Sebelum ini kita digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 370 dan MH 17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Ukraine. Sebelum itu, MH 17 dikatakan telah ditembak menggunakan peluru berpandu dari darat ke utara. Baca berkaitan Russia beri bukti imej satelit MH17 ditembak jet pejuang Ukraine.
Isu terbaru kehilangan pesawat QZ8501 yang membawa 162 orang termasuk seorang rakyat Malaysia, pesawat itu dilaporkan berangkat dari Surabaya pada jam 5.35 pagi (waktu Indonesia) dan dijangka tiba di Singapura 8.30 pagi (waktu Singapura). Selanjutnya di Kehilangan QZ8501 ingatkan kita tragedi Adam Air.
Pesawat AirAsia dari P. Pinang ke Langkawi terpaksa berpatah balik
KUALA LUMPUR, 29 Disember:
Pesawat AirAsia yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Langkawi, Kedah hari ini dilapor berpatah balik selepas 10 minit penerbangan kerana ‘masalah teknikal’.
Jurucakap LTAPP ketika dihubungi berkata pesawat AK6242 yang berlepas pada 4.30 petang itu sepatutnya mendarat di Langkawi pukul 5.05 petang.
“Pesawat itu berpatah balik selepas kira-kira 10 minit memulakan perjalanan dipercayai akibat masalah teknikal dan terpaksa dijadual semula.
“Pesawat itu selamat mendarat (di Langkawi) kira-kira pukul 6.30 petang; terlewat hampir 1 jam 30 minit dari jadual asal,” kata jurucakap LTAPP itu dipetik portal berita Astro Awani.
Sementara itu, portal Berita Harian Online pula melaporkan seorang penumpang pesawat berkenaan, Subash Elangovan yang menceritakan juruterbang membuat pengumuman memaklumkan penumpang bahawa pesawat itu bedepan masalah teknikal.
Pihak pengurusan AirAsia ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan hanya berkata satu kenyataan media mengenainya akan dibuat kemudian.
Sumber
1 comments:
You have been doing a great work in all of this blog. I can say it by reading one of your all awesome posts..keep it up :)
Post a Comment