Thursday, May 20, 2010

Tip Elak di Pukau

Tip Elak diPukau
Pukau biasanya menggunakan jin. Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat berhenti bacaan). Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam terutama semasa mahu tidur. Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati sepenuh hati serta yakin dengan Allah. Insya Allah, ayat Kursi ini bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan banyak lagi khasiatnya.Berikut ialah tempat-tempat berhenti apabila membaca ayat Kursi untuk dijadikan penawar. Baca setiap baris ayat dengan satu nafas.

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah

إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Secebis Pengalaman:

Membaca ayat Kursi ini, kite niatkan untuk pelbagai perkara, seperti menghindari pencuri dari memasuki rumah, semasa mahu bermusafir (untuk mengelakkan mana-mana jin mengikut tatkala melintasi kediaman mereka) dan lain-lain.
Pernah seorang penuntut Malaysia yang menuntut di Amerika membaca ayat Kursi bagi mengelakkan diri dirogol. Alhamdulillah, Mat Saleh (Mat Toleh sebenarnya) yang mahu mengganggunya tidak jadi meneruskan niatnya. Bagi menambah keberkesanan bacaan kita ialah sucikan hati dari mazmumah, taati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dalam perkara yang kita sudah tahu. Insya Allah, selamat. Percaya bahawa Allah yang kita seru melalui ayat-ayatNya inilah yang menjaga kita. Bukannya bergantung kepada ayat itu sendiri. Oleh sebab itu, kita dituntut memahami ayat yang dibaca agar lebih mudah dihayati.

Wallahua’lam.
Share:

8 comments:

Dzasc Skachers said...

wow info yang bagus.. teruskan kak asyi :-), sya skong dari semua arah, hehe.. untuk dalila misman boleh la amalkan ayat nie, bukan khusus untuk elak pukau jer, tapi boleh gak halau jin.. :-)

Ibu Hidayahamin said...

maklumat yang baik untuk pengetahuan kita bersama.

Dzasc Skachers said...

terima kasih buat kak asyi sudi post artikel yang sangat berguna buat semua :-) trimas gak kat hidayah amin sudi lepak blog nie, hehe..

Hunny said...

semoga dapat dijadikan amalan semua...

Dzasc Skachers said...

amien ya rabbi.. :-)
bukan hanya untuk dapat elak pukau, tapi boleh dijadikan amalan sehari2 :-)

rin~eirie de' sEcond said...

ayat kursi-memang banyak manfaatnya...

Asyi@asyar said...

trima ksih akhi wadud... adk kn manager huhuhu :)
tok hidayahamin syukran same2 kte amalkan'y, yg baik menjadi ikutan, yg buruk dijauhkan n sama2 kte kongsi :)

untuk sahabat semua, same2 kte kongsi info nie :)
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya..............

Dzasc Skachers said...

rin : saya sokong.. :-)

kak asyi : manager kaki lima ada la kak asyi..hahahha..
wow info lagi.. :-) keep it up kak..he..