Perhimpunan BERSIH akan berlangsung kira-kira 9 Julai depan atas kesepakatan bersama dengan pihak-pihak tertentu. -Sampaikan polis pon takot.. siap bagi warning lagi pada sesiapa sahaja yang akan ikut menyertai program BERSIH. Tapi kenapa pulak nak takot sampai Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pon me war2 kan himpunan ni sebagai satu masalah bagi keselamatan masyarakat. Soklan nye YEKE? cube tanya orang kampung, tengok apa jawapan diorang..
Senang jer step dalam kehidupan bermasyarakat ni, tambah2 dalam negara yang beraneka macam masyarakat ada.. kalau suatu benda itu dianggap baik, kenapa mesti kita nak ganggu? kalau sesuatu itu mendatangkan positif effect pada sebuah negara kenapa mesti nak halang? melainkan ada sesuatu yang tak betul hinggakan perkara yang dianggap masyarakat takde lah HOT sangat pun.. tapi ini dipandang HOT atas beberapa sebab yang pihak polis sendiri pun tak pasti..
Yela.. diorang (polis) semua berpendidikan (paling2 DIP) dan mesti lah tahu mana yang baik dan mana yang tidak.. itulah yang wadud cakapkan tadi.. mereka sendiri pon pening kenapa perlu buat sesuatu yang tidak disukai masyarakat? lepas tu pulak.. kalau dah kita buat demo tak pasal2 kene BOMB pedih mata.. ce try bagi diorang pulak? hehe.. kita selaku manusia punya hak masing2 terutama hak untuk hidup aman damai.. tapi kenapa mesti hak wajib pada seorang manusia itu dikawal oleh orang lain?
Jom tengok ape APE KATA DIORANG pasal BERSIH ni : MalaysiaKini
BERSIH: Amaran polis buat tangkapan pencegahan
Jun 15, 11 2:42pm
Polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Katanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor Star online.
Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.
Menurutnya, polis menerima 418 laporan dari para peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai.
Bercakap kepada media di Akademi Polis di Cheras hari ini, Khalid berkata polis difahamkan kumpulan lain juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH.
Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid meminta penganjur perhimpunan tersebut membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.
"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu," katanya.
Khalid berkata polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpun
"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.
Beliau berkata polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.
"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata Khalid.
Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.
"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah-masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur-penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya.