Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Penjenayah tembak mati pegawai Ambank berjaya diberkas

Aku tak tahu kenapa dia sanggup bunuh pegawai Ambank tu semata-mata nak merompak, padahal bukan tak boleh ambik je duit pastu lari.. kenape mesti nak tembak? sungguh berhati syaitan perompak tersebut. Banyak jugak pertanyaan berkaitan isu tembak mati pegawai Ambank masih lagi belum terjawab di mana-mana web maupun media massa.

Kadang-kadang tunggu pun tak dapat jugak info, nak dapat info dengan cepat dan pantas haruslah diri sendiri cari maklumat berkaitan jenayah yang berlaku. 

Penjenayah macam tu takkan dapat bertahan lama.. nama dah blacklict, maklumat berkaitan perjenayah banyak dah tersebar, muka penjenayah pun berjaya dirakam oleh litar tutup yang tersedia dipasang. Bodoh jugak, maybe penjenayah tu buat keje last-last minute.. nampak je line clear terus rompak, tak terpikir pulak yang dia kat dalam bank yang secara logiknye penuh dengan sistem security.

Sistem security? so macam mana tak boleh nak trace IC dia? tak tersenarai dalam senarai orang yang bekerja.. hahah! pelik tapi benar.. dan macam mane boleh dia keje tanpa ada maklumat diri? perghh..

Lastly, berjaya jugak pihak kerajaan memberkas penjenayah + penyangak ni. Baru-baru ni beliau berjaya diberkas dan muke style je.. tak nampak bersalah langsung.. muehehehe.. Ok lah tuh, alang-alang dah salah, buat jela muke tak bersalah ye dak?

Penjenayah tembak mati pegawai Ambank berjaya diberkas

Kota Tinggi: Suspek kes bunuh pegawai AmBank yang ditahan polis di Kampung Tanjung Belungkor, di sini, pagi semalam, dipercayai gagal mendapatkan khidmat tekong darat serta laut bagi membawanya pulang ke Indonesia.

Lelaki berusia 37 tahun yang menggunakan nama Ardi Hamza di dalam MyKad palsunya dipercayai datang ke Kampung Tanjung Belungkor di sini, dalam usaha melarikan diri ke negara asalnya.

Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, kemungkinan itu diambil kira berdasarkan kes yang dikendalikan pihaknya sebelum ini.

“Kebiasaannya warga asing yang pulang melalui lorong tikus tidak akan melanggar arahan tekong bagi mengelak pergerakan mereka dihidu pihak berkuasa.

Penjenayah tembak mati pegawai Ambank berjaya diberkas

“Tetapi, dalam kes ini, suspek dipercayai gagal mendapatkan khidmat tekong dan kerana itu dia mungkin sanggup menggunakan apa juga cara, termasuk mencuri bot nelayan untuk melarikan diri,” katanya.

“Kebiasaannya, warga asing akan mengikut apa juga arahan diberi tekong dan sentiasa berada di dalam rumah transit disediakan walaupun tidak selesa,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan Ardi oleh pasukan khas Ops Cantas Bukit Aman di kampung berkenaan pada jam 7 pagi semalam.

Ardi menjadi buruan polis selepas membunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Selangor, Norazita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu sebelum melarikan wang tunai RM450,000.

Norazita yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ suspek.

Masri berkata, dia juga tidak menolak kemungkinan suspek menjadikan rumah atau premis tertentu di sekitar kawasan berkenaan sebagai rumah transit, sementara menunggu waktu sesuai untuk menyeludup keluar.

“Suspek juga gagal meloloskan diri berikutan kawalan ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Sementara itu, penangkapan suspek yang diburu sejak 20 hari lalu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah menerusi satu kenyataan media semalam.

“Polis percaya dengan penahanan suspek ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan,” katanya dalam kenyataan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter rasminya turut mengucapkan tahniah kepada pasukan khas Ops Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya menahan suspek terbabit.

“Syabas, pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya tangkap pembunuh/perompak kejam AmBank di Johor pagi ini. Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu PDRM,” katanya.

Harian Metro difahamkan, suspek utama dipercayai menggunakan pengangkutan awam untuk ke Kampung Tanjung Belungkor dan bersembunyi dalam sebuah rumah kosong sebelum diserbu polis.

Sumber berkata, bagi mengelakkan dicekup, suspek mahu melarikan diri ke negara asalnya dengan mengupah sindiket pemalsuan dokumen bagi membolehkannya menembusi sempadan.

“Namun, usahanya belum pun berhasil apabila tempat persembunyiannya berjaya dikesan polis hasil risikan dan maklumat selain mendapat kerjasama daripada jabatan lain.

“Polis turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan suspek melalui akaun Facebooknya,” katanya.

Polis turut merampas sejumlah wang disyaki hasil rompakan daripada suspek, namun jumlahnya belum dipastikan.


PS : nak lari ke? baik di balas baik jahat dibalas jahat.. hg ingat dah bunuh orang boleh blah macam gitu je? jangan lupe kematian dah makin dekat dengan hg.. ape tah mamat ni kene time masuk dalam penjara tuh, lunyai la hg yoep.. buat mende tak mikio.. tu lah hasilnye!
Share:

Saturday, July 27, 2013

Penggodam Komputer Terkenal Meninggal Dunia

Penggodam Komputer Terkenal Meninggal Dunia
BARNABY JACK

BOSTON - Seorang penggodam komputer terkenal yang berjaya membuatkan mesin pengeluaran wang ATM mengeluarkan wang tunai, Barnaby Jack ditemui mati di sebuah pangsapuri di San Francisco seminggu sebelum dia dijadual menyampaikan ceramah pada satu persidangan penggodaman komputer.

Pejabat Pemeriksaan Perubatan San Francisco menyatakan pihaknya sedang menjalankan autopsi untuk mengenal pasti punca kematian Jack.

Jack, 35, yang dilahirkan di New Zealand merupakan penggodam 'white hat' paling popular. Penggodam 'white hat' ialah mereka yang menggunakan kepakaran untuk mencari kelemahan sistem keselamatan komputer sebelum penjenayah mengekspoitasinya.

Kepakaran Jack adalah mencari kelemahan sistem komputer yang dipasang pada peralatan perubatan dan mesin pengeluaran wang tunai.

Jack dijadual membuat demonstrasi menggodam alat perentak dan defibrilator jantung pada persidangan penggodam Black Hat di Last Vegas Khamis depan.

Dia menjadi penggodam paling popular di dunia selepas melakukan demonstrasi Jackpotting pada tahun 2010 yang membuatkan mesin wang ATM mengeluarkan wang tunai. Klip video persembahannya telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali di laman YouTube. - Reuters


Barnaby Jack Hacks ATM At Black Hat Video

Barnaby Jack Hacks ATM

Yang aku pelik.. kenape la berani sangat dia xpose hacking skill berkaitan Goverment Security untuk tayangan umum.. pergh, memang berani. Bile keluar berita kematian Barnaby Jack ni, memang la aku tak heran, sebabnye dia sendiri yang menempah maut. Macam-macam dunia sekarang.
Share: