Showing posts with label Info FB. Show all posts
Showing posts with label Info FB. Show all posts

Monday, June 4, 2018

Yang Dipertuan Agong Perkenan Tommy Thomas Dilantik Peguam Negara

Yang Dipertuan Agong Perkenan Tommy Thomas Dilantik Peguam Negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara hari ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Share:

|Video| Kisah Dan Pesanan Akhir Ali Banat

|Video| Kisah Dan Pesanan Akhir Ali Banat

Ali Banat, lahir dan membesar di Sydney, Australia. Diusia yang masih muda beliau sudah miliki segalanya yang diidamkan oleh setiap anak muda seusianya. Keluar dari kongkongan kewangan serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi dengan kemewahan yang luar biasa.

Ali Banat recorded this final mesage to be shared after his death

Namun, kebahagiaannya seolah disentap apabila mendapati dirinya didiagnosa kanser, dan peluang untuk terus hidup dijangka tinggal beberapa bulan sahaja. Walau air matanya mengalir, jauh di sudut hatinya beliau merasa sangat bersyukur dengan ujian yang ditimpakan ke atasnya.

Rasa syukurnya dizahirkan melalui MATW Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu mereka yang perlu dibantu.

Share:

Sunday, June 3, 2018

|Video| Harga Lesen Terkini 2018


Bagi mengatasi isu ketirisan dan penyalahgunaan mendapatkan lesen memandu, hala tuju JPJ kini adalah untuk mengambil pendekatan pengaplikasian automasi dalam semua peringkat proses ujian memandu. Ini termasuk cadangan pemasangan ‘dashboard camera’ di dalam kereta-kereta ujian bagi memastikan ketelusan ujian tersebut. Dalam pada itu, saya juga telah meminta supaya semua Institut dan Sekolah Memandu untuk mempamerkan perincian setiap caj ujian yang dikenakan di dalam resit bagi mengelakkan kebarangkalian sebarang caj tersembunyi. Buat masa ini, harga siling yang ditetapkan oleh JPJ adalah RM350 bagi lesen B2 (Motosikal), RM1,150 bagi lesen D (Motokar – Manual) dan RM1,250 bagi lesen DA (Motokar –Auto).

|Video| Harga Lesen Terkini 2018

YB LOKE SIEW FOOK MENTERI PENGANGKUTAN.

KENYATAAN MEDIA
YB LOKE SIEW FOOK
MENTERI PENGANGKUTAN (Download PDF)
Share:

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik, Ni Rahsianya...

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik, Ni Rahsianya...

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik, Ni Rahsianya...

Patutlah Ayam Goreng Mamak Menarik, Ni Rahsianya...

Patutlah nampak ayam goreng mamak begitu menggoda warna dia. Ni rupanya.

Dua hari operasi kedai mkn bersama Kementerian Kesihatan... Rata² kedai mamak menggunakan 'pewarna bukan untuk makanan' atau untuk ayam goreng... Yang digunakan supaya ayam goreng kelihatan menarik & boleh menyebabkan kanser...

Viral Muafakat Johor
Share:

Siapa Ali Banat Dan Razan Asyraf Najjar?

Siapa Ali Banat Dan Razan Asyraf Najjar?

Inilah lelaki soleh.
Inilah wanita solehah.
Di saat kita masih entah apa-apa, sibuk kejar kepentingan diri sendiri.
Mereka mengejar keredaan Ilahi.
Kita sibuk mengejar populariti di bumi.
Mereka mengejar tempat yang tertinggi di sisi Allah Yang Maha Suci.
Kredit penulis : Muhammad Mustaqimi Bin Rusydee

Siapa Ali Banat Dan Razan Asyraf Najjar?
Siapa Ali Banat Dan Razan Asyraf Najjar?

Razan’s last moment before she was sniped down, as she was approaching an injured person to to save his live. She scared them(snipers) with her humanity and white uniform.
01-June-2018
Share:

Thursday, May 31, 2018

|Video| Pakaian Nurul Izzah Ditegur Lelaki Bernama Azrul

"Tak salah nak tegur.. tapi kalau teguran kau tu sengaja nak memalukan dia tu sepatutnye makan penampau. Kalau pun kau dah nampak, diam2 sudah la, ni pi direct macam tu live pulak tu. Bulan Ramadhan ni la kau mintak dikecam. Eshhh.." 


KUALA LUMPUR - Walaupun rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada perkembangan terkini dengan pembentukan kerajaan baharu, namun ada juga pihak yang sibuk mengecam penampilan ahli politik wanita.

Menerusi satu program Facebook Live, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ditegur oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrul berhubung penampilannya.

Lelaki tersebut menghubungi rancangan berkenaan semata-mata untuk menegur tudung Nurul Izzah yang terselak sehingga menampakkan bentuk badannya.

Oleh itu, lelaki tersebut meminta wakil rakyat itu untuk lebih berhati-hati dengan pemakaiannya.

"Lepas ni YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan, tudung YB kadang-kadang terselak tau. Dan kadang-kadang nampak part yang tak sepatutnya lah," tegur Azrul.

Tidak terhenti disitu, Azrul sempat menambah lagi teguran yang berbaur sensitif itu sebelum menamatkan panggilan.

"Pasal hari itu saya nampak baju dalam semua, nampak buah dada," kata Azrul lagi.

Sedutan pendek yang menunjukkan teguran berbaur sensitif itu kemudian tular di media sosial. Tindakan lelaki itu nyata mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki.

Ada yang menyifatkan ia sebagai satu gangguan seksual.- Astro Awani

|Video| Pakaian Nurul Izzah Ditegur Lelaki Bernama Azrul
Share:

Kutipan tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway Tamat

Kutipan tol Jajaran KL-Seremban, Salak Expressway Tamat

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 12 tengah malam ini.

LLM dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran berkenaan, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (di antara RM 0.40 hingga RM1.70).

"Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari.

"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," kata kenyataan berkenaan.

Katanya, Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.

"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi.

"LLM mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama pengguna lebuhraya," katanya.

Share:

Raj's Banana Leaf Mohon Maaf Secara Terbuka

Isu basuh pinggan guna air kotor / lopak jalan.
Pihak restoran telah memohon maaf atas isu terbabit.

Gilo punya kerja sampai basuh pinggan pun dalam lopak jalan beb.. walaupun air tu mengalir, tapi tetap kotor dan kita tak tahu najis apa yang bersamaan dengannya dalam takungan air tersebut. Dengar cerita ni bukan mamak muslim, tapi india non muslim.. tak tahu lah sejauh mana kebenarannya. Ape2 pun.. memang pengotor!!!


PETALING JAYA: Pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf tampil memberikan kenyataan maaf berhubung penularan satu video yang menunjukkan pekerja restoran berkenaan membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air.

Menerusi hantaran di akaun Facebook restoran berkenaan, pemiliknya memohon maaf kepada pelanggan dan mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan oleh beberapa pekerja baharu di cawangan Bangsar milik restoran itu.

“Kami memohon maaf dengan kejadian berkenaan yang dilakukan oleh pekerja baharu kami di cawangan Bangsar. Kami ingin memaklumkan kepada semua perkara sebegini tidak pernah berlaku dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kami juga ingin menegaskan Raj’s Banana Leaf secara konsisten melepasi pemeriksaan kebersihan dan kesihatan restoran kami yang dilakasanakan secara berterusan.

“Kami berharap pelanggan akan memberikan peluang kedua kepada kami dan kami ingin menegaskan faktor kebersihan dapur restoran kami sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Menerusi kenyataan berkenan juga, pemilik restoran mengatakan akan membuat majlis berbuka puasa secara percuma pada 31 Mei nanti bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam di Raj’s Banana Leaf Bangsar sebagai tanda permohonan maaf berhubung kejadian itu.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 30 saat yang tular pada Selasa menunjukkan beberapa pekerja sedang membasuh pinggan makanan di kawasan lopak air. Sumber.



KUALA LUMPUR – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hadir di premis restoran makanan daun pisang, Raj’s Banana Leaf, bagi menjalankan pemeriksaan susulan viral video pekerjanya mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis itu di Bangsar, di sini, sebentar tadi.
Seramai kira-kira 10 pegawai tiba dengan menaiki dua buah van pada jam 9.20 minit pagi.

Sepuluh minit kemudian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba, difahamkan bagi menyerahkan notis penutupan restoran terbabit.

Bagaimanapun, restoran itu tidak beroperasi pada hari ini dan hanya seorang sahaja pekerjanya hadir untuk membuka kunci premis berkenaan bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

Semalam, viral sebuah video di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran berkenaan mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Pihak pengurusan restoran berkenaan turut memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.

Seiring permohonan maaf itu, Raj’s Banana Leaf mengumumkan untuk menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangannya di Bangsar pada 31 Mei ini, dari 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Sementara itu, sebuah portal tempatan, TwentyTwo13, melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata restoran itu akan ditutup bermula esok (hari ini).

“Saya akan mengarahkan pegawai Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar menyita premis itu esok.

“Ia akan ditutup sehingga mereka mematuhi semua peraturan,” katanya dipetik oleh laporan itu. – BH ONLINE.
Share:

Jemputan Khas Mufti Wilayah Kepada Faiz Roslan


MUHAMMAD FAIZ ROSLAN

1. Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang “instafamous” anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.

3. Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.

4. Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.

5. Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

6. Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.

Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Share: