Friday, July 29, 2011

Syaitan Bebas Di Bulan Ramadhan


Selamat menyambut bulan mulia Ramadhan yang telah lama dinanti-nanti oleh para muslim di serata dunia, semoga Ramadhan pada kali ini atau tahun ini menjadi suatu yang istimewa dan membawa berkah kepada setiap muslim di dunia khusunya, agar dapat mendekatkan lagi hubungan antara sesama manusia sekaligus antara manusia dengan Allah s.w.t.

Ramadhan kali ini akan bermula pada 1 Ogos 2011 hari Isnin. Opss.. jangan lupe tak buleh makan dan minum, tak buleh buat perkara maksiat, perkara yang boleh mebatalkan puasa, wajib jaga tingkah laku, pandangan, segala perkara yang biasa kita lakukan. Sembang pasal puasa di bulan Ramadhan, ramai orang termasuk wadud sendiri keliru dengan berita yang ter 'war-war' di mana-mana yang berbunyi bahwasanya 'syaitan diikat di bulan Ramadhan', di otak kita mesti telah ter 'set' dengan kata 'diikat' dan bermaksud tidak ada syaitan pada bulan mulia Ramadhan. Hehehe.. nanti dulu.. banyak ulama mengeluarkan pendapat dari pengertian 'diikat' dengan suatu yang berbeza.

Ada yang mengatakan bahwa 'diikat' itu membawa maksud 'dilemahkan', ada pula mengatakan bahwa 'ketika bulan Ramadhan syaitan dihalang segala perbuatannya untuk mengganggu manusia, agar manusia boleh menjalankan ibadah dengan sebaik-baiknya', ada jugak yang mengakan bahwasanya 'syaitan itu terlepas, namum tidak boleh berwewenang mengganggu manusia seperti bulan-bulan biasa'.

Ini bererti, syaitan di bulan Ramadhan itu 'ada' dan bebas seperti bulan-bulan lainnya, hanya saja tidak mempunyai kekuatan seperti kekuatan di bulan biasa. Bukti? sangat terbukti bile satu hari tuh, wadud dengan sorang kawan ditugaskan untuk Imam Tarawih di Kampar Perak, biasanyer setiap malam kami akan keluar jalan-jalan atau lepak dekat depan Masjid, satu hari ni, wadud rasa tak larat nak keluar, so.. si Amin (kawan) keluar la sorang-sorang depan Masjid tuh, kawasan dia memang sunyi sepi, hutan kiri kanan, belakang tempat tinggal kami pown ada tempat mandi jenazah, belakang tu lagi ada lembah. Abaikan semua tuh, cume nak bagi imagine cikit.. hehe..

Jadi, dalam beberapa minit.. Amin masuk balik dalam bilik kami, buat muka pucat pulak, ingatkan saje-saje, agak lama sikit Amin mendiamkan diri barulah dia bersuara :

Amin : dud.. bulan Ramadhan ada syaitan jugak ke?

Wadud : aku tak pasti la, pehal?

Amin : ntah.. aku dengar macam-macam kat luar, orang jalan kaki la, orang seret-seret kaki la, bunyik sana sini, yang paling pelik buah jatuh banyak kali..

Wadud : hang bio betoi.. (cuak sebenar time tu)

Amin : try pegi keluar seorang-sorang kalau tak percaya..

Wadud : mmm.. tak pe kot, jap lagi aku nak gi tandas.. (cover jugak, haha)

Kami terdiam, dan mulai saat tuh, wadud mula buat kaji tentang syaitan di bulan Ramadhan. Kebanyakkan ulama mengatakan bahwa memang jin atau syaitan bebas di bulan Ramadhan tetapi bebasnya jin itu tidaklah sebebas ketika di bulan biasa. Bila dah tahu, baru wadud perasan yang sebelum ni bukan orang yang ganggu masa Imam Tarawih di Masjid Ayer Tawar Perak, macam-macam bunyi, sebab masa tuh persepsi wadud mengatakan bahwa 'syaitan memang takde di bulan Ramadhan' hehehe.. jadi sekarang dah tahu, dan tahu, dan tahu.. so.. jangan buat macam-macam ea.. hehehe.. bukan Allah saje yang melihat perbuatan kita, tapi Jin, Iblis, Syaitan jugak datang tengok ^_^ Semoga Ramadhan kali ini akan membawa sesuatu yang mulia bagi setiap manusia di dunia ini. Amin.


Untuk menambah wawasan mengenai PUASA, wadud ada buat satu asingment mengenai puasa, dari wajib, sunat, tidak boleh puasa dan beberapa hal yang perlu untuk kita ketahui mengenai puasa. Kalau ada yang nak kritik, nasihat, pendapat dan lain-lain.. letak kat komen ea.. hehehe.. ^_^

Share:

2 comments:

Roxella said...

assalamu'alaikum.

sebenarnya saya rasa kita dah tahu beza antara syaitan jin dan iblis. syaitan dan iblis kiranya satu geng dan jin tak sama dengan mereka. Asal usul adalah lebih kurang sama,namun jin diberi pilihan seperti manusia utk masuk syurga ataupun neraka. ini boleh dilihat dalam ayat quran Allah berfirman "wahai jin dan manusia" menunjukkan seruan Allah bukan kpd manusia sahaja malah jin.

in other words,sgt jelas menunjukkan bahawa jin langsung tidak diikat atau dibelenggu seperti syaitan. maksudnya,walaupun pd bulan ramadhan adalah tdk mustahil ssorg itu terjumpa makhluk halus,dirasuk dan sebagainya.

adapun mengenai khilaf sama ada hadith itu (mengenai syaitan dibelenggu) kiasan ataupun tidak,masih tidak mempunyai kata majoriti ataupun minoriti. ada je ulama yang mengatakan sebahagian syaitan sahaja diikat,ada pula yg kata seperti mana saudara katakan dan ada yg mengatakan direct seperti hadith (tiada kiasan dan semua syaitan diikat)

cuma apa yg saya nak beritahu,jin dan syaitan itu berbeza. boleh jadi bunyi yg saudara dgr adalah bunyi jin dan bukannya syaitan (dimana tdk boleh dijadikan bukti bahawa syaitan tdk diikat).

WALLAHU'ALAM. :)

Dzasc Skachers said...

wassalam...
yap..
terime kasih untuk masukan..