Friday, July 2, 2010

Kita Manusia Yang Bagaimana? ~ khutbah jumaat ~

Jumaat hari nieh, juga membuatkan wadud merasakan bahwa betapa jahatnya diri wadud, betapa jijiknya insan yang bernama Muhammad Adduat nieh, sungguh2 berdosa.. rasa semacam x layak untuk mendapatkan kebaikan dari Allah.. begitulah penangan dari khutbah yang wadud dengar hari nieh, sungguh mmenyentuh hati..


Khatib hari nieh mantab, beliau menceritakan mengenai tiga perkara yang membuatkan wadud terasa hati, pertama mengenai dunia akhirat, kedua mengenai shalat dan pakaian perempuan, ketiga mengenai syurga neraka, wah semuanya sangat berkaitan dengan diri wadud dan semua manusia yang ada di muka bumi Allah.. jadi wadud rasa wajib kalau wadud sampaikan apa yang telah khatib sampaikan pada jumaat tadi, dan jugak wadud khususkan pada kaum hawa untuk mendalami atas apa yang wadud nak sampaikan ini.. ini jugak translate dari bahasa Indonesia kepada bahasa malaysia, hehehehe...




dunia bisa hapus dengan hanya separuh kepak malaikat. Nauzubillah.


Dunia ini tidak kekal seperti kekalnya dunia yang dinamai Allah " Akhirat ", jadi manusia seharusnya mengingati alam akhirat melebihi dunia, tetapi apa yang berlaku sekarang, manusia bukan sahaja tidak melebihkan dunia, malahan melupakan kehidupan di akhirat, sebabnya keseronokan yang mereka dapatkan di dunia ini sehingga hati dan otak mereka hanya lah dunia semata2, terlupa pulak pada alam akhirat setelah berakhirnya dunia.




sungguh berani manusia menempuh alam akhirat dengan dosa yang melimpah2.


Sebenarnya, Allah menciptakan dua alam bagi makhluk yang bernama manusia adalah sebagai rahmat dan ujian Nya kepada manusia, cuma mereka tidak nampak atau terlupa, Allah menciptakan dunia ini sementara untuk manusia sebagai ujian Nya, ujian yang manusia itu sendiri nampak tetapi hanya disimpan didalam poket baju kerjanya, yang kemudiannya terbuang secara tidak tersengaja atas kelalaiannya dalam mencari2 kemegahan, keseronokan, kemewahan dan sebagainya di dunia, lalu lupalah ia akan ujian yang disimpannya tadi, melainkan jika ia menyimpannya di hati.. maka kehidupan di dunia akan membuatnya menjadi seorang yang berwaspada dan berhati-hati dalam bermain2 dengan kehidupan dunia.




Sebatas inikah gambaran manusia kepada syurga ALlah?


Maka dengan itu, Allah merahmatinya dan menyanyanginya kerana begitu berhati2nya dia dengan ujian Allah, secara automatik dia akan menjadi seorang yang kuat mengingati Allah dan kuat beribadah, dengan itu maka akan menjadi asbab kepadanya untuk mendapatkan syurga yang kekal abadi, yang di dalam syurga itu tidaklah boleh wadud gambarkan betapa indahnya, betapa bersihnya dan segala macam yang kita mahukan untuk memuaskan nafsu kita, dengan sekilatnya pantas kita dapatkan, tersenyumlah manusia yang ditempatkan Allah kedalam syurganya yang kekal abadi.




Adakah itu yang di maksudkan dengan neraka Allah??


Berbanding dengan menusia yang tidak ingat kepada akhirat, maka setelah berakhirnya kehiduoan dunia, barulah ia berdoa dengan berkata " rabbana absorna wasamigna farjigna nak' mal solihan inni mukinun " berarti.. " ya Allah tuhanku, sekaran barulah aku melihat, mendengar segalanya, inilah dunia yang kekal, kembalilah aku kepada dunia untuk aku beribadah kepadamu ya Allah ".. dengan itu Allah tidak akan memulangkan jasadnya di dunia melainkan dengan siksaan yang sangat pedih, kerana begitu banyaknya peringatan dan amaran dari Allah dan Rasulnya ( yang memberi nasihat ) kepada manusia itu, menangislah ia dengan tangisan seorang manusia yang gagal dalam hidupnya.







Mahukah kita jika melihat anak2 kita berpakaian seperti ini nanti?


Mengapa tidak Allah masukkah ia kedalam syurga Allah? kerana kelalaiannya dalam menjalankan perintah Allah kepadanya selama kehidupannya di dunia, kelepaan nya kepada maksiat, wanita2 yang mendekatinya, harta2 yang tidak berhenti mengalir di dalam akaunnya, sampaikan secara total tidak nampak akan ujian Allah yang selama ini telah lama menghampirinya.. seperti perempuan2 yang di Banda Aceh ini, secara terang2ngan berpakaian yang menutup aurat tetapi membuka nafsu orang yang melihatnya, mengapa tidak? menutup aurat bermaksud ia menutup aurat, tetapi pakaiannya ketat, sehingga membuka nafsu sesiapa saja yang melihatnya, itu di Aceh yang terkenal dengan kekuatan keislamannya.. bagaimana pula dengan negara lain khususnya Malaysia??


Allah hu A'lam..
Share:

0 comments: