Tuesday, June 11, 2013

Maut kena bom ikan

Mungkin terlalu tamak dan tidak berpuas hati dengan rezeki yang sedia ada, mereka mengambil keputusan menggunakan bom ikan dan mengharapkan rezeki yang lebih dari biasanya. Mungkin juga terlupa atau salah teknik ketika menggunakan bom ikan sehingga mengakibatkan kematian seorang rakan dari 4 rakan di sebuah rumah di Semporna Sabah. 


Semporna: “Pada mulanya saya sangka berlaku gempa bumi kerana gegaran sangat kuat sehingga saya berlari keluar dari rumah bersama ahli keluarga kerana khuatir rumah runtuh.

“Namun, saya terkejut apabila saya lihat rumah jiran sebelah berasap dan empat penghuni rumah berkenaan cuba keluar melalui tingkap rumah.

“Selepas berjaya keluar, mereka cuba mencari salah seorang rakan mereka dan akhirnya menemui lelaki itu terapung di bawah rumah,” kata Harlinah Abdul Hakim, 40, jiran kepada mangsa letupan bom ikan dalam kejadian di Kampung Air, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Attaulah Hukmat Khan, 35, yang tinggal bersama empat lagi rakannya di rumah berkenaan.

Maut kena bom ikan

Empat lagi rakan mangsa berusia lingkungan 22 sehingga 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Sumber : hmetro
Share:

0 comments: