S.Hati : asal gigi aku bedarah je lepas gosok gigi?
Aku : Hmmm.. maybe tak makan banyak sayur kot, orang selalu cakap camtu..
S.Hati : maybe jugak.. aku pon kurang makan sayur..
Aku : Maybe la kowt..
1. Berus gigi
Berus gigi yang keras boleh menyebabkan gusi anda cedera dan berdarah. Jadi, gunakanlah berus gigi yang dilabelkan dengan 'soft'. Selain itu, tukarlah berus gigi anda setiap 3 bulan, kerana berus gigi yang baru akan memberikan kesan yang lebih efektif dalam menanggalkan plak berbanding yang telah lama dipakai.
2. Cara menggosok gigi
Ada masalah gusi berdarah yang berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah. Anda harus menggunakan teknik yang betul ketika memberus gigi. Pastikan anda menggosok dari bahagian pangkal gigi ke bahagian luar (dari gusi ke gigi).
3. Gingivitis@ Gusi bengkak
Jika anda telah memilih berus gigi yang betul dan telah mengaplikasikan teknik menggosok gigi yang betul, tetapi gusi anda masih berdarah ketika memberus gigi, gigi anda mungkin mengalami gingivitis. Gingivitis adalah suatu masalah keradangan pada gusi yang boleh menyebabkan gusi berwarna kemerahan, bengkak dan berdarah ketika menggosok gigi.
Ia terjadi akibat jangkitan bakteria yang terkandung di dalam plak yang terkumpul pada gigi. Bakteria-bakteria ini menghasilkan asid dan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan gusi. Cara untuk mengatasinya, anda harus lebih meningkatkan prosedur menjaga kebersihan gigi anda. Anda sangat-sangat digalakkan untuk menggunakan floss dan cecair kumur di samping menggosok gigi (sekurang-kurangnya 2 kali sehari).
Jika plak telah bertukar menjadi tartar @ karang gigi, masalah akan menjadi lebih teruk kerana plak akan lebih mudah terkumpul di kawasan tersebut. Jadi, anda disarankan untuk membuat rawatan 'scaling'@ cuci gigi bagi membuang tartar@karang gigi (2 kali setahun). Selepas itu, insya Allah, gusi anda akan menjadi lebih sihat dan tidak berdarah.

0 comments:
Post a Comment