Showing posts with label Tips Cemerlang B.arab. Show all posts
Showing posts with label Tips Cemerlang B.arab. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Belajar Asas Bahasa Arab Al-Quran EP 01 2/2 - Ust Rusdi Alias

Belajar Asas Bahasa Arab Al-Quran - Ust Rusdi Alias
EP 01 2/2

Masih di dalam Bab ISIM (latihan di dalam surah al-Fatihah, boleh lihat atau rujuk dalam video yang disediakan di atas).

-Makhraj yang sangat sensitif dalam bahasa arab HA (tebal) dengan HA (nipis), A (alif) dengan NGA (ain). Begitu juga dengan baris, mengandungi erti yang berbeza.
-MALIKI. Hujungnya berbaris bawah, jadi ia adalah ISIM. Tetapi seharusnya jika tiada ALIF LAM di awal MALIKI, dihujung MALIKI mesti berbaris TANWIN. Ini memberi erti bahwa MALIKI ingin bersandar (mudhof) pada ayat disebelahnya. Jadi huruf ALIF LAM dan TANWIN ditanggalkan.
-YAUMI. Hujungnya berbaris bawah. Bererti ia MUDHOF kepada kata ADDINI. Sila rujuk di penjelasan MALIKI.

-ADDINI. Adalah ISIM, ada ALIF LAM dan BARIS BAWAH.
-ALLAH. Adalah ISIM. Rujuk ADDINI.
-HUSNA. Adalah ISIM. Rujuk ADDINI.
-IYYAKA. Dua perkataan yang digabungkan dan tidak boleh berdiri sendiri (IYYA + KA). IYYA bermaksud kepada, ia tidak ada apa-apa makna kecuali apabila digabungkan dengan ISIM sebelahnya.
-IYYAKA. IYYA = Hanya kepada, KA = Kamu. Lihat tanda-tanda ISIM di bawah :
a. Tiada ALIF LAM.
b. Tiada BARIS BAWAH.
c. Tiada TANWIN.
d. Tide HARF JAR sebelumnya.
e. Bukan MUDHOF.
f. IYYAKA juga dikatakan ISIM walaupun tiada tanda-tanda ISIM padanya kerana dia dikatakan sebagai ISIM POPULAR.

-HU = Dia seorang lelaki. IYYAHU = hanya kepada dia seorang lelaki
-HUMA = Mereka berdua lelaki.
-HUM = Mereka lelaki.

-HA = Dia seorang perempuan. IYYAHA = hanya kepada dia seorang perempuan.
-HUMA = Mereka berdua perempuan.
-HUNNA = Mereka perempuan.

-KA = Engkau seorang lelaki.
-KUMA = Kau berdua lelaki.
-KUM = Kamu semua lelaki.

-KI = Engkau seorang perempuan.
-KUMA = Kau berdua perempuan.
-KUNA = Kamu semua perempuan.

-YA , NI = Aku.

-NA = Kami.

-IYYAKA, ia adalah ISIM kerana ia popular dan tiada tanda
-NA’BUDU, bererti kami menghambakan diri. Ia adalah Fi’el Mudhari’. Tanda Fi’el Mudhari’ adalah di awalnya ada huruf NUN dan di hujungnya berbaris DEPAN.
-WAW, ia adalah HARF atau kata sendi.
-A’TOF bererti penyambung, kata sendi penyambung. Ada 4 yang paling kerap digunakan di dalam Al-Quran WAW(dan), SUMMA(kemudian), AW(atau), FA(lalu).
-NASTA INU, bererti kami mohon pertolongan. Ia adalah Fi’el Mudhari’(memohon). Rujuk NA’BUDU.

-Dalam bahasa arab yang paling penting untuk diketahui adalah pertama JANTINA dan kedua adalah BILANGANNYA berapa. Tanda bagi perkataan jantina adalah adanya TA MARBUTHAH di hujungnya :
a. Jannah = muannas
b. Annaru = muzakkar
c. Madrasah = muannas
d. Allah = muzakkar
Share:

Tuesday, August 27, 2013

Belajar Asas Bahasa Arab Al-Quran - Ust Rusdi Alias

Kerangka Keseluruhan Bahasa Arab 

Belajar Asas Bahasa Arab Al-Quran - Ust Rusdi Alias
EP 01 1/2


Bahasa Arab Dapat dikategorikan kepada 3 :-

1. Isim (kata nama)
2. Fi’el (kata kerja)
3. Haraf @ harf (kata sendi)

2.1. Fe’el terbahagi kepada 4 :

2.1.1. Fi’el Madhi (perbuatan telah berlaku)
2.1.2. Fi’el Mudhari’ (perbuatan sedang berlaku, akan berlaku)
2.1.3. Fi’el Amr (suruhan, perintah, rayuan)
2.1.4. Fi’el Nahi (larangan, menggunakan huruf لا @nahi) :

- contoh : La Taqrabu Zina (Al-Isra'; 17:32).
- Apabila Allah melarang, menggunakan LA NAHI.
- Apabila memohon doa kepada Allah, menggunakan FI’EL AMR.

+ Penambahan yang berlaku pada setiap fi’el :

- Fi’el Madhi penambahan berlaku pada hujung.
- Fi’el Mudhari’ penambahan di pangkal dan di hujung.
- Fi’el Amr dan Nahi penambahan akan berlaku di hujung.


3.1. Haraf @ Harf :

+ Haraf paling popular adalah Harf JAR, dinamakan JAR kerana kata selepasnya mestilah ISIM berbaris bawah. JAR akan membaris bawahkan kata setelahnya, contoh : بسم

- JAR ada 9 kata popular : MIN, ILA, AN, ALA, FI, RUBBA, BA, KAF, LAM.
- Setiap kata perlu kepada huruf JAR.


1.1. Isim :

+ Isim @ Kata nama, Isim adalah sangat banyak dan mudah dijumpai di dalam Al-Quran jadi boleh mengenalnya melalui tanda :

- Di pangkalnya ada ALIF dan LAM (al ustazu)
- Di hujungnya berbaris depan tanwin (ustazun), perhatikan di pangkal ayat ALIF dan LAM dibuang.
- Di hujungnya berbaris bawah tanwin (ustazin), perhatikan di pangkal ayat ALIF dan LAM dibuang.
- Jika ALIF, LAM dan TANWIN (ustazu) tiada, ia juga dinamakan dengan ISIM dan dibolehkan kerana kata tersebut disandarkan kepada kata yang disebelahnya. Misalnya ustaz kami, kata tersebut akan menjadi USTAZU + NA. Disandarkan kepada kami (NA). Ia juga dinamakan dengan MUDHAF (bersandar).
- Jika satu-satu kata itu MUDHAF, maka hendaklah kata tersebut ditanggalkan ALIF, LAM dan TANWIN.
- Apa sahaja kata yang terletak selepas Harf JAR, maka ia adalah ISIM dan berbaris bawah.
- Kata yang terletak selepas kata YA (nida’ : seruan) mestilah selepasnya ISIM. Contoh : Ya Ummaru, Ya Aliyu, Ya Halimu.

+ Isim popular :

- Dhomir (ganti nama diri)
- Isyarah (itu, ini)
- Mausul (yang, ALLAZI)
- Istifham (pertanyaan, dialog)
- Zhorof (masa, tempat)
Share:

Thursday, April 5, 2012

Game Plants vs. Zombies PC Mediafire ~Best!!~

Selesai sudah pembekalan KPM (PAR&PRA) untuk mahasiswa yang terlibat sebanyak 140 orang.. huh! lega siot.. 4 hari berturut2 dari pukul 8 sampai pukul 6 p.m. Dah macam robot dah aku tengok, dan syukur sangat2 sebab group aku semuanya sempoi2, insyaallah tarak masalah dari segi komunikasi.. best2.. 

So malam ni, aku ada liqo lagi, takpe still buleh update blog.. tak nak dah bior berabok, dan haku tarik balik kata2 aku yang haritu "dekat KPM takboleh update"... nampaknyer keadaan memaksa aku untuk bawak sekali laptop dengan BB smartfren nih. Rasanyer memang penting kalau laptop ada, boleh jugak cari bahan2 berkaitan skripsi aku, hilang jugak boring den..

Game Plants vs. Zombies PC Mediafire ~Best!!~
Memang entry nih aku buat untuk share satu game yang boleh jguak kita kategorikan game kecik.. macam angry bird, yang ni bukan angry bird, nama game nih Plants vs. Zombies 2 (Game Of The Year Edition).. mengancam kan? kalau yang dah main aku rasa dia tahu best dia macam maner.. kalau yang belum try, kat bawah aku dah sediakan link untuk korang download..

Game ni bukan jer melatih kita untuk bergerak cepat, tapi jugak melatih mind kite untuk susun strategi dengan cepat dan mantap.. kalau lambat, zombie akan masuk ke perkarangan rumah kita dan makan semua yang ada.. and the end ^_^ (nak letak la nama group aku ni).. serius best, kalau tak cube mana nak tahu.. yang aku upload tuh ada save lagi kot nama aku.. kalau korang nak sambung, silekan jer..

Aku tak tahu kalau ni yang latest, so korang boleh carik sendiri kalau nak yang latest dan kongsi la jugak dengan aku.. hik2.. ape2 pon, link dari mediafire dah aku sediakan kat bawah.. tinggal download dan main, okeh boss ~ selamat menikmati Plants vs. Zombies 2 (Game Of The Year Edition) game! terbaek..

