Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Dan Tuhanmu berfirman "Berdoalah kepadaku nescaya akan kuperkenankan bagimu. 'sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina" surah Ghafir 40: 60)
Ayat ini bermaksud Allah s.w.t telah memberi keistimewaan buat umat ini dengan menjanjikan bahawa segala doa yang kita panjatkan pasti diperkenankan olehNYA..
Syeikh Abu Qasim al-Qusyairi telah menyatakan dalam risalahnya Qushairiahnya: "Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan. Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnan zatNya. Bahkan Allah mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberianNya..
Bila doa akan dikabulkan????????
Dalam satu kuliah yang disampaikan oleh ustaz Rashidy Jamil al-Rasyid.. pernah ditanya:
'Ustaz mengapa doa kita tidak dikabulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hambanya bahawa setiap doa yang dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahwa Dia tidak menyalahi akan janjiNya?" Tanya mereka lagi: " Saya dah kahwen hampir 15 tahun dan tidak putus2 berdoa agar dikurniakan zuriat. sampai sekarang Allah belum kabulkan doa saya!" benar bukan sekali?? barangkali inilah yang sering bermain dalam fikiran anda..
Apabila mengalami situasi begini. Syaitan pasti menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan putus asa. Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t.. Bagi menjawab persoalan ini, Syeikh Ibn Athailah seperti yang dinyatakan dalam al-Hikam:
Maksudnya:"jangan berputus asa jika Allah s.w.t. melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukanya menurut kehendakmu dan ( akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.
inilah hakikat doa yag kita bisikan. semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Yang Maha mengetahui apa yang terbaik disisi-Nya buat makhluk yang tidak terdaya ini. keyakinan dan kesabaran dalam menerima anugerah-Nya adalah sifat yang dituntut dalam membina keyakinan dan bersangka baik pada Allah s.w.t.
Bahkan doa nabi Musa dan Nabi Harun seperti yang dirakamkan oleh Allah dalam surah yunus ayat 88 dan 89 yang menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan oleh Allah s.w.t. dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.
Begitu juga dengan Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah s.w.t agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagimana firman-Nya dalam surah Mariyam Ayat 2 hingga 10 bahwa doa Zakaria itu dikabulkan ketika usianya lanjut serta uban memenuhi kepalanya.
Subhanallah!! maha suci Allah yang Maha Mengetahuhi segala yang terbaik buat Hamba-hamba-Nya yang berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginanNya dan jangan sesekali putus asa. bukankah Rasul telah bersabda:
Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama mana kamu tidak meminta disegerakan pengabulanya dengan mengatakan" aku sentisa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan (muttafaq 'alaih).