Wednesday, April 30, 2014

Kedai Tinted Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Kedai Tinted Area Ipoh

First accessories yang aku buat pada Iswara Aero aku adalah tinted.. walaupun ayah aku dah bebel suh maintain engine dulu, lepas tu makeup la pepuas.. buts, aku tak puas hati dengan kreta-kreta lain di luar sana.. milirik panjang anak mata aku bile tengok sport rim, tayar Michelin, spoiler dan lain-lain kat kreta orang lain, hehe.

Aero tu baru jer aku beli bulan lepas, memang semua standard.. yang aku puas hati dan tergerak hati nak beli sebab servis dari brader tu cukup bagus, kereta semua standard, power stering + spotlight 2 jenis. Engine smooth cume bunyik crankshaft tu ada.. standard la barang lama.

Dari yang aku tahu, kreta tersebut diguna pakai oleh kakak beliau tapi sangat jarang.. masa aku datang ambik pun, tersadar kat luar.. adoyai, spoiler standard memang dah mengupas, ada niat jugak sebenarnye nak letak spoiler sport, tapi lepak dulu.. kehh3..

Sebelum aku tinted, aku research dulu ape-ape yang berkaitan dengan tinted bagi mengelak sebarang hal tidak diingini berlaku macam penipuan, kualiti tinted, pendapat otai2 dalam forum2, jenis2 terbaik dan macam-macam lagi.. ada la 1 minggu jugak aku buat pilihan setelah sehari suntuk keliling area tambun, tanjung rambutan, bercham.

Setelah puas + fedup mencari.. aku buat keputusan pegi area tanjung rambutan untuk lunaskan hajat aku.. lepas sembang2 tokey kedai tu.. dia setuju nak bagi aku Tinted Brand Air Cool dengan harga Rm260 depan belakang kiri kanan lepas diskaun brape % aku dah lupe..

Cume lepas pasang tinted, yang aku tak puas hati adalah ketelusan cahaya tak lepas.. dia bagi kiri kanan belakang 60% yang depan dia letak 70 @ 80%. Hayyak.. awal2 aku dah cakap nak tepi 70 depan belakang 80. Hadoii.. tapi bile dah lame tinted tu melekat kat kreta aku, nampak style pulak. Kih3..

Ade banyak jenis tinted yang terjual kat kedai accessories, kene hati-hati dan wajiblah memilih setelah anda puas hati dengan jenis tinted yang menjadi pilihan. Sebab kalau dah pasang, buat sakit mata sakit hati, lebih baik tak payah pasang, hari2 mengadap kreta kesayangan dengan tinted yang tak ngam.. hadoi, sakit hati wooo..

Kedai Tinted Area Ipoh
Contoh tinted berkilat (bukan kreta aku)

Aku puas hati dengan servis kedai ni, tokey dia ramah dan slowtalk baik2, aku takkan jadi beli kalau tokey dia macam HAREM. So disebabkan servis tokey tu best, bagi pulak best price.. maka melekat lah tinted hitam bekilat (nampak bayang2 kat luar) Brand Air Cool kat Iswara Aeroback aku.. Alhamdulillah setakat ni puas hati. 

Okeh kalau anda ingin berkunjung ke tempat aku buat tinted ni.. silalah ke runner ke area Tanjung Rambutan, kalau tak silap nama kedai dia Air Cool dekat dengan Tokong Cina. Kedai kecik molek, macam tersorok sikit.. tape pelanggan dia mangai banyak. Lupe nak bagitahu, dari infomasi yang aku dapat dari sorang pakcik nih (pelanggan tetap), jangan datang ke kedai ni hari minggu, sebab confirm penuh.. kebetulan aku datang hari Selasa, so lengang la sikit.. lengang-lengang pun.. 4 jam tunggu turn. Huhu..

Sekian sedikit pengalaman yang boleh aku share.. banyak bende yang aku tukar kat kereta tu dalam bulan ni saje habis dekat Rm1k kot.. haha.. Malas nak pikio, Layan jelaaa..
Share:

0 comments: