Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Tarawih Di Banda Aceh Indonesia

Hari ni dalam sejarah diary wadud, pertama kali shalat tarawih di Banda Aceh Indonesia hehehe.. macam biasa dan takder ape yang beza dengan Malaysia, cume yang beza tuh untuk Ramadhan 2011 kali ni wadud tak berdiri kat depan jadi Imam tarawih, jadi Makmum pulak la ^_^, memang dah berhasrat sebelum datang Ramadhan lagi, taknak jadi Imam, umm.. alasan? nak jadi Makmum, nak relax, (beza relax bulan puasa dengan Ramadhan) nak feeling suasana di Banda Aceh, wow.


Best suasana kat sini, best dia kat mana tau? hehe.. kalau area Darussalam ni, rasa-rasa Masjid yang ada Aircond mungkin satu jer kort ^_^, ni bukan mengutuk, ni respect. hehe.. bayangkan? boleh dikatakan setiap Masjid di area Darussalam ni takder kipas, Aircond apetah lagi kan? bukan per, terbanyang pulak kalau-kalau time tu wadud yang jadi imam, huh kepanasan la kat depan, kompom hilang ayat-ayat.

Sini kuat agama, pegang sungguh-sungguh agama sampaikan kata 'orang yang shalat tarawih 8 rakaat adalah Muhammadiah'. Bukan ape, sebenar terkadang dalam otak kite dah set, trend sekarang wajib tarawih 20 atau 8 rakaat, sedangkan berbalik pada ape yang pernah Rasul lakukan. Yang kuat adalah, Rasul pernah buat 20 rakaat, dan pernah jugak 8 rakaat kemudian sambung selebihnya di rumah. Banyak lagi pendapat para Imam dan Ulama mengenai kes macam ni. 

Pikir balik sebelum kita bermati-matian pertahankan sesuatu tu, jangan sampai terlalu extreme sampaikan bende yang sunnah kata wajib kan? ^_^ moga kita terselamat dari semua kesalahan tersebut, Amin. Mmmm.. untuk hari pertama tarawih ni, rasa bahagia sangat, rasa bersyukur sebab Allah masih berikan lagi kehidupan kepada diri Muhammad Adduat ni untuk bertemu dengan bulan mulia Ramadhan, tapi tak tahu lagi macam mana dengan Aidil Adha kan? kita semua sama, manusia tetap manusia.

Mesej yang wadud nak sampaikan untuk entry ni adalah, selalulah kita ingat siapakah sebenarnya diri kita ni? dari mana asal kita tercipta? siapakah pencipta kita? dimanakah akhirnya hidup kita? dan.. orang yang bahaya keadaannya adalah apabila dia mengingati MATI, dia tidak merasakan apa-apa, mengingati AZAB, tidak terpikir apakah yang akan membakarnya. Jadi, bagaimanakah KITA
Share:

Friday, July 29, 2011

Syaitan Bebas Di Bulan Ramadhan


Selamat menyambut bulan mulia Ramadhan yang telah lama dinanti-nanti oleh para muslim di serata dunia, semoga Ramadhan pada kali ini atau tahun ini menjadi suatu yang istimewa dan membawa berkah kepada setiap muslim di dunia khusunya, agar dapat mendekatkan lagi hubungan antara sesama manusia sekaligus antara manusia dengan Allah s.w.t.

Ramadhan kali ini akan bermula pada 1 Ogos 2011 hari Isnin. Opss.. jangan lupe tak buleh makan dan minum, tak buleh buat perkara maksiat, perkara yang boleh mebatalkan puasa, wajib jaga tingkah laku, pandangan, segala perkara yang biasa kita lakukan. Sembang pasal puasa di bulan Ramadhan, ramai orang termasuk wadud sendiri keliru dengan berita yang ter 'war-war' di mana-mana yang berbunyi bahwasanya 'syaitan diikat di bulan Ramadhan', di otak kita mesti telah ter 'set' dengan kata 'diikat' dan bermaksud tidak ada syaitan pada bulan mulia Ramadhan. Hehehe.. nanti dulu.. banyak ulama mengeluarkan pendapat dari pengertian 'diikat' dengan suatu yang berbeza.

Ada yang mengatakan bahwa 'diikat' itu membawa maksud 'dilemahkan', ada pula mengatakan bahwa 'ketika bulan Ramadhan syaitan dihalang segala perbuatannya untuk mengganggu manusia, agar manusia boleh menjalankan ibadah dengan sebaik-baiknya', ada jugak yang mengakan bahwasanya 'syaitan itu terlepas, namum tidak boleh berwewenang mengganggu manusia seperti bulan-bulan biasa'.

Ini bererti, syaitan di bulan Ramadhan itu 'ada' dan bebas seperti bulan-bulan lainnya, hanya saja tidak mempunyai kekuatan seperti kekuatan di bulan biasa. Bukti? sangat terbukti bile satu hari tuh, wadud dengan sorang kawan ditugaskan untuk Imam Tarawih di Kampar Perak, biasanyer setiap malam kami akan keluar jalan-jalan atau lepak dekat depan Masjid, satu hari ni, wadud rasa tak larat nak keluar, so.. si Amin (kawan) keluar la sorang-sorang depan Masjid tuh, kawasan dia memang sunyi sepi, hutan kiri kanan, belakang tempat tinggal kami pown ada tempat mandi jenazah, belakang tu lagi ada lembah. Abaikan semua tuh, cume nak bagi imagine cikit.. hehe..

Jadi, dalam beberapa minit.. Amin masuk balik dalam bilik kami, buat muka pucat pulak, ingatkan saje-saje, agak lama sikit Amin mendiamkan diri barulah dia bersuara :

Amin : dud.. bulan Ramadhan ada syaitan jugak ke?

Wadud : aku tak pasti la, pehal?

Amin : ntah.. aku dengar macam-macam kat luar, orang jalan kaki la, orang seret-seret kaki la, bunyik sana sini, yang paling pelik buah jatuh banyak kali..

Wadud : hang bio betoi.. (cuak sebenar time tu)

Amin : try pegi keluar seorang-sorang kalau tak percaya..

Wadud : mmm.. tak pe kot, jap lagi aku nak gi tandas.. (cover jugak, haha)

Kami terdiam, dan mulai saat tuh, wadud mula buat kaji tentang syaitan di bulan Ramadhan. Kebanyakkan ulama mengatakan bahwa memang jin atau syaitan bebas di bulan Ramadhan tetapi bebasnya jin itu tidaklah sebebas ketika di bulan biasa. Bila dah tahu, baru wadud perasan yang sebelum ni bukan orang yang ganggu masa Imam Tarawih di Masjid Ayer Tawar Perak, macam-macam bunyi, sebab masa tuh persepsi wadud mengatakan bahwa 'syaitan memang takde di bulan Ramadhan' hehehe.. jadi sekarang dah tahu, dan tahu, dan tahu.. so.. jangan buat macam-macam ea.. hehehe.. bukan Allah saje yang melihat perbuatan kita, tapi Jin, Iblis, Syaitan jugak datang tengok ^_^ Semoga Ramadhan kali ini akan membawa sesuatu yang mulia bagi setiap manusia di dunia ini. Amin.


Untuk menambah wawasan mengenai PUASA, wadud ada buat satu asingment mengenai puasa, dari wajib, sunat, tidak boleh puasa dan beberapa hal yang perlu untuk kita ketahui mengenai puasa. Kalau ada yang nak kritik, nasihat, pendapat dan lain-lain.. letak kat komen ea.. hehehe.. ^_^

Share: