Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan: Bersyukur di Sebalik Dugaan

Ramadhan: Bersyukur di Sebalik Dugaan

Assalamualaikum w.t.b.. Rasanya masih lum terlewat untuk Shaz mengucapkan Salam Ramadhan n selamat berpuasa kepada semua pengunjung KBM.. Ramadhan kali ni bagi Shaz sangat2 menguji emosi dan fizikal sebabnya Ramadhan kali ni Shaz terpaksa menjalani Latihan Amali dan Industri (LAI) atau nama lain nya praktikal selama 2 bulan yang berakhir pada 30 Ogos. Shaz di tempatkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam dan ini bermakna untuk pertama kalinya Shaz terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa mak dan ayah.. Bagi ank bongsu seperti Shaz, berpuasa tanpa mak dan ayah terasa sangat2 sunyi lagi syahdu terutama ketika sahur dan berbuka..Terasa seperti berada di perantauan yang terlalu jauh dari keluarga..(padahal perjalanan dari sabak bernam ke muar lbh kurang 6 jam je).. Kerinduan tersebut akhirnya membawa kepada demam..

Tapi, apa yang ingin Shaz kongsikan bukan lah mengenai kerinduan tersebut, tapi mengenai satu kisah di mana Shaz di minta untuk menjadi fasilitator untuk Program Klinik Solat di Rumah Anak-anak Yatim pada hari Ahad lepas.. Sepanjang program, hati ni terasa bertambah2 sedih melihat anak-anak yatim tersebut.  Mereka hidup hanya bersama rakan-rakan tanpa mengira cuti sekolah, puasa, mahu pun hari raya.. Hidup di asrama yang pastinya banyak kekurangan berbanding di rumah. Rasanya tidak mampu untuk Shaz bayangkan sekiranya Shaz di tempat mereka, hidup tanpa mak dan ayah.. Hal ini akhirnya menimbulkan kesedaran dan rasa bersyukur dalam diri bahawa Shaz masih lagi beruntung kerana mempunyai mak dan ayah walaupun terpaksa berjauhan untuk beberapa bulan.

Maka, ingin Shaz nasihat kan kepada diri sendiri dan sahabat2 agar menghargai mak ayah dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat mahupun ujian dari Allah.. Jadilah ank yang soleh/solehah yang sentiasa berjasa dan mendoakan kebaikan buat mak dan ayah.. Di samping itu, walau apa pun yang berlaku, tabahkanlah hati dan hadapilah semuanya dengan senyuman.. Yakinlah bahawa setiap ujian itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Shaz mendoakan semoga kehadiran Ramadhan ini membawa keinsafan  dan rahmat untuk kita semua..Amiinnn..
Share:

3 comments:

Dzasc Skachers said...

hehehee... anak bongsu memang macam gitu, dia cepat sedih dan sunyi kalau berseorangan..

xper, cube untuk biasekan diri di tempat baru dan suasane baru, tak lame ok la tu :)

shaz said...

sekarang dah ok la mr.wadud..

Dzasc Skachers said...

@shaz:
alhamdulillah la dah ok.. jangan bertambah KO sudah lah ye :)