Monday, November 15, 2010

Bekorban Demi Cinta.......

Fajar Islam telah menyinsing.. Malam pun menjelma di Arafah dan rembulan tanggal 8 Dzulhijjah akn tiba di ufuk barat. Nun jauh di atas sana, dengan background langit yang tak terhingga luasnya, bintang-bintang berkelip, jutaan umat islam berada di padang Arafah.. wukuf sendiri adalah salah satu rukun haji yg sangat penting. Wukuf berarti berhenti atau berdiam di padang Arafah walaupun hanya sesaat. Hakikat wukuf dengan cara berhenti atau berdiam adalah merenungi dan menemukan hakekat hidup..

Utk semua jema’ah haji semoga mendapat haji mabrur.. ucapan khas buat rakan blog k.aisyah yg berada di Mekah.. barakallah..

Di saat ini waktu Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain drp bulan yg dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kpd apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yg ditetapkan oleh Allah swt

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yg amat akur pada perintah seorg Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim utk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yg masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yg akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya.
Duhai diri.. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?

Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dgn dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
ke langit. Ia memang tak melihat manusia di langit itu, tapi ia melihat kebesaran Allah. Allahu Akbar!



Share: