Taqwa hubungan manusia dengan ALLAH.. akhlak hubungan manusia dengan manusia dan itqan hubungan manusia dengan perkerjaan...
Manusia bertindak melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan emosi, bukannya logik... begitulah mengikut hasil kajian pakar-pakar psikologi... maknanya apa yang kita rasa itulah yang mendorong kita membuat keputusan dan bertindak, bukan apa yag kita fikirkan.. ini menjelaskan mengapa sesuatu perkara yang telah kita ketahui kebaikannya, tetapi kita gagal melakukan sesuatu perbuatan walaupun telah kita akui keburukannya..
Perpesan pada diri dan teman2 semua.. kita hanya manusia... :) yg baik dtg dari ALLAH..
Apa itu nilai dan bagaimana ia terbentuk???????
Secara ringkas, sistem nilai dalam Islam merangkumi persoalan bagaimana islam membentuk kelakuan seseorang. Ia bermula dengan pembentukan sistem keyakinan belief sistem, world view pandangan alam sistem nilai value sytem dan sikap.
Rukun Iman adalah pembentuk sistem keyakinan, pandangan alam, sistem nilai dan sikap.. manakala rukun Islam pula adalah set amalan latihan yang sistematik dan rutin yang perlu dilazimkan dengan penuh penghayatan bagi melahirkan kelakuan yang baik.
Kelakuan yang baik yang dilahirkan secara berterusan, mudah dan berkekalan hasil penghayatan rukun iman dan pengalaman rukun Islam.. inilah yang membentuk pesonaliti Islam yaitu akhlak islamiah.. secara menyeluruh rukun Islam adalah sebagai input, rukun iman adalah sebgai proses dan ihsan sebagai ouput.. nie asyi teringat time blaja kt aceh.. Ihsan itu adalalah hasil akhir yang boleh dibahagikan kepada tiga adalah seperti berikut yaitu:
Taqwa hububgan manusia dengan ALLAH.. akhlak hubungan manusia dengan manusia dan itqan hubungan manusia dengan perkerjaan...
Kendalanya adalah.. nilai kehidupan di dunia perlu dilihat mengikut neraca ALLAH.. oleh sbb itu, neraca ALLAH yang tepat bagi mengukur ketepatan nilai yang dipegang seseorang itu perlulah berlandaskan prinsip berikut" apa yang dipandang indah oleh syriat itu indah dan apa yang dipandang buruk oleh syariat itu buruk.
Utamakan yang utama yaitu urusan akhirat berbanding dunia. ALLAH berfirman yg bermaksud: Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain daripada main-main dan gurau senda belaka dan sesengguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa...
Duhai diri..
Hanya sistem nilai yang telah ditetapkan islam bersifat tetap pemanent values dan tidak berubah, ia selari dengan harmoni diamlkan sepanjang zaman walaupun tarikh tahun sentiasa berubah... apa yang baik dalam Islam pada zaman Rasulullah, itulah yang baik pada zaman kita kini dan masa depan dan begitulah juga sebaliknya..
Berkata seorang sahabat" pembentukan kelakuan manusia bermula dari dalam... sistem keyakinan iman akan membentuk keyakinan hidup, yang kemudiannya membentuk nilai seseorang apa yang dirasainya benar, baik dan betul.
Nilai ini kemudianya membentuk sikap. Sikap itulah yang melahirkan kelakuan. Kelakuan yang dilazimi akan melahirkan karakter.. Karakter yang sinonim dengan peribadi seseorang itulah yang membentuk Personaliti!!!
Sistem keyakinan-pangangan hidup-nilai-sikap-kelakuan-karakter=personaliti... sistem nilai dalam islam!!