Sebelum cuci darah my redbaby (1,500km) jap lagi, aku nak share something kt korang pasal PUSPAKOM nih. Semua org Malaysia dah sedia maklum pasal PUSPAKOM ni sebenarnye, apabila berurusan jual beli kereta, PUSPAKOM menjadi perkara utama yang perlu diambil kira. Nih aku CNP je dari web PUSPAKOM :
Ditubuhkan pada tahun 1994, PUSPAKOM merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd, sebuah konglomerat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Kami adalah satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan yang dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, serta kenderaan persendirian untuk tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.
Semalam aku ke PUSPAKOM nak uruskan proses tukar milik kenderaan, penting tak penting PUSPAKOM nih, drang akan check mende2 basic sebelum buat kelulusan tukar milik. Drang akan check antanya (tertakluk kepada jenis kereta dan tujuan pemeriksaan) :
1. No engine
2. No casis
3. Kenderaan potong (body potong)
4. Ketelusan cermin (tinted)
Sebenarnye, kebanyakkan orang fikir lebih baik bagi runner je yang settlekan PUSPAKOM dan tukar nama (JPJ) dengan kos yang tinggi RM300? beb! korang buat sendiri tak sampai RM40 pun! ok kat sini aku nak share perkara2 yg perlu dilakukan sebelum ke PUSPAKOM :
1. Basuh kereta, pastikan no casis dan engine jelas (kalau boleh)
2. Deal hari dan tarikh yg sesuai, tak perlu ke sana, call je:
Address & Contact : No. 17, Jalan P10/18, Taman Industri Selaman, Seksyen 10, 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-8922 1325 Fax: 03-8922 3706
Inspection by Appointment Tel : 03-51017000
3. Bawa geran asal (original).
4. Sampai di PUSPAKOM, bagitahu nak tukar nama pemilik dan Isi borang yang diberi.
5. Queue kereta mengikut arahan yg diberi, Tak tahu kat mana nak queue, biasanya ada polis yg jaga bahagian tu, tanya dia.
6. Sampai turn korang, bayar RM40 di kaunter yg disediakan.
7. Tunggu keputusan samada lulus atau gagal.
Semudah ABC kan? tak perlu pening2 fikir nak bayar runner bagai.. baik korang bagi aku lagi bagus haha! ohh.. semasa pemeriksaan, korang boleh je nak tengok2.. takde masalah pun. Aku buat di cawangan Bangi, not bad, kereta tak banyak.. paling best tinted aku lepas Alhamdulillah. Tengok kadar ketelusan dari web JPJ (http://www.jpj.gov.my/pemasangan-cermin-gelap) tak lepas beb! Rezeki Allah nak tolong. Kalau tak lepas, samada korang kawtim dan koyakkan depan tu jugak, atau buat sekali lagi dengan bayaran yg sama RM40.
InsyaAllah dalam masa terdekat aku ke JPJ untuk proses pertukaran nama, BTW.. tiap pemeriksaan tukar milik (PUSPAKOM) ni valid lebih kurang 3 minggu. So dalam masa tiga minggu tu lah korang perlu uruskan di JPJ dsb. Kalau diberi kekuatan, aku share kat sini.. kau ingat senang ke nak menulis? hahaha..