Dialog Dengan Jin Muslim #1
Perlu diingat bahwasanya Jin itu tersangatlah banyak dan tidak terhitung jumlahnya, di dalam banyaknya Jin itu pula terdapat kerajaan-kerajaan, jawatan-jawatan seperti halnya manusia. Jadi begitu banyaknya Jin tadi tersenarai pula beberapa Jin terkenal di kalangan Jin yang menjadi penghasut tetap manusia. Wadud dalam proses mengkhatam buku berjudul Dialog Dengan Jin Muslim berdasarkan pengalaman spiritual oleh Muhammad Isa Dawud. Insyaallah selama wadud baca buku ni, sedikit sebanyak wadud akan kongsikan dengan sahabat sume, sebab buku ini membongkar rahsia-rahsia Jin dan Iblis dan memberi wadud rangsangan yang kuat untuk lebih tahu tentang Jin dan Iblis.
Tapi ape yang telah dikongsikan di sini setelah cut-demi-cut dari buku yang wadud baca, takkan la nak tulis balik dari buku ni kan? jadi ape yang telah dikongsikan di sini mengenai buku ni adalah dari konklusi wadud terhadap buku ni sendiri. Secara jujur, lepas membaca buku ni diri wadud sendiri rasa takut untuk tidak membuat apa yang disuruh Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Mungkin untuk first time perkongsian tentang Jin dan Iblis ni, wadud sertakan doa hindari lima jin terkenal, moga dapat kite amalkan agar diri kita sentiasa selamat dunia dan akhirat, amin. ^_^
1.) Jin Tsabar.
Jin ini sering mendatangi orang yang berada dalam kesusahan dan kesulitan kemudian jin ini membisikkan kepada orang itu agar dia mencaci maki dari ketentuan terhadap dirinya, misalnya seseorang mahu membeli kereta, kemudian duitnya dicuri, atas dasar itu dia mencaci maki pencuri itu, akhirnya mencaci maki dirinya atas ketentuan ALlah keatasnya.
Doa untuk menghindari Jin Tsabar :
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan Tsabar yang terkutuk, dan pengikutya dan anak-anaknya"
2.) Jin Dasim.
Gangguan yang dilakukan bersangkutan dengan perkahwinan atau keluarga, mencerai antara satu dengan lain, menanam rasa benci sehingga terjadi pertikaian antara suami dan isteri.
Doa untuk menghindari Jin Dasim :
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan Dasim yang terkutuk, dan pengikutya dan anak-anaknya"
3.) Jin Al-A'war.
Kerja yang dilakukan Jin Al-A'war adalah mendekatkan seseorang dengan penzinaan, memberi cahaya dari kemaluan khususnya wanita apabila mereka keluar rumah sehingga dari mereka yang melihatnya akan membawa kepada zina.
Doa untuk menghindari Jin Al-A'war :
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan Al-A'war yang terkutuk, dan pengikutya dan anak-anaknya"
4.) Jin Maswath.
Jin ini tugasnya adalah menghasut orang atau menanam sifat bohong dalam diri seseorang, dan yang paling disukainya adalah setelah kebohongan tersebut menjadi darah daging dalam dirinya.
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan Maswath yang terkutuk, dan pengikutya dan anak-anaknya"
5.) Jin Zalnabur.
Jin ini berada di pasar-pasar dari setiap penjuru dunia, jin ini juga menghasut orang dengan sifat benci antara satu dengan lainnya sehingga dari mereka terjadi pergaduhan.
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan Zalnabur yang terkutuk, dan pengikutya dan anak-anaknya"
Cube perhatikan di setiap doa, persamaan terlihat jelas, kite cume tinggal ubah nama jin yang kita cuntumkan dalam doa. Dalam bahasa Arab belum buat lagi, sebab keyboard laptop wadud ni takder sticker bahasa Arab, kat Aceh tarak juai.. hehehe.. kene balik Malaysia baru buleh beli ^_^
0 comments:
Post a Comment