Tuesday, July 12, 2011

Perbicaraan Anwar Ogos Ini

Kalau dah seseorang tu tak melakukan kesalahan.. kenapa dia mesti nak jugak mengaku bersalah? kenapa mesti dituduh atau sipaksa mengaku sesuatu kesalahan yang tidak dia lakukan? ni la kes Anwar Ibrahim 2011, dari dulu sampai sekarang tak habis-habis orang nak jatuhkan dia, tak puas hati sampaikan ada yang ugut nak bunuh? bayangkan dia lari ke Negara lain untuk mintak bantuan atas keselamatan beliau, Negara sendiri dah tak selamat? ape nak jadi ntah. Tahun lalu kes dah slow tapi belum selesai (liwat) lepas tuh datang lagi tuduhan seks dalam hotel? huh.

Perbicaraan Anwar ditetapkan 8 - 26 Ogos ini

Jul 13, 11 11:12am
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.

Tarikh itu ditetapkan olehh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selepas kes itu dibawa untuk sebutan hari ini.


Sebelum prosiding bermula, peguam Anwar dan pihak pendakwa bertemu dua kali dengan Hakim Mohamad Zabidin di kamarnya.

Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu akan menjadi orang pertama memberi keterangan apabila perbicaraan bermula 8 Ogos ini.

6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.


Tengok sampai sakit-sakit pon diorang ni tarak hati perot ka?? BERSIH baru jer usai, tapi dengo-dengo nak buat lagi? PAS nak buat balik perhimpunan BERSIH? yela bayangkan BERSIH kali ni rasanyer paling sadis, banyak pengikut BERSIH cedera, sampai masuk hospital la. Tengok pulak kelakuan polis, huh.. giler kaw.. rasanyer Ayah tak ikut kort.. bahaya betol.. polis dah macam takder hati perut.. pukul orang gune cota sampai berdarah-darah, Malaysia yang pelik..
Share:

0 comments: