Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran.....

Minal Aidin Wal Faizin by Wadud@duad n Asyi@alasyr

Assalamualaikum.. dikesempatan ini sy dan wadud ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat sahabat semua mohon dimaafkan segala keclpan sepanjang ukuwah terjalin ini moga ia akn lestari abadi.. berbekalkan sisa ramadhan iman dan amal kita akn terus mekar selamanya disisi mu Ya Rab..

Selembut bayu hembusan kasturi, seindah cerianya suria pagi, sedamai hati memuji ilahi, bagaikan di taman firdausi... seindahnya pelangi cantik mewarnai bumi, menghiasi pentas dunia ini yg subur kerana sinarnya, selembutnya suara merdu menusuk dijiwa.. mengalunkan kata2 hikmah mencari kekuatan diri.. alunan suci dan abadi.. seindah sabda dan selawat nabi, melengkapi kekuatan diri...menghiasi kehidupan insani...

Berlalu ramadhan fajar syawal menjelma.. muslimin dan muslimat menyambut hari raya... takbir dilaungkan tahmid dibacakan, sebulan berpuasa telah kita laksakan.. berkumpul sanak saudara, bertemu keluarga bahgia, berseri wajah ayah dan bonda then menguntum senyuman ceria :) diambang fajar syawal menjelma lerailah rindu selama ni membara.. sekian lamanya xbersua, kini bertemu dihari raya....... tangan dihulurkan, pohon kemaafan, ikhlaskan dihati bersyukur pada ilahi... sedang menjamu selera, dgn juadah yg tersedia, jgn pula kita lupa kdp yg xupaya.. hulurkan lah sedekah dan bantuan, ringankn bebanan mereka.. agar dpt turut bergembira menyambut hari yg bahagia...

Dalam riang bergembira, ingatlah pada yg tiada, dihari lebaran yg mulia kunjungilah pusara mereka.. tiada ape harta dibawa.. hanyalah amalan didunia, doakan semoga sejahtera bertemu tuhan yg maha essa..

Kpd semua rakan blog yg xjemu ziarah kt blog wadud nie.. trimas semua :) doa dan harapan kami, semoga sahabat dlm lindungan ALLAH.. Amin 3X ya ALLAH...




Share:

0 comments: