Teman2 KBM sudi2 lah dengar lagu walaupun sedekit kurang minat uhuhuhu...
Kita kini berada di bulan Rejab. Bulan yang telah berlaku suatu peristiwa penting iaitu Isra’ dan Mikraj pada tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah SAW. Peristiwa ini merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dalam menjalankan diri Rasulullah SAW dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa Baitul Maqdis di Palestin dan seterusnya Nabi SAW diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT dan menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.
Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah SWT serta bukti kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW, kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya.
Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar “as-Siddiq” yang membawa maksud orang yang benar.
Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ada gambaran yang mengembirakan dan ada yang menakutkan. Ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Baginda. Antara gambaran perilaku tersebut ialah Rasulullah SAW diperlihat satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
Persoalan besar timbul di sini siapakah sebenarnya golongan ini?. Mengikut pandangan ulama golongan ini ialah mereka yang tidak menjaga kemaluan dengan cara yang halal dan mereka ini tergolong dikalangan yang dicela serta tidak berjaya samada dalam kehidupan dan cita-citanya.
0 comments:
Post a Comment