Salam ukhuwah tok semua yg dtg ziarah kt blog kami wadud&asyi semua sihat2 kan :) thanks 4 all syukur padaMU ya rabb.. krn masih lgi memberikan kita nikmat kehidupan n rezeki yg berlimpah alhamdulillah.. di hari yg indah ini moga ikatan sebuah pertemuan kita akan terjalin dan kekal hingga ke negeri abadi...
Sabda rasulullah S.A.W :"antara seorang mukmin dengan mukmin yang lain sama seperti bagunan,menguatkan antara satu bahagian dengan yang lain" melalui hadis diatas, teman yg dikasihi.. jelaslah ikatan ukhwah bergitu penting di kalangan umat manusia.
Dengan ukhwah kita dapat membina satu kelompok masyarakat yang kukuh dan saling bantu membantu betol kan?? Jika disoroti kehidupan sekarang,manusia lebih mementingkan kehidupan peribadi daripada menjalinkan ukhwah sesama mereka.. Alasan yang sering kita berikan adalah kerana apabila menjalinkan ukhwah, kita akan terikat untuk menjga keutuhannya..
Jika kita memahami ajaran islam yang sebenar,apabila kita menjalinkan ukhwah yang baik dalam masyarakat,Allah s.w.t akan mengandakan rezeki yang kita ada dan umur kita dipanjangkan di atas kebaikkan yang kita lakukan .. Sabda Rasulullah s.a.w :"sebarkan salam antara kamu tentu kamu berkasihan"(HR Hakim)
Tidak sempurna iman seseorang daripada setiap manusia di atas muka bumi ini sehinggalah kita mengasihi saudara kita melalui tali ukhwah.Nyata,ukhwah yang terjalin harus dijaga. Untuk menjaganya agar sentiasa utuh,kita perlu menghormati apa jua hak muslim yang lain dan jika kita tahu sesuatu keburukannya ,kita perlu menjaganya.. .
Jika itu dapat kita lakukan ,nescaya di akhirat kelak, Allah akan menutup dosa kita .Subhanallah, begitu kasih Allah kepada hambanya yang menjalinkan ukhwah sesama muslim... Ingatlah,bahawa Allah S.W.T tdk menyukai orang yang suka kepada permusuhan kerana permusuhan boleh menyebabkan kelompok masyarakat hancur.
0 comments:
Post a Comment