Hari nieh hari jumaat.. kira wajib bagi kaum adam untuk mengerjakan solat jumaat, dan jumaat juga adalah penghulu dari segala hari.. yela.. secara logik jugak, mengapa jumaat dikatakan penghulu hari dari segala hari, kita lihat sejarah balik..
Nabi Adam, diciptakan pada hari jumaat, bumi juga diciptakan pada hari jumaat, dengan itu Allah mengangkat hari jumaat tu semulia2 hari berbanding hari2 yang lain.. dengan itu jugak kita boleh menyakini bahwasanya memang betol kalau dikatakan akan berlakunya kiamat pada hari jumaat, Nabi Muhammad pernah mengatakan " kiamat berlaku pada hari jumaat kerana Allah menciptakan bumi pada hari jumaat, dan Allah juga akan memusnahkannya pada hari jumaat " kira2 macam tu la kata dari Nabi Muhammad..
Jadi, bertaubat la sahabat2 ku sekalian.. hehe.. sebenar bukan pasal tu yang wadud nak kongsi dengan kawan2, tapi mengenai khutbah jumaat yang disampaikan oleh seorang Lecturer dari Syariah kalau tak salah, beliau membicarakan mengenai kehidupan manusia, wadud buat secara ringkas je la ok..
Untuk pengetahuan kawan2, di Aceh Indonesia ini, tidak ada peraturan dalam berkutbah, kalau macam Malaysia, setiap script yang dibawa oleh khatib tu, sudah ditentukan oleh kerajaan, kalau di Aceh, diaorang dah berjaya melaksanakan syariat Islam, cuma tidak 100% diikuti sebab tak mungkin semua manusia boleh ikut, tapi insyaallah satu hari bumi Aceh akan menjadi pedoman negara2 lain dalam mempertahakan syariat Islam, amienn.. berbalik pada khutbah tadi, khatib di Aceh berhak memberi apa sahaja khutbah, apakah yang berkaitan dengan agama, politik, hukum-hakam dan sebagainya, tiada sekatan untuk itu.. kalau x paham, boleh tanya wadud.. hehehe..
Jadi sebagai singkatan dari panjangnya khutbah khatib tersebut, wadud nak kongsi satu perkara yang membuatkan wadud sungguh menyesal bila khatib memberi penjelasan mengenai hati yang keras pada seseorang tu.. beliau menyampaikan satu hadist atau dari kata ulama, dari Nabi Muhammad S.A.W berkata :
" Suatu hari, datang seorang sahabat kepada beliau untuk bertanya mengenai perihal yang terjadi kepada dirinya, sahabat itu bertanya :
Sahabat : Ya Rasul Allah, mengapa aku tidak boleh menangis sedangkan hatiku pada waktu itu sangat sedih, sehingga pada suatu saat aku terlalu sedih tetapi gagal juga mengeluarkan air mata, kenapa Ya Rasullullah?? apakah yang terjadi pada diriku ini??
Rasullullah menjawap : Keringnya air mata kerana kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyaknya dosa, banyaknya dosa kerana alpa kepada mati, alpa kepada mati kerana kuatnya angan-angan, kuatnya angan-angan kerana begitu cintanya kepada dunia. "
Tanya balik pada diri kita wahai manusia ciptaan Allah, manusia yang diciptakan dari tanah, yang telah berhasil atas sebab kedua ibu bapa kita, dari setitis air mani, menjadi seketul darah, seketul darah menjadi seketul daging, seketul daging menjadi seketul tulang, lalu seketul tulang itu ALlah selimuti ia dengan daging, kemudian Allah memberi roh kepada ciptaannya itu, lalu jadilah ia manusia...
Tapi kenapa manusia tidak ingat kepada ALLAH??!!! kenapa sombong??!! padahal dulu manusia itu najis!! kotor!! bila dah besar, pikir diri macam Tuhan, layak ke engkau wahai manusia??!! dulu masa kecil insan yang bernama ibu itu bersusah-payah melahirkan, sanggup tidak makan minum, pantang sana-sini, tapi bila dah besar korang lawan insan yang mulia tu???!!! korang sepak terajang dia??!! korang maki hamun dia??!! makhluk jenis apa korang ni??!! korang bukan manusia, tapi binatang!!!!!
Aduh.. wadud dah panas, muahahahahha... tapi bukan korang, korang semua baik2, wadud tau, ape2 pon, jika ada yang terasa hati.. wadud dengan rendah hati memohon agar kawan2 sedia memaafkan kata2 wadud yang menyinggung perasaan korang.. :) time kasih, hehehe.. :)
6 comments:
wadud!
aku sedih.
aku pon manusia cam tuh.
tak sedar diri.
hamba jek.
tapi blagak ade semua.
hmmm
@reen_sofee semua orang macam tue, tapi kita kene ada usaha untuk berubah..:)
aku pon camtuh gak, lagi terok pe..hehehe
yea tul2, kita kn ubah diri kita dulu...then br bole ubah org lain
@DALILA a'ah betol... saya sokong 200%..hehe..
terima kasih kerana menyediakan bahan bacaan ini
semoga Allah swt merahmati kita semua dunia dan akhirat
@mama hidayahamin sama2.. :p
ape yang boleh saya buat.. insyallah saya buat kak.. tapi setengah orang x suka baca artikel2 macam nieh...hehee
Post a Comment