Sunday, December 26, 2010

Kamar-Kamar Di Syurga???




Assalamualaikum …

Antara niat dan manis bicara, satukan di dalam satu denyutan , di mana jiwamu pasti bahagia kembali bersemi insani .. Lafazlah setulus hati nurani , bukakan maksud tersimpan di hati biarpun pedih menyeksa naluri .. Nawaitu tuntutan batin suci.

Ku ingin hidup secerah mentari pagi.. ku ingin segala-galanya damai, penuh mesra membuahkan ceria, menghapus duka dan lara.. Melerai rindu di dalam dada.. Sedamai pantai yang memutih, sebersih titisan embun pagi dan ukhuwah ini pasti berputik.. Menghiasi taman kasih yang harmoni, seharum wangian kasturi, seindah ceria pelangi segalanya kan bermula di sini.......................

Teman yg budiman.. penahkah tergambar di minda Kamar-Kamar Di Syurga???

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Share: