/Detail & Disclaimer (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/Sijil/frmSijilIPT.asp?Bidang=B0000&Negara=I03&Institusi=I0300403&strID=15759). Tengok screenshort kat bawah :

Bukti SPA "Ber" Link Dengan JPA

Yang aku pelik dibahagian bidang, kalau betul drang kate (JPA - MQA - JPT - SPA) tidak meng iktiraf Ushuluddin, kenape di Syariah, Dakwah iktiraf? sedangkan bidang drang takde pulak kaitan dengan sastera, sains kemasyarakatan, dan.. kenape di SPA ada Ushuluddin Perbandingan Agama, dan lagi.. kalau betul lah tak di iktiraf, why still ade lagik IAIN di senarai Pengiktirafan Kelayakan? Whay - Whay - Whay.. (sampai salah la tulis)
Share:

Bukti IAIN Ar-Raniry diIktiraf SPA !!

Tibe-tibe pulak rase nak bukak SPA lepas may ses kate "ko kene daftar dan isi kat SPA tuk keje wat".. what that mean? SPA.. SPA yang panas-panas tuh ke long? hah! bukan lah.. SPA tu maksud diew Suruhanjaya Pekhidmatan Awam. Tempat tuk mohon keje, mana tahu satu hari drang panggil interview? kan? so lebih baik dari yang terbaik saye pegi kejap usha-usha web SPA tu.. kot-kot ada info penting tuk saye yang jahil nih?

Yang buat saye semangat nak gi usha SPA tuh lepas dengar dari YPD PKPMI-CA yang ijazah Ushuluddin Perbandingan Agama tak diiktiraf? wow! dulu kate iktiraf, so apehal tibe-tibe tak iktiraf pulak? ape nasib dak-dak ushul? camne dengan MOU yang di war-war kan IAIN Ar-Raniry diiktiraf JPA? nape skang lepas saye dah grad di IAIN Ar-Raniry, JPA kate tak diiktiraf.. ini satu penganiayan (betul ke ejaan) !!

So untuk mendapatkan kebenaran yang sah, lebih baik saye sendirik yang selidik masalah ni, walaupun hanya sekadar di alam maya.. so aku pegi lah JPA, MQA dan SPA untuk mendapatkan kepastian, the result is, my course already added, Sarjana Ushuluddin, dan Universiti pon ada tersenarai di JPA bahagian Pengiktirafan Kelayakan, tapi kenape boleh dilabel sebagai Institut yang tidak diiktiraf? weird !!

Bukti IAIN Ar-Raniry diIktiraf SPA !!

Bukti dari SPA !! tuh cube usha kat atas.. kalau nak besokan gambo, klik je yep, tu dari SPA tau.. bukan SPAM, SPA yaitu Suruhanjaya Pengkhidmatan Awam. Nanti saye update pulak pasal MQA yer.. takpe-takpe, gua memang nak pegi pon PJ, nak talk sendiri dengan orang atasan dier, mudah-mudahan settle masalah..Amin.. untuk kome jugak (dak Ushul).

Pikio kejap ok, kalau lah kate Ushuluddin Perbandingan Agama tidak diiktiraf, nape kat SPA ada tersenarai course yang aku amik? lau nak tahu, JPA - MQA sate team, JPT jugak.. masing-masing ber link satu sama lain.. haish !!
Share:

Saturday, March 30, 2013

Makanan Yang Boleh Menguatkan Otak Anda

Aku ada terbaca satu artikel berkaitan kesihatan, makanan yang boleh menguatkan ingatan, boleh mengembalikan kembali memori lame, dan yang best.. bebuahan tersebut termasuk dalam kategori my favourite fruit lah.. avacados.. hehehe... menurut beberapa kajian, kekacang, dedaunan dan ikan (mempunyai Folic Asid dan Omega-3) boleh menguatkan ingatan manusia dan berpotensi membuat memory recall. Baca article di bawah ini :

Makanan Yang Boleh Menguatkan Otak Anda

Omega-3

Studies have also shown that eating fish will help to slow the decline. The omega-3 fatty acids found in fish (and nuts) are great for the brain. Omega-3 is important to keep those brain cells structurally intact. Because our bodies do not produce its own Omega-3, we have to get it from our food sources, usually fish and vegetable oil. 

Makanan Yang Boleh Menguatkan Otak Anda

Folic acid

An Australian study found that eating plenty of foods rich in folic acid was associated with faster information processing and memory recall. After just five weeks of introducing adequate folic acid into their diets, women in the study showed overall improvements in memory. Lentils and leafy greens are good sources of folic acid, while avocados are a great source of both folic acid and Omega-3.

What else can you do?

Sleep: A big part of memory is attention. If unfit to pay attention, you won't be able to remember things properly.

Exercise: Regular physical activity has been shown to decrease the risk of dementia and Alzheimer's disease by about half.

Use your brain: Just as you need physical exercise for a good body, you want mental exercise to keep your brain healthy.

These tips will give you a little push to help your mind become as fit as an elephant's. If all else fails, you can always do the tie-string-on-finger trick.
Share:

Monday, March 25, 2013

Converter Word to PDF Full Version

Skang ni sangat susah kalau nak share software2 pirate nih.. file hosting skang dah banyak filter, so sangat susah nak carik hosting yang ok macam Mediafire, Hulkshare dan lenlain. Dan skang dah banyak forum yang share movie-movie, software dan segale macam yang dianggap pirate, akan dihapus macam itu jep, same jugak kes yang terjadi dengan account Mediafire aku, di Ban terus account aku, ces..

So aku jadik terpikir, camne aku nak share software yang aku rase bergune tuk sume.. sorang brader nih mintak share satu software converter word to PDF, memang aku ada sopwer tuh.. cume jadik masalah bile nak up kat hosting yang terbahek macam mediafire.

Converter Word to PDF Full Version

Takpelah.. untuk brader Marios, software yang ko request tuh aku dah share kat bawah, tapi aku linkkan dengan site asli dia, so lebih bagus dan selamat ko nak donlod.. hehehe.. size software tu sangat lah kecik, so takde masalah kowt bro.. bagi haku, software nih terbaik tuk converter word to PDF.

Rasenye ko tahu kan camne care nak gune? hehehe..

Share:

Sunday, March 24, 2013

System Massage From Chitika

Lepas dah cukup seminggu aku join di Chitika, ntah nape aku jadik rajin je nak login di Chitika, kalau nak kate earnings tuh, im still new on Chitika. Tapi takpe, ape2 pon, mesti ada baik dari ape yang berlaku. Mmm sebenarnye takde lah baik mane pown, tapi ape yang Chitika dah bagi tau kat aku :


Sebenarnye aku pon tak berape paham dengan ape yang Chitika nih nak sampaikan, aku paham ape yang dia sampaikan kat aku, tapi bile aku buat, tak jadik macam mane yang diharapkan.. hehehe.. maybe salah cara ke hape, den tak tahu la pulak.. 

System Massage From Chitika


Dan.. lepas aku unclaimed then claimed again, nothing happen la pulak... tapi ade mende baru yang aku dapan, dan aku rase memang dari dulu lagi aku nak Ads jenis yang macam nih, Intext. keh2.. Ads Intext.. Ads yang disediakan oleh Chitika dalam bentuk Intext, bagi aku memang power kalau pakai Ads Intext, sebab, kadar klik dari pengunjung tinggi berbanding Ordinary Ads.
Share:

Friday, March 22, 2013

Cara Mudah Buat Blogspot 2013

Seminar Penulisan Blog "I'm Bloggers"

Sabtu - 23 Maret 2013
Jam : 09.00 - 11.00 am
Aula Teater Fakultas Syariah

Anjuran :
Akademik & Penerbitan PKPMI - CA
Himpunan Mahasiswa Jurusan Syariah
Ahwal Sahksiyah

Apa itu blog?

Blog adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini sering kali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama) meskipun tidak selamanya demikian, situs web seperti ini biasanya dapat diakses oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut. Cara Mudah Buat Blogspot 2013 beserta gambar :


Cara Mudah Buat Blogspot 2013

2. Login menggunakan akaun Gmail anda.

Cara Mudah Buat Blogspot 2013

3. Apabila anda user baru, tampilan pengesahan akan diminta untuk diteruskan kepada blogspot. Klik Continue to Blogger.

Cara Mudah Buat Blogspot 2013

4. Pada tampilan awal blogspot, klik New Blog.

Cara Mudah Buat Blogspot 2013

5. Pilihlah niche @ jenis blog yang anda inginkan. Di sini saya menggunakan niche blog umum dengan judul "Blog Bersama".

++ Di bahagian address, saya gunakan "blogforeva". Hasilnya seperti ini "http://blogforeva.blogspot.com"
++ Pilihlah template yang disediakan oleh blogspot untuk sementara. Di sini akan menggunakan template Dynamic Views. Klik Create blog!.

Cara Mudah Buat Blogspot 2013

6. Klik "View blog" untuk melihat blog anda. Tahniah! anda sudah berjaya membuat blog.

++  URL atau address anda : http://blogforeva.blogspot.com/.
++  Niche @ Jenis blog anda : Blog Bersama.
Share:

Thursday, March 21, 2013

Cara Mudah Buat Gmail 2013

Seminar Penulisan Blog "I'm Bloggers"

Sabtu - 23 Maret 2013
Jam : 09.00 - 11.00 am
Aula Teater Fakultas Syariah

Anjuran : 
Akademik & Penerbitan PKPMI - CA
Himpunan Mahasiswa Jurusan Syariah 
Ahwal Sahksiyah

GMail atau dikenal juga dengan Google Mail adalah layanan email berbasis web yang disediakan oleh Google secara gratis. Cara mudah buat gmail 2013 beserta gambar :

1. Buka : https://mail.google.com/mail/?tab=wm

Cara Mudah Buat Gmail 2013

2. Fill in the blank boxs, isi ruangan yang disediakan.

Cara Mudah Buat Gmail 2013

3. Verify your account, masukkan no HP anda. Continue. Anda akan menerima no verify (unique serial) dalam beberapa saat jika no HP yang anda masukkan benar.

Cara Mudah Buat Gmail 2013

4. Setelah itu, anda akan dibawa ke halaman editor profile, klik Next step. Klik Continue to Gmail. (ingat @ copy email anda).

Cara Mudah Buat Gmail 2013

5. Siap! Anda berhasil membuat email pertama anda. syamilsalmanovich@gmail.com.

Cara Mudah Buat Gmail 2013

Share:

Wednesday, March 20, 2013

Cara Posisikan iklan Di Bawah Judul

Sebelum nih aku ada share di KBM tentang Cara Posisikan iklan Di Tengah Postingan, skang pulak aku nak share kepada anda sume camne cara untuk Posisikan Iklan Di Bawah Judul. Sebenarnye ade yang tak kene bile aku buat iklan di tengah2 artikel aku, scripts yang dipasang di template mengganggu code IMG, tu yang masalah, bagi aku yang suke letak gambo bebanyak, scripts yang disesuaikan di tengah tadi akan potong code IMG kiter.. sungguh tidak menarik..

Satu lagi, biler anda dah pasang scripts tuk disesuaikan kat tengah, align anda akan terganggu.. dia akan ter "set" kepada align left.. tak comey lah kalau macam tu.. bagi anda yang tak kisah, its ok, tapi aku suke KBM ni kemas walaupun agak bersarang.. so aku pikir jalan terbaik untuk gantikan posisi iklan di tengah tadi kepada di bawah judul artikel.. dan, bagi aku ok lah.. tak ganggu mane2 code template kiter (^_^)

Cara Posisikan iklan Di Bawah Judul

Haku rase, anda patut cube trick yang satu nih.. buatlah pilihan yang bijak, dah macam promoter dah.. aku rase Posisikan Iklan Di Bawah Judul adalah terbaik banding ditempatkan iklan di tengah postingan atau artikel. Cekidot Cara Posisikan Iklan Di Bawah Judul :

1. Login ke Blogger -> Edit HTML.
2. Backup dulu template Anda untuk jaga-jaga apabila terjadi kegagalan.
3. Centang Expand Template Widget.
4. Cari kode <data:post.body/> apabila Anda jumpe banyak kode yang sama macam itu, pilih kode yang nombor dua.
5. Kemudian code iklan anda di atas kode <data:post.body/>:

Save template.. kalau nak lagi cantek, boleh jugak alter dengan menggunakan code (center) dan jangan pulak lupe nak tutup code (center) tadi, nanti tak terbaca pulak coding anda.. ngeh2.. wokeh guys, kalu tak buleh, tanye jer kat bahagian comment yep..
Share: