Sunday, April 4, 2010

Oh Kawanku..



Heloo.. How Are You.. ( ikut cara idlan dalam raja lawak musim ke-4 ) Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian, khususnya yang mengenali diriku yang macho ni.. hari ni hari selasa jam 12.15 mlm, boring sangat-sangat sampai la terdedik di hatiku untuk menulis artikel yang tak seberapa nieh.. mula-mula tu memang nak pikir nak buat tajuk lain, tapi bila pikir-pikir balik dan memang dah hati nie kuat sangat nak buat tajuk pasal kawan.. lagipun memang tak dapat dinafikan la yang setiap orang tu mempunyai kawan yang baik, paling baik dan terlalu baik dalam arti bahasa omputih best frendz la.. tapi kan, kawan tu apa eh maksud dia? kalau lawan senang la kita nak definisikan suatu atau mende yang selayaknya untuk kita jauhi, kalau tak, antara dia makan kita, kita makan dia.. tol tak? kalau nak tau kan, makanan pon leh jadik lawan gak tau, macam penulis sendiri suka lawan makanan yang terlalu pedas, bukan tak bleh, tapi kalo dah banyak sangat memang jadik pedas la, tapi kalau pedas kita leh tau apa lawan dia kan, contoh macam pedas nak lawan dia kita leh minum air panas, sebab pe kan kalau makan pedas secara automatik manusia tu akan keluarkan lendir pedas tu, so air panas la yang kurangkan pengeluaran lendir tu pelan-pelan, tapi ha.. penulis nak bagitau tips yang lagi bagus untuk kurangkan kepedasan kita, memang terbukti berkesan dan terkesan.. kalau nak try atau buat uji kaji, sediakan air panas, dengan sayur, apa-apa pun boleh.. hari pertama korang minum air panas dan set jam, hari kedua korang makan sayuran.. then korang tengok perbezaan natara kedua-dua kajian korang.. hehe.. just try this at home.. just try and see okay..

Kawan ibarat ikan haruan yang makan anak sendiri bila beliau lapar, itu la yang penulis ibaratkan bagi kawan, kawan boleh untuk kita luahkan perasaan atau berkongsi apa sahaja yang selayaknya, sebab kawan zaman sekarang dah lupa arti saudara seislam, moyang sama keturunan dari Nabi Adam, sanggup buat apa sahaja demi kebaikan diri sendiri dari menjaga hati teman yang lain, nak contoh? senang je.. ada satu syarikat bernama Standard yang gajinya standard banding dengan syarikat yang lain, si A nama dia Agon, si B nama dia Bondol.. mula-mula si Agon dan si Bondol ni memang dah merancang untuk bersama-sama untuk mendaftarkan diri ke syarikat Standard, memang dari dulu lagi Agon dan Bondol kenal rapat dan boleh di kategorikan sebagai kawan yang terlalu baik, kat mana-mana mesti muka dua serangkai ni ada, sampaikan nak pi toilet pon sama-sama, tapi lain port la.. jangan lucah sangat pikiran anda.. nak cerita la yang drang memang kenal sangat-sangat rapat nyaris lain ibu lain mak lain hati je, kalau dah sama memang dalam kategori kembar Thailand la, bukan tak amik Siam, sebab Siam nie dah biasa sangat, lagipun orang-orang Siam bagi penulis la, eshh.. very dengerous man or woman la.. tak nak bahas pasal Thai atau siam, sebab nanti malalut lak, sambung pasal cerita Agon dengan Bondol tadi, palnning drang memang dah lama, kalau kira-kira ada la dekat 3 bulan nak daftar kat syarikat Standard tersebut..

Akhirnya sampai la saat untuk buat permohonan dekat syarikat tu, dan alhamdulillah permohonan diorang diterima, diorang diberi masa selama 1 minggu untuk buat persentasi, pendekkan cerita 3 hari sebelum sekawan tu nak buat persentasi, malam tu Bondol yang sedang lena mendapat panggilan dari kawan baiknya Agon, Bondol terus terbangun dan mendapat hentakan yang kuat tepat menuju urat jantung ( sharp shottter ), Bondol cuba untuk menenangkan dirinya menuju ke bilik air untuk melembabkan kulitnya, sebab kulit yang kering boleh membuatkan seseorang overload terhadap kemarahan, kata hati Bondