Monday, November 8, 2010

Kerana Dia Lelaki... maka wanita bukalah mata~~~~

wahai ummat manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dai lelaki dan perempuan.dan kami telah menjadikan kamu berbgai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal kenalan dan beramah mesra antara satu dgn yg lain.. sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi ALLAH ialah org yg lebih takqwanya di antara kamu,( bukan yg lebih keturunan atau bangsa...


Tanyakan saja pada lelaki ciri-ciri calon isteri maka baginya,isteri adalah ibu untuk anak-anaknya teman susah senangnya yang mampu memberi contoh penyejuk mata pendamai jiwa.......
sahabatku@rakan blog yg budiman... laki2 dan wanita adalah dua insan berbeza yg di ciptakan ALLAH, masing2 mempunyai kelemahan dan kelebihan.. walaupun perbezaan itu ada, namun semuanya melambangkan keagungan ALLAH yg maha pencipta. diberikan kedua-duanya berbeda utk saling memerlukan!!
Kerana Dia Lelaki Aku adalah senjata ampuh peruntuh tembok nafsunya Kerana Dia Lelaki Kelunakan suaraku luar biasa mampu menggoncang imannya Kerana Dia Lelaki Gerak geriku yang manja Racun berbisa untuknya
Kerana Dia Lelaki Santun budiku perhatian utama namun batasnya perlu ada
Dan..
Kerana Dia Lelaki
egonya tinggi, fahamilah, ada saatnya perlu demi kehormatan dirinya, ada saatnya tersalah tempatnya tapi ingatlah, dia juga manusia.

Kerana Dia Lelaki akal logiknya mengawal perasaan fahamilah, sifatnya perlu untuk memimpin, maka ada saatnya, emosiku sukar ditafsirnya.

Kerana Dia Lelaki, masalahnya sering terpendam, tiada diluahkan, fahamilah, dia mahu menyelesaikan sendiri, berikan ruang dan masa untuknya, setelah beberapa ketika, bantulah dia.

Kerana Dia Lelaki dia seorang manusia, maka fahamilah, bukan mudah mencari insan kamil, seperti Rasul tercinta, setidak-tidaknya dia mengikut jejak Rasulnya, sekurang-kurangnya dia telah berusaha.
Share: