Kreta aku pun tinted jugak, so aku tetap merasakan ketidakpuasan dan ketidakadilan dalam operasi memburu kereta tinted. Dah banyak kecoh dalam FB dan laman sosial lainnye berkenaan tinted ni.. sebab kebanyakkan pengguna kenderaan bermotor (kereta) akan menggunakan tinted pada cermin kenderaan diorang..
Antara alasan adalah, keadaan cuaca yang sangat panas sekarang. Sampaikan letak telur dalam kereta pun boleh tergoreng dengan kepanasan alam yang melanda Malaysia sekarang.. apetah lagi pemandu dan penumpang? idak ke menggelupor dalam tu? lu tarak pikir ka??
Berguna jugak pada ibu yang menyusukan anak drang.. tak susah2 nak cover bagai, dah tercover dengan tinted yang ada.. dan pulak, apesal kereta VIP @ orang ternama ni tinted takde hal pun? kereta import? kereta mewah sekarang boleh dikatekan semua tinted, so ape kate JPJ? pernah aku baca satu komen dari FB, dia terlepas pemeriksaan tinted ni bile kate kereta dia keluar2 memang dah tinted?
Kalau lah betul nak buat operasi tinted, biar pada semua, biar selaraskan pada setiap pengguna kenderaan bermotor.. baru adil dah masyarakat pun tak banyak bunyi.. dan haramkan penjualan tinted pada setiap kedai aksesori kereta.. kenape tak banteras semua kedai pembekal tinted ni dulu baru dibuat operasi pada pengguna kenderaan tinted?
Atau dah kenyang makan duit?
Kreta gua pon tinted jugak maaa.... sakit hati woo pakai tak sampai sebulan tengok2 dah kene operasi tinted.. hampeh punye JPJ.. depan 70% kiri kanan belakang 55% kot.. hayyak.. ni satu hal cine tu, gua dah cakap nak yang 70% 80%.. dia bagi plak yang 55%.. sabo jeleee..
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menafikan laporan kononnya pihak berkuasa akan menghentikan operasi terhadap pemilik kenderaan bercermin gelap.
Katanya, operasi yang diketuai oleh Polis Trafik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu tidak dihentikan malah tetap diteruskan dan akan bermula 16 Jun ini.
"Saya ingin jelaskan bahawa operasi masih diteruskan dan ia akan dilakukan di seluruh negara.
"Kami akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap ini," katanya.
Sehubungan itu katanya, pemilik kenderaan terbabit mempunyai masa sehingga 15 Jun ini untuk membuat ubahsuai.
Sebelum ini Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad mendakwa operasi pemeriksaan cermin gelap tidak akan diadakan secara besar-besaran. - HARAKAHDAILY 29/5/2014
0 comments:
Post a Comment