Wednesday, June 15, 2011

|BLOGGING TIPS| Cara Mencantikkan Blogspot

Disebabkan wadud ni terlalu x-trem (hehe) dengan blog.. dah berapa banyak blog wadud buat.. siap nak promote lagi kalau2 ada orang yang mintak jasa ajar buat blog.. macam sebelum ni ada ngajar kat Aceh seminar Blog Kreatif, mana ada mintak sesen pon.. tapi drang dah bagi alhamdulillah la.. sebab bagi wadud, kalau mende yang kita dah suka, nak share tu rasa senang jer hati.. ^_^


Tadi lepas balik dari kuliah, macam biasa bukak KBM (Kehidupan Blogger Malaysia) pastu mata tertumpu pada sorang rakan blogger yang masih baru (xpasti jugak) mintak ajar cara untuk Mencantikkan Blogspot atau istilah lain alter bagi kemas. Bila tengok balik KBM ni, alahai takde la hebat mana. Serabut sana sini.. ramai lagi hebat.. tapi takper.. wadud tetap jugak nak share dengan saudari Nur Azie dan sape2 yang masih memerlukan Tips Blogging neh.

Hasil Copy kat bawah ini adalah hasil dari tulisan wadud sendiri di blog Belajar Buat Blog. Sebenar banyak cara kita boleh pakai untuk cantikkan blog kita.. edit di HTML (xdigalakkan) bagi yang tahu.. pakai scripts2 yang betul2 ok supaya blog kita mudah untuk loading (macam KBM lembab) dan macam2 lagi. So.. Blogging tips kali ni wadud nak tunjukkan cara yang boleh dikatakan ok la bagi pengguna Blogspot yaitu bagaimana cara untuk lebih memberi keindahan pada blog kita sendiri.

Alternatif lain yang boleh kita gunakan adalah : Menggunakan TEMPLATE DESINGNER.

KESEMBILAN : CARA MENCANTIKKAN BLOGSPOT.

Setelah pelajaran yang sebelum ini mengenai Cara mendaftar Nuffnang.com BBB sudah merasa bahwa anda semua sudah boleh berdikari dalam segala hal mengenai blog, kerana dari tutorial pertama hingga kelapan itu sudah sangat dasar dalam proses membuat blog dan ianya mencakup semua kepentingan asas dalam blog.

Tutorial kali ini akan mengajarkan anda bagaimana cara untuk mencantikkan atau memperindahkan blog anda, kita akan menggunakan fungsi dari blogspot yaitu Template Desingner, kebanyakkan blogger kurang menggunakan fungsi ini kerana ianya baru sahaja difungsikan oleh pihak blogspot untuk kemudahan blogger sedunia. Sebagai tambahan, jika anda ingin melihat blog anda seperti satu website yang mahal, atau dalam kata lain menggunakan hosting bayar adalah dengan mempelajari beberapa step dari HTML, PHP, JQUERY dan sebagainya. Dari situ akan sangat banyak membantu anda dalam pembinaan membuat blog. Sekiranya anda kreatif menggunakannya, maka blog anda akan terlihat seperti menggunakan hosting berbayar.

CARA MENGGUNAKAN TEMPLATE DESINGNER.

1. Masuk ke akaun blog anda di sini http://www.blogger.com/home?pli=1.


2. DI bahagian DASHBOARD, sila pergi ke DESIGN, TEMPLATE DESINGNER. Anda akan dibawa ke halaman di mana anda akan mencantikkan blog anda menggunakan fungsi dari template desingner tanpa merasa takut akan error dan sebagainya, sebagai langkah keselamatan silakan anda DOWNLOAD FULL TEMPATE agar menjadi backup pada template lama anda. Cara untuk download full template sudah kita bahaskan di tutorial yang sebelumnya.

3. Di bahagian templates, adalah tempat anda untuk mengubah sekiranya anda tidak berpuas hati dengan template yang anda gunakan sekarang, jika ingin mencuba, silakan klik di bahagian kiri seperti SIMPLE, PICTURE WINDOW, AWESOME INC, WATERMARK dan sebagainya. Tapi harus diingat jangan tekan butang APPLY TO BLOG.


4. Di bahagian BACKGROUND, adalah tempat di mana anda boleh untuk mengubah background di blog anda, Background berarti latar belakang di blog anda. Anda boleh memilih bermacam background yang ingin anda gunakan di BACKGROUND IMAGE (lihat pada gambar) dan anda akan dibawa pada halaman untuk memilih latar belakang yang anda inginkan kemudian klik butang DONE, APPLY TO BLOG.

5. Di bahagian ADJUST WIDTHS, adalah tempat di mana anda boleh mengubah lebar blog anda, SIlakan mencuba tanpa menekan butang APPLY TO BLOG.

6. Di bahagian LAYOUT, adalah tempat di mana anda boleh mengubah layout bagi blog anda, seperti yang BBB gunakana sekarang ini adalah BODY LAYOUT dan anda boleh mencuba dengan fungsi lain.

7. Di bahagian ADVANCED, perlu anda perhatikan di sini dengan fungsi :

a- PAGE TEXT : untuk mengubah huruf di blog anda.

b- BACKGROUND : jika anda ingikan perubahan background yang lain, boleh menggunakan fungsi di ADVANCED.

c- LINKS : garisan yang akan memberikan beberapa warna yang anda tentukan.

d- BLOG TITLE : jika anda ingin mengubah huruf di bahagian header, silakan mencuba, sebagai penambahan BBB akan meneruskan tutorial bagaimana cara untuk membuat header blogspot.

e- BLOG DESCRIPTION : mengubah gambaran di bahagian header.


f- TABS TEST : mengubah huruf pada bahagian tabs (lihat gambar di atas)

g- TABS BACKGROUND : mengubah background tabs anda, silakan dicuba.

h- POST TITLE : mengubah huruf di judul entry anda.

i- DATE HEADER : mengubah huruf di bahagian tarikh entry anda.

j- POST FOOTER : mengubah di bahagian footer anda.

k- GADGET : mengubah gadget di bahagian entry anda.

l- IMAGES : mengubah warna di bahagian background entry anda.

m- ACCENTS : mengubah warna di bahagian garisan seluruh blog anda.

n- ADD CSS : jika anda paham mengenai CSS, silakan anda mengedit di bahagian ADD CSS.

Sekarang kita sudah selesai membahas tentang bagaimana cara untuk mencantikkan atau cara untuk menghias blog anda agar kelihatan menarik. Pada tutorial seterusnya, BBB akan mengajarkan anda bagaimana cara untuk MEMBUAT HEADER BLOGSPOT.

Ok.. siap.. kalau korang rasa tak percaya bahwa tu semua dari tulisan wadud.. boleh KLIK SINI dan blog tersebut wadud buat step by step asas pembuatan buat blog. Bukan taknak buat tutor lain.. rasa lagi bagus kalau2 kongsi dengan suatu benda yang kita dah ada lagipun semua tuh tulisan wadud.. nickname wadud kat situ BBB. ^_^
Share:

0 comments: