Showing posts with label Berkorban Demi Cinta. Show all posts
Showing posts with label Berkorban Demi Cinta. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Bilal Bin Rabah


Bismillahirrahmanirrahim... kisah pendek mengenai Bilal Bin Rabah ini dapat menambahkan sedikit pengetahuan kita tentang Bilal Bin Rabah..

Bilal Bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah, 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah ,seorang wanita berkulit hitam. Kerana itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus - Sauda' atau putera wanita hitam.

Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf,seorang tokoh penting kaum Quraisy.

Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu,dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun,Bilal enggan tunduk pada kehendak Umaiyah.

Bilal bin Rabah diseksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula2 dia dipukul, kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil, dia dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala, dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu, Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun, iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al-Latta dan al-Uzza,tetapi, mulut Bilal hanya menyebut ''Allah..Allah..Allah..''

Seksaan pada Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu membelinya daripada Umaiyah dengan harga 9 uqiyah emas. Menurut Umaiyah,jika Abu Bakar membelinya dengan 1 uqiyah emas pun,dia akan menjual hambanya itu.Menurut Abu Bakar pula, jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah pun dia sanggup membelinya.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w diberitahu tentang perkara itu,nabi memuji Abu Bakar as-Siddiq dengan berkata, ''Sekiranya begitu,biarkan aku berkongsi denganmu bagi membayarnya,wahai Abu Bakar.''

''Wahai Rasulullah,saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal.'' Kata Abu Bakar as-Siddiq pula.

Bilal bin Rabah pernah hidup pada 3 zaman,iaitu, zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam, zaman Nabi Muhammad pembawa risalah Allah dan zaman khalifah ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.

Pada zaman jahiliah,Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah,. Pada zaman Rasulullah pula,beliau dilantik menjadi tukang azan.Beliau juga turut serta dalam semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah.

Sesudah Nabi Muhammad wafat, Bilal merasakan 1 kehilangan dalam hidupnya. Kerana berasa sangat sedih,beliau tidak mampu menyebut anam Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya, Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.

Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Bilal meminta izin pergi berperang menentang mereka yang ingkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as-Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, Bilal sekali lagi emmint izin berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dia diizinkan pergi. Bilal membawa isterinya bersama-sama pergi berjihad di jalan Allah. Kedua-duanya turut bersama tentra Islam menakluk Baitul Muqaddis.

Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji, penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram. Tetapi Bilal menolak.

Apabila pulang ke Madinah, Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi Bilal sekali lagi menolak. Kemudian, Khalifah Umar al-Khattab sendiri yang memujuk Bilal,tetapi tidak berjaya. Kerana tidak sanggup berada di Madinah, Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.

Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan,tetapi Bilal enggan hingga mereka marah pada Bilal. Akhirnya, Bilal membawa isterinya ke Damsyik.

Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Dan pada ketika itu,dia berumur 63 tahun.

Sanggupkah kita menjadi seperti beliau?

Wallahualam..
Share: