Thursday, June 16, 2011

|Tips Blogging| Mengikut Pengalaman Selama Berblog

Kadang-kadang ape yang wadud perati dalam dunia blogger neh.. kebanyakkan sumer malas-malas dan bukan nak kata wadud rajin.. tapi masalahnyer "Blogwalking" pon sekadar nak traffic jer.. yang paling hangat bile BW letak cakap "hai" jer.. yang paling tensen lagi la "letak link" tanpa kata ape2.. hahahaha.. (bengang sebenar). Bukan kata wadud ni rajin la, baik la, tapi kita sebagai geng blogger (poyo) kenelah open sikit.. maksud nyer jangan la nak imbalan dari "kita" jer.. paling2 bagi la kata-kata semangat ke.. tips2 menarik ke.. barulah kita semangat nak mai balik kat blog dia. Huh!

Tapi kadang diorang tak perasan yang Blogwalking adalah aktiviti penting untuk meningkatkan lagi visitor atau promote blog diorang pada orang ramai, so manfaat kanlah kegiatan murni ni.. jangan asyik pikir nak senang perut je kan? bukan marah ni.. nasihat.. ^_^

Beberapa cara atau tips untuk tingkatkan traffic yang selama ni wadud guna selaku pengguna blogspot seperti berikut :


1. Blogwalking.

Letak link blog pada Shoutbox blog yang kita lawati, dan berikan kata-kata yang baik untuk dia. Misalnyer cakap "eh.. lawa la blog awak, salam kenal" kalau betul la blog dia macam tu. Sikap jujur dan katakan contoh "awak.. blog awak ni agak berat loading, mungkin internet saya kot, salam kenal" dan macam2 lagi ayat manis korang boleh guna, buat semua ni untuk memberi keyakinan pada Admin blog yang kita lawat tadi untuk datang ke blog kita.

Tambah-tambah kalau blog yang korang lawat tuh seorang blogger yang terkenal, haa amik la peluang ni untuk bodek beliau.. hehehe.. kalau bernasib baik, nampak dia mesra dengan korang.. mintak pulak tukar link ^_^


2. Comment.

Hah.. yang ni sebenar bagi wadud penting. Macam BW jugak.. tapi ni lebih pada keprihatinan kita pada blog dia tadi. Maksud wadud, kalau kita komen di bahagina kotak komen dan kita berikan komen yang bernas, manfaat, kene dengan ciri2 artikel dia pulak, then kalau dia pulak bagi komen di blog kita.. huh tu berita baik, antara lain korang dah berjaya Tukar Link dengan dia secara tak sengaja. Tak mau ke traffic dari blog yang hebat dalam blog korang? ^_^


3. X-Change Link.

Tips blogging ketiga ni rasa dah ramai orang tak buat (termasuk wadud). hehe.. bukan sebab ape, malas nak mintak kan? tapi ni adalah salah satu cara untuk korang tingkatkan lagi traffic di blog korang. Untuk lagi power, exchange link dengan blogger terkenal dunia, jangan dengan Hacker Anonymous. (ekekeke)

Sekian beberapa tips lapuk dari wadud yang tak seberapa sangat la ilmu ni.. huuu.. kalau kroang berkenan nak share tips-tips blogging lain dari ini, boleh jer share dengan wadud.. nak tau jugak cara korang.. hehehe.. ^_^
Share:

0 comments: