Thursday, February 25, 2010

Pita rakaman kematian Jacko didedah

LOS ANGELES – Satu pita video yang dipercayai rakaman semasa pasukan perubatan memberitahu mengenai berita kematian Raja Pop, Michael Jackson telah didedahkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman itu menampilkan seorang petugas perubatan Jabatan Bomba Los Angeles menghubungi Hospital Universiti California Los Angeles.

“Pesakit kami ialah bintang pop Michael Jackson. Nadinya tidak berdenyut dan dia tidak bernafas. Kami cuba mengembalikan pernafasannya tetapi gagal,” kata seorang petugas dalam rakaman tersebut.

Polis di sini menyatakan pita itu akan digunakan dalam perbicaraan pembunuhan tanpa niat penyanyi itu oleh doktor peribadinya, Conrad Murray, 56, pada tahun ini.

Sebelum ini, Murray menyatakan bahawa Michael masih bernyawa dan nadinya berdenyut semasa dia dimasukkan ke dalam sebuah ambulans oleh pasukan perubatan berkenaan.

Raja Pop yang turut dikenali sebagai Jacko meninggal dunia di rumah sewanya di di sini pada Jun tahun lalu setelah denyutan jantungnya terhenti dipercayai akibat pengambilan ubat secara berlebihan.

– Agensi
Share:

0 comments: