Wednesday, November 17, 2010

"Yang Pertama Tidak Selalunya Yang Terindah"

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah… yg pertama?? cam besh jerk bunyi?? Benar, tdk semua yg pertama indah Begitu jugalah dgn kehidupan kita, jgn sekali mendambakan hanya kemanisan dan keindahan menemui yang pertama dan yang bakal diraih...tapi gengamlah ianya sebagai suatu ujian yg mana boleh jadi gembira, boleh jadi duka. Apapun, persiapan emosi dan rohani perlu diseimbangkan.. Pangalaman pertama yang membawa keperitan sebenarnya itulah yang mengajar diri untuk terus tabah dan mahir dalam meneruskan hari-hari yg bakal menemui.

Setiap dari kita, tentunya ada byk pengalaman yang pertama. Pertama kali ke sekolah. Pertama kali ke dusun buah-buahan. Pertama kali jatuh cinta. Pertama kali dilukai. Pertama kali bernikah. Pertama kali kehilangan orang tersayang. Dan macam-macam lagi 'yang pertama'.

Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua.. Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah. Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan.

Kata org lagi, luka yg pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar untuk disembuhkan, walaupun tdk berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa dan sanubari.

Hebatnya penangan pertama. Ada orang sanggup berkorban apa saja demi memastikan sentiasa kekal dalam genggamannya. Ada orang sanggup mengharungi lautan api demi pertahankan 'yang pertama'yang pertama. Sungguh, yang pertama selalunya mempunyai kuasa yg sangat luar biasa.

Persoalannya. Mengapa? Apakah keistimewaan dan keajaiban yang ada pada 'yang pertama'?

Adakah krn kemampuan otak kita yg terbatas? Cuma mampu menyimpan kemas memori utk kali pertama sahaja? Kemudian seterusnya adalah caca merba? Atau kerana kita terlalu menyayangi memori yg kita cipta, menyimpannya kukuh dlm ingatan dan enggan menerima memori yg baru? Atau kenapa?Misteri yg hanya mereka yg berkenaan, dan Allah sahaja yg tahu..

Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar namun utk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar. Oleh itu, kita sering memandang kebelakang, mencari yg pertama sehingga kerap mengenepikan yg lain-lain walaupun berkemungkinan, yg kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama.

Indah dan bahagia menjadi yang pertama, namun suratan Ilahi tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan buat kita. Di dunia ini kita adalah pengembara, yang berjalan merentasi masa. Bermulanya kita seorang bayi, kemudian mendekati mati yang kita sendiri tidak tahu di mana garis akhirnya. Dalam hidup ini, ada suka dan duka. Ada pahit dan manis. Firman Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki hari ini.

Mungkin 'yang pertama' pernah kita kecapi tidak semanis madu, namun bersyukurlah kerana ramai lagi insan lain yang mengharungi 'yang pertama' dengan air mata dan darah. Andai yang pertama kita indah, berwarna-warni ibarat pelangi, maka bersyukurlah dan hargailah setiap dari anugerah pemberian-Nya, kerana kita tidak tahu, apa yang menanti kita pada esok hari.

Yang pertama tidak semestinya yang terindah, namun, apa yang ada dalam genggaman kita hari ini adalah anugerah dan pemberian dari-Nya, maka, hargailah dengan sebaik yang mungkin, kerana esok, belum tentu lagi ia menjadi milik kita..

Share: