Saturday, July 13, 2013

Ramadhan : Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir

Ramadhan : Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir

Ramadhan : Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir

Ramadhan : Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir

Selepas selesai saya mengimami jemaah shalat Tarawih di Surau Batu 6 Tambun Ipoh, saya akan terus membaca Doa sesudah / selepas shalat sunat Tarawih (di sini). Kemudian bilal menyeru jemaah surau untuk melanjutkan shalat witir bersama-sama.

Saya mengambil masa kira-kira 15 minit mengimami jemaah surau sekaligus menyelesaikan tugas saya sebagai imam Tarawih di Surau Batu 6 Tambun Ipoh. 

Selesai membaca zikir Ya Latifu dan zikir لاَ إِلَهَ إِلَّاالله (la ilaha illallah) sebanyak 33 kali, saya akan membaca Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir. Doa pilihan saya bagi shalat sunat Witir adalah doa mathurat sepertimana yang kita ketahui ada beberapa khasiat dari mengamalkan mathurat, antara lain adalah :

  • Tidak dihampiri syaitan
  • Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  • Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Allah berhak untuk meredhainya
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir sangat mudah dihafal berbanding doa Mathurat, insyaallah kalau berkesempatan saya akan kongsikan dengan sahabat semua Doa Sesudah / Selepas Shalat Sunat Witir.

Download Panduan Lengkap Ma'thurat (5.68 MB)
Share:

0 comments: