Rasenye semua masih ingat isu rakaman seks UAI yang tengah hangat dibicarakan sekarang.. semua orang termasuk diri ini tak percaya dengan fitnah yang dibuat oleh golongan syaitan di luar sane, tak tahu sape punye keje, tapi kerane syaitan tersebut takde kekuatan untuk melawan kehebatan UAI.. cara terakhir adalah menabur dan menyebar fitnah busuk di merata-rata. Boleh jadi sape-sape pun.. padahal kalau tengok balik, UAI ni penceramah bebas, bukan ceramah pasal politik atau kaitan dengan dunia luar pun.. ceramah agama je beb! tapi kelebihan yang Allah kurniakan pada beliau.. boleh tarik ramai anak muda jadi hormat pada ulama@ustaz dan suka dengan kuliah agama. Maha Besar Allah.
Ade jugak pihak bengong yang gunakan isu ni tuk kepentingan peribadi dll.. contoh macam dalam gambo tu, kan? dunia yang bodoh atau siapa yang bodoh? perlukah buktikan sesuatu dengan bersumpah? ingat sumpah2 ni perkara main2 ke? boleh jadi kalau UAI tampil menafikan isu tersebut, mesti tambah kecoh, tambah-tambah berdepan dengan syiatan-syaitan durjana.. kite sape nak jugde orang lain? so.. untuk kurangkan dosa, sebaiknye diam, tambahkan pahala dengan mendoakan kebaikan orang lain.. kan lebih baik walaupun pahit?
pada 23-10-2014 06:10 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa simpati terhadap fitnah yang menimpa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Beliau berkata, tiba masanya kerajaan Persekutuan menguatkuasakan undang-undang yang fokus hukuman kepada individu yang bertindak menyebarkan gambar atau video kehidupan peribadi seseorang.
Dr Asri berkata demikian selepas diminta mengulas penyebaran gambar dan rakaman video lucah yang dikaitkan dengan penceramah bebas itu.
Rakaman video berdurasi 0:38 saat itu menampilkan seorang lelaki mirip UAI dengan seorang wanita, melakukan adegan intim dengan sebahagian badan mereka dilitupi selimut.
Lelaki mirip Ustaz Azhar itu seolah-olah menyedari aktivitinya dirakam apabila beliau dikesan melirik tepat kepada kamera.
"Saya bersimpati kepada Ustaz Azhar Idrus. Sepatutnya tidak ada sesiapa yang boleh sebar, berkongsi dan jangan buat kesimpulan buruk perkara yang kita sendiri tidak tahu (kebenarannya).
"Kerajaan kena buat undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan sisi peribadi seseorang, sama ada anak, isteri seseorang atau merakam perbuatan di rumahnya, yang mana mereka tidak suka orang tahu, termasuk hubungan intimnya. Maka undang-undang perlu dibuat untuk ambil tindakan kepada si pelaku," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Rata-rata penggiat media sosial, marah dan kecewa dengan tindakan penyebaran gambar dan rakaman tersebut yang disifatkan sebagai cubaan jahat untuk memalukan individu berkenaan.
Mengulas lebih lanjut, Dr Asri bersependapat dengan kenyataan pembantu UAI, Zulkifli Wahab yang menyifatkan penyebaran video palsu itu adalah cubaan menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.
Beliau menasihatkan rakyat di negara ini agar meneliti penyampaian berita di laman sosial, terutamanya yang dikendalikan oleh 'bloggers' kerana kebiasaannya bermotifkan politik.
"Ini karakter politik yang membunuh (assassination) yang dilakukan sesetengah pihak terutamanya bloggers yang bersikap jahat. Kebanyakan blogger jahat ini ada tuannya di dalam politik.
"Sebab itulah rakyat kena teliti bloggers jahat berpihak kepada parti mana. Maka kita akan tahu tabiat sesebuah parti itu jahat atau sebaliknya," katanya lagi.
Sementara itu Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.
Penceramah bebas ini suatu ketika dahulu mencetus fenomena apabila berjaya menarik ribuan orang hadir ke program ceramah agamanya.
Penyampaiannya yang bersahaja diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena, mencuit hati orang yang hadir. -Sumber

0 comments:
Post a Comment