Tuesday, May 17, 2011

Guru maut kereta terbabas rempuh bas.





2011/05/17

PORT DICKSON: Seorang guru lelaki berusia 56 tahun maut selepas keretanya terbabas dan merempuh sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan pulang menghadiri sambutan Hari Guru di Kilometer 23 Jalan Sua Betong-Air Kuning di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Md Nordin Md Daud, memandu Proton Iswara seorang diri untuk pulang ke rumahnya di Taman Seri Rembau, Rembau dekat sini, selepas diraikan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa di sini.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dalam keadaan hujan lebat.

Pernah tak korang terasa mati tu macam mana? kalaulah mati kompom banyak buat kebaikan tak pe la jugak, ni.. baru lepas pi disco, (contoh je) pastu mati mengejut.. huh.. ntah nak prepare ape jawap ngan Tuhan.. eiii.. takot woo.. cube bayangkan.. dalam situasi yang kotor, nak jumpa dengan raja? tu kira dunia kan? ni Tuhan.. kadang takut nak sembang pasal ni.. tapi ni la dunia yang betol2 real.. semua akan tempuh alam ni.. cume yang jadi manusia ni buat relax je.. dah lama sangat hidup kat dunia.. rasa macam dunia real tuh dah tak wujud.. bila kita bandingkan masa dulu ngan skang, nape orang2 zaman dulu hidup lama.. sebab Allah tau, iman drang ngan iman kita ni lain.. doa la selalu, bukan nak cakap pe kan.. cuak jugak ni.. tapi kalau cakap ke tak cakap ke.. its same cases kan? kene terima la walau camne keadaan sekalipun.. so, wadud dan kroang sendiri.. same2 la kite banyak wat kebaikan ok, bior nanti kita leh jumpa sesama kat syurga.. amin...
Share:

0 comments: