Assalamualaikum.. selamat berbahagia kengkawan semua.. hari ni wadud nak kongsi sedikit tips dan pengalaman selama sudah 22 tahun hidup kat dunia neh tentang bagaimana seorang umat beragama Islam ingin mendapatkan kekhusyukan dalam solat / shalat nya. Jangan salah faham.. wadud jugak antara orang yang susah nak mendapat kekhusyukan dalam solat / shalat. So kite same-same belajo la okie.. ^_^
Khusyuk dalam solat / Shalat ni macam-macam perspektif orang.. ada kata kalau kita khusyuk badan sikit pun tak goyang, macam batu, kepala tunduk jer dengan mata terpejam, nampak badan macam tergetar-getar.. tapi memang tak dinafikan bahwa setiap orang lain dari orang lain. Wadud pernah jugak rasa macam gini, masa solat / shalat tuh.. kita rasa happy, rasa tenteram jer.. dan ciri-ciri kat atas tadipun wadud penah rasa (tapi x semua) jadi mengikut pengalaman wadud yang tak seberapa ni, cara untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat / shalat adalah :
1. Niat awal-awal nak khusyuk.
Maksudnye.. terjadi ketikdak khusyukan adalah disebabkan begitu banyaknye info-info dunia membelenggu otak kita dan info tersebut kita dah set kan penting. Seperti contoh "lepas ni nak update blog pasal Nora Elena", confirm nanti dalam solat / shalat korang akan teringat Nora Elena, muka dia, masa main dalam Slot Akasia dan macam-macam lagi. So bila korang dah niat awal-awal lagi, insyaallah korang bukan saje dapat pahala malah Allah jugak akan bagi korang pengertian dari Kekhusyukan.
2. Membaca ayat suci al-Quran secara tertib.
Kebanyakan dan wadud sendiri kalau nak cepat tuh, al-fatihah pon baca laju-laju.. kalau dah fatihah pon lelaju apetah lagi surah-surah. haha.. yang lagi best langsung tak baca (tak wajib dalam shalat). Salah satu jalan lagi bagi mendapatkan kekhusyukan dalam solat / shalat adalah dengan ketertiban selama melakukan solat / shalat dan ianya merangkumi segala aspek semasa kita melakukan ibadah shalat. Bile kite melakukan ibadah secara tertib, secara automatik kita akan merasakan kepuasan semasa melakukan shalat.
3. Membaca Fatihah dan Surah-Surah dan Memahaminya.
Yups.. mesti korang (wadud jugak) merasa susah bila nak memahami ayat-ayat dari al-Quran.. But.. its easy.. kalau korang tak boleh nak paham dari surah-surah, fahamilah dan renung lah erti dari Al-Fatihah. Itu sudah memadai, dan (pengalaman wadud sendiri) bile kite dah boleh memahami setiap dari ayat Fatihah tersebut maka diri kita akan merasakan bahwa ada kekuatan disebalik dunia ini.
Ok.. itu antara cara-cara untuk dapatkan khusyuk dalam shalat. Kalau korang rajin, boleh search di Google dengan keyword "Cara-cara khusyuk dalam shalat" insyaallah sangat banyak info yang korang akan dapat. ^_^
0 comments:
Post a Comment