Saturday, September 25, 2010

Susahnya Masuk Ke Syurga. ~ Khutbah ~

Khutbah kali ni, wadud cuba untuk berkongsi segala apa yang wadud dapat semasa dalam ruangan resmi khutbah jumaat.. sangat menarik dan menyentuh hati bagi yang mendengar nya, jugak berbunyi semacam amaran yang sangat keras dari Allah.. jadi, wadud rasa menjadi suatu kewajipan untuk menulis nya semula, semoga menjadi pedoman bagi kita ummat Islam khususnya, Amin..


Khatib mula bersuara dengan suara yang rendah diselangi ayat-ayat pembukaan dalam majlis mulia JUmaat di Masjid fakultas Ekonomi, masing-masing menegakkan kepala memberi tumpuan yang sepenuhnya supaya mendapat keberkatan sekaligus pahala yang penuh di sisi Allah.


Syurga adalah makhluk ciptaan Allah yang dijadikan bagi hambanya, sebagai suatu balasan dariNya untuk hambanya yang beramal shaleh kepadaNya, yang memenuhi segala peraturan yang telah ditetapkan olehNya, supaya menjadi cubaan agar hambanya itu taat kepadanya, adakah hanya dengan sedikit kebaikan yang kita peroleh tetapi mendatangkan dosa sanggup kita menjual Islam dan Iman kita?


Hadist Nabi berbunyi :

syurga itu dikelilingi, dilindungi oleh perkara2 yang sulit.


Dengan itu maka Allah menciptakan makhluk yang bernama syurga dan neraka bagi semua makhluk yang telah Ia ciptakan, termasuk lah manusia, binatang dan segalanya, sekecil-kecil makhluk nya pun tidak akan terlepas dari pandangan Allah apatah lagi lari dari hari akhir dunia, Subhanallah..


Suatu hari datang seorang anak murid kepada gurunya yang bernama Syeikh Nuzul Al-Misri, muridnya bertanya kepada beliau, apakah perkara yang bisa membuatkan seseorang itu masuk ke dalam syurga wahai guruku?


Syeikh Nuzul Al-Misri menjawap, ada lima perkara yang bisa membuatkan seseorang itu masuk kedalam syurga Allah ~


1.) istiqomah
2.) bersungguh-sungguh
3.) muzakarah ( ingat kepada Allah walau di mana kita berada. )
4.) bersiap akan kematian.
5.) mahusabah.





- klik untuk membesar -


Yang pertama adalah Istiqomah, Istiqomah yang dimaksudkan Syeikh Nuzul Al-Misri adalah yang tertentu kepada agama Allah, yaitu sering dan selalu berbuat perkara yang diwajibkan Allah kepada hambanya, misalnya Shalat lima waktu sehari semalam yang tidak ditunaikan sepenuhnya, hari ini banyak masa maka ia shalat, besok agak sibuk maka ia tidak shalat, maka itu tidak dinamakan dengan istiqomah.


Adakah kita akan dimasukkan ke dalam syurga dengan jika yang syarat yang pertama saja sudah tidak bisa kita penuhi? jika begitu lebih baik kita hanya mengejar duniawi semata kerana sudah pasti kita tidak dipersilakan ke syurga Allah.





- klik untuk membesar -
 

Yang kedua adalah Bersungguh-Sungguh, bersungguh-sungguh yang dimaksudkan Syeikh Nuzul Al-Misri dalam Ibadah, syarat kedua untuk kita merasai nikmat yang ada dalam syurga, jika tidak janganlah mengharap suatu yang tidak pasti kita dapatkan.


Bersungguhlah dalam melakukan sesuatu, yang dimaksudkan juga adalah dengan keikhlasan dalam diri kita,dengan itu.. sesuatu perkara yang menuju kearah agama itu bersungguh-sungguh la dengannya, janganlah dengan hanya dimulut tapi tidak dihati, maka itu tidaklah menepati syarat kedua untuk masuk kedalam syurga.


Yang ketiga adalah Muzakarah, yang dimaksudkan muzakarah adalah selalu dengan Allah, di mana sahaja kita berada, dalam keadaan yang seperti mana, semuanya kerana Allah semata-mata. Segala perbuatan yang kita lakukan selalu pikir bahwa Allah memerhati kita.





- klik untuk membesar -

Yang keempat, perkara yang bisa mempersilakan kita masuk ke dalam syurga adalah merpersiapkan diri akan kematian, mengingati bahwa kita akan dimasukkan kedalam liang lahad, dimakan kita disiat oleh cacing-cacing yang sememangnya menjadi habuan baginya.

Kita harus mengakui bahwa suatu hari pasti kita akan dimasukkan kedalam liang lahad yang terletak di bawah perut bumi. Juga haruslah kita bersedia untuk bertemu dengan malaikat-malaikat yang telah diberi tugas oleh Allah kepada kita. Bersiaplah diri kita kearahnya, semoga dengan keikhlasan kita Allah memasukkan kita kedalam syurgaNya.





- klik untuk membesar -

Yang kelima Syeikh Nuzul Al-Misri mengatakan perkara yang menjadi sebab kita masuk ke dalam syurga adalah dengan muhasabah diri kita, muhasabah di sini bermaksud memperingat diri kita kepada sesuatu yang akan kita lakukan.


Misalnya kita mahu pergi berjumpa dengan seorang wanita yang bukan muhrim kita, dengan itu kita muhasabah diri kita kepada perkara tersebut, adakah baik saya berjumpa dengannya atau tolak untuk tidak berjumpa dengannya. Dengan itu terlaksanalah syarat yang kelima untuk masuk ke dalam syurga.


Huh! settle jugak post pasal ne.. maaf la tertangguh sehari, sepatutnye wadud buat pada hari jumaat, hehehe.. moga bersama kita menuju ke arah syurga Allah, amin.. wadud nak jumpe geng2 blogger wadud kat syurga, insyallah.. :-)
Share:

0 comments: