Wednesday, April 3, 2013

Pembubaran Perlimen 3 April 2013 PRU - 13

Pmebubaran Perlimen 3 April 2013 PRU - 13

Akhirnye pembubaran Parlimen telah diputuskan semalam pada 3 April 2013 oleh PM (Malaysia Prime Minister) setelah sekian lame menunggu dan menuggu.. macam-macam hal dan masalah terjadi selame nak menuju proses pembubaran perlimen dilaksanakan. Ntah kenape mule-mule aku rase semangat sangat nak cepat dan nak tahu bile lah PM nak umum pembubaran Parlimen, last-last aku pulak rase cuak? why - why -why?

Ape yang aku harapkan untuk kali ini, pemerintahan Malaysia mengikut aturan seperti mane yang digariskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Perkara yang wajib dalam Islam, itulah yang perlu dinaikkan bagi lebih memartabatkan dan semoga Allah memberi rahmat kepada masyarakat Malaysia, mudah-mudahan kurang lah sikit bala dari Allah.. kurang lah sikit dugaan menempuhi hidup nih.

Bagi aku, kenape kite mesti takut kalau sesuatu perkara tu benar dan lurus, kalau adil tu adalah perkara yang wajib semasa menjalankan cabutan undi, hal tersebut wajib dipantau dan dilakukan dengan sejujurnye.. itu barulah dinamekan mengikut panduan Agama Islam. Dan.. ape salahnye sekali-sekali tukar mood lak, bagi pembangkang pulak jadik PM, hehehe.. kite tengok macam mane pemerintahan mereke..

Selame mane niat dan tujuan kite betul, ape kerja sekalipun mesti akan betul mengikut panduan Allah.. tapi kalau dah salah, alamatnye mendapat murka Allah.. Malaysia.. antara Negara yang mempunyai musim yang pelik, maksudnye cuaca tak menentu.. panas membara bagaikan Neraka dunia, dah tu.. tibe-tibe pulak hujan mencurah-curah tak henti-henti, lepas ni i dont know ape pulak dugaan Allah nak bagi. Salah satu penyebab terjadinye keanehan ni adalah, Islam yang sebenarnye tidak lagi tertanam dalam hati warga Malaysia khususnye dan ttermasuklah pelaksaan syariat Islam yang tidak dilaksanakan.

Moh kite bace Harakah pasal pembubaran parlimen :

TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan akan membawa aspirasi parti dan manifesto Pakatan Rakyat dalam mendekati para pengundi di kawasan Parlimen Temerloh.

Ini berikutan beliau telah diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Temerloh pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Selain aspirasi parti dan manifesto Pakatan Rakyat, beliau turut merungkaikan serta memperjelaskan dokumen Negara Berkebajikan untuk pengetahuan seluruh rakyat.

"Selain daripada agenda utama PAS dan Pakatan Rakyat, saya juga akan meninjau isu-isu yang berkaitan dengan penduduk tempatan dan kita akan melihat bagaimana kita boleh selesaikan," katanya kepada Harakahdaily sewaktu program jelajah Negara Berkebajikan di Temerloh petang semalam.

Katanya lagi, jentera PAS telah berada pada peringkat akhir.

"Jentera kita sebenarnya telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa sahaja sejak dari tahun lepas lagi,” ujarnya.

Beliau menambah, dengan pembubaran parlimen yang diumumkan semalam telah menaikkan semangat petugas dan jentera parti untuk bekerja 24 jam.

Menurutnya, prinsip kerja yang dilakukan secara berpasukan iaitu gandingan PAS, PKR dan DAP akan menjadikan gerak kerja lebih mantap.

"Saya percaya gandingan ini akan menjadikan yang terbaik dalam kita menghadapi Barisan Nasional (BN).

"Kita mempunyai peluang yang tinggi untuk mencapai kemenangan terutamanya momentum anak muda dan juga kaum bukan Melayu yang terus memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.

Beliau pasti, siapa jua persaingnya pada pilihan raya nanti bukan satu masalah yang besar kerana gerak kerja serta sokongan dari semua lapisan masyarakat akan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat nanti.

Share:

0 comments: