Mia kemudian berfikir setelah ia masuk ke biliknya... mengapa ibunya melarang Mia untuk seperti teman2nya yang lain.. sedangkan beliau sudah cukup umur untuk menghadapi semua itu, seperti kawan2nya... keluar malam, melepak tepi jalan dan sebagainya... mungkin ibunya tidak memahami keadaan Mia, Mia dah besar, Mia boleh jaga diri!! bentaknya di dalam hati... dengan perasaan yang tidak puas hati kepada ibunya.. Mia lantas keluar bilik dan ingin bertanya kepada ibunya..
Ibu.. kenapa ibu larang Mia keluar malam dengan kawan2 Mia? Mia dah besar ibu, Mia tau jaga diri Mia, ibunya yang sedang membuat kopi untuk Mia lantas terkejut dan menoleh kebelakang.. ibunya berkata penuh lemah lembut dan kasih sayang, Mia.. Mia kan anak ibu, Mia kan anak yang baik.. ibu larang Mia keluar malam2 tu sebab ibu sayang Mia... ibu x nak jadi apa2 kat Mia..ibu tau Mia dah besar, Mia dah x perlukan ibu untuk jaga Mia lagi, tapi selagi ibu masih hidup... tanggungjawap ibu untuk menjaga Mia tu satu kewajipan..
Belum habis ibunya memberi nasihat.. Mia lantaas bersuara dengan suara yang lantang.. ahh ibu ni!! Mia keluar sekejap je, bukan buat apa2 pun!! Mia kemudian pergi dengan membaling handphone nya ke lantai.. ibunya terduduk bersila di lantai yang beralaskan tikar... tanpa disedari, airmata nya menitis membasahi pipi.. ibunya kemudia berdoa.. " ya Allah.. berilah anakku cahaya terang yang diterangi oleh keredha'an mu.. janganlah engkau memberinya cahaya suram yang membuatnya ke arah jalan yang tidak diredha oleh Mu ya Allah... "
Ibunya hanya mampu berserah diri kepada Allah, ia juga kuatir akan keadaan anaknya yang secara tiba-tiba berubah.. ia bangun dengan berhati-hati kerana kekuatan dirinya yang lemah disebabkan terkejut oleh jerkahan anaknya tadi.. ibunya membawa kopi tadi kepada Mia yang dari tadi tidak keluar dari bilik untuk makan malam.. ibunya mengetuk pintu bilik Mia seraya memanggil Mia untuk makan malam bersamanya, " Mia oh Mia, mari makan nak, ibu ada masakkan makanan kesukaan Mia " tiada jawapan... ibunya berkata lagi, " Mia ibu letak air kopi ni depan pintu Mia ya, nanti kalau lapar bagi tahu ibu ya Mia " ibunya lantas beredar dengan airmata yang dari tadinya tidak henti-henti..
Belum sempat hati ibunya tenang, Prangg!!! terdengar bunyi kaca pecah berdekatan dengan bilik tidur Mia, ibunya lantas berlari ke arah Mia... sampainya ia ke bilik Mia, Mia sudah berdiri dengan tangan di pinggang lantas berkata " ibu tak paham ke?? Mia tak nak makan, tak nak makan la, yang tergedik-gedik letak makanan depan pintu Mia ni sape suruh!!?? " Mia menutup pintu dengan kuat, bertambah sedih lah hati ibunya, yang tadinya hampir-hampir tenang, dengan sikap anaknya yang terlalu dingin, airmata ibunya tidak dapat ditahan lagi, berderas lah keluar airmata seorang ibu penyanyang yang sungguh sabar akan karenah anaknya yang berdosa itu...
Dengan hati yang sabar, ia membersihkan lantai yang dipenuhi kaca piring di depan bilik Mia.. dengan harapan supaya Mia nantinya tidak terpijak kaca yang berterabur itu.. semasa ia membersihkan lantai itu, jarinya tercucuk oleh serpihan kaca yang bertaburan itu, dan mengalirlah cecair yang berwarna merah membaluti anak jari si ibu tadi... ibu Mia tidak bersuara kerana takut akan mengganggu Mia setelah keletihan keluar malam bersama teman2nya.. walaupun sakit, ia hanya melepaskan dengan airmata yang dari tadinya tidak berhenti.. ibunya berdoa lagi.. " ya Allah, sekiranya ini adalah ujian bagi diriku... kau teruskan lah demi kebaikan anakku dan keluarga ku ya Allah.. "
Jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 a.m.. oh aku harus ke bilik ku untuk menunaikan shalat tahajjud.. terdetak di hatinya.. selepas selesai berwuduk, ia terus mendiamkan dirinya di atas sejadah yang telah di khusus kan olehnya untuk shalat tahajud, selesai sahaja shalat tahajud, ia duduk bersila sambil berdoa kepada Allah, " ya Allah ya Tuhanku, yang mengatur sekalian alam makhluk, yang memberiku segala macam kebaikan, dan juga keburukan, ya Allah, aku tidaklah ingin memohon sesuatu yang tidak penting bagi diriku, tetapi aku hanya ingin memohon kepadaMu bagi diri anakku, ya Allah, kau berilah petunjuk hidayah kepada dirinya, semoga dengan petunjuk Mu lah anakku boleh kembali ke jalan yang benar, dan janganlah engkau menyiksa nya kerana ia telah melukai hatiku, engkaulah tempat aku mengadu atas segala nasibku ya Allah...
Ia lantas tertidur di atas sejadah yang hampir2 dibasahi oleh air matanya.. is terkejut kerana terdengar ketukan yang begitu kuat di pintu biliknya.. lantas ia bangun untuk membuka.. ternyata.. ( to be continued ) :p

0 comments:
Post a Comment