Download From Mediafire :



Satu lagik, kalau ada link yang mati tolong bagitahu.. aku akan renew secepatnye dari Mediafire.. kalau buleh, nak jugak feedback, tapi biasanya aku tengok ramai yang download, tapi takder komen pon. maybe ok lah kot.. hehehe.. okeh guys, selamat bersengkang mate yer.. kalau ada masalah dengan game nih, nak cheat ker, roger lah aku.. (^_^)
Share:

Thursday, January 12, 2012

Mail Bomber Full Version ~Suke Software Ni~

Mail Bomber Full Version ~Suke Software Ni~
MAIL BOMBER V8.6 FULLVERSION


Haips.. korang tahu ke pemendalah benda yang aku share kat tas tuh? hah.. makanya kalau hana jelas, tanyoeng ngn ureng yang tuepu ok? maksudnyer tanya la dengan orang yang tahu.. dont buat tahu ye, sebab sampai bile takkan pandai.. ^_^, bukan nak kata aku ni tahu sume, tapi nak bagitahu la ape yang aku tahu pasal software ni, tu maksud eklas aku.
A mail bomb is the sending of a massive amount of e-mail to a specific person or system. A huge amount of mail may simply fill up the recipient's disk space on the server or, in some cases, may be too much for a server to handle and may cause the server to stop functioning. In the past, mail bombs have been used to "punish" Internet users who have been egregious violators of netiquette (for example, people using e-mail for undesired advertising, or spam).

Mail bombs not only inconvenience the intended target but they are also likely to inconvenience everybody using the server. Senders of mail bombs should be wary of exposing themselves to reciprocal mail bombs or to legal actions.

Secara singkat, software ni akan membantu korang untuk mengirim email secara banyak atau kalau dalam mana-mana forum yang kita join, drang akan gelar dengan panggilan SPAMMER! standard dan kebiasaanyer software ni digunakan bagi orang yang niaga secara online, tujuan promosi barang melalui email, atau sebagai kerja yang memerlukan pengiriman email yang banyak dalam satu masa.

Kalau kirim gune page gmail @ yahoo, mana boleh, nanti dianggap spam jugak dan tidak akan terkirim melainkan korang pedajai ornag lain dengan software nih, terbahek kan? so.. pandai2 la komen dan sebar luaskan entry ni ye ^_^.

Credit : Quote
Share:

Wednesday, June 29, 2011

Free Download Ebook Tentang Hukum-Hukum


Ada beberapa Ebook tentang hukum-hukum yang rasanyer korang mesti kene ada. Ni dari koleksi Ebook yang wadud ada.. sebelum ni ada jugak wadud kongsi Ebook di bahagian Ebook~MediaFire~ tab di atas. Untuk pengetahuan sumer.. wadud dah tukar sumer link-link dari Ebook di atas, dari Linkbuks kepada Adf.ly. Korang tau sendirik, Linkbuks memang hampeh kan? link dia tak kuat macam Adf.ly, hehehe.. so untuk kemudahan sumer wadud dah tukar link-link buruk tersebut kepada link baru. Dari Adf.ly pulak wadud pakai Mediafire, hahaha.. memang dah tak asing lagi Mediafire, kalau 4shared ke, ziddu ke, uploadshare ke musti korang rasa menyusahkan? tol ak? so wadud up kan kat Mediafire ^_^ bio same-same kite senang, lagipon nie tempat wadud simpan barang-barang, takot-takot kalau Laptop ni ada problem, hilang barang? macam ganer? bek simpan siap-siap ^_^ Jangan la sogan-sogan nak download ea.. satu lagik, kalau link dah kioks (mati) boleh lah sound-sound admin KBM okeh, insyaallah instant wadud kasi link baru.. jangan riso, sumer dalam Mediafire.. yang penting korang kene jugak download Ebook kat bawah ni... biler lagi nak jadik baek.. hehehehehehe.. gurau-gurau di kala petang ^_6

No Password Needed, Just Adf.ly ^_^





Share:

Sunday, April 17, 2011

Tips Cemerlang B.Arab...


Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun. Begitu juga Bahasa Arab yang merupakan subjek bahasa asing. Hanya pelajar yang istiqamah dan komited sahaja yang mampu mengambil subjek ini. Di sini beberapa tips untuk cemerlang dalam subjek ini.

1- Perbetulkan niat kerana Allah. untuk memahami isi kandungan al-Quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.

2- Sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari. Pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat dan zikir. Bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui makna kalimah-kalimah. Lagi banyak pahala yang anda dapat bila membaca al-Quran dengan diketahui maknanya.

3- Memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. Jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.

4-Ulangkaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk menambahkan kefahaman. Jangan menangguh-nangguhkan ulangkali tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.

5- Sentiasa berfikir makna perkataan dalam Bahasa Arab terhadap perkara yang dilihat di depan mata. Sekiranya gagal atau tidak mengetahui, sila rujuk kawan atau kamus.

6- Gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam percakapan seharian untuk kemahiran bertutur sebagai persiapan ujian lisan. Ketepikan sifat malu dan segan!

7- Sentiasa merujuk kamus bila berjumpa perkataan baru. Sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.

8- Tampal perkataan-perkataan penting beserta maknanya di tempat yang biasa dilihat sama ada di depan meja ‘study’ dan sebagainya.

9- Menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.

10- Menyemak kembali hafalan lama(refresh) agar tidak lupa.

11-Hafal karangan sehingga mantap kemudian cuba menulisnya tanpa melihat teks. Buat berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang kesalahan.

12- Perbanyakan latihan dan latih tubi terutama soalan nahu/qawaid. Perhatikan kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

13- Kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Cara ini terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah terutama untuk memperkayakan tharwah.

Mudah-mudahan tips-tips ini dapat dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.
Share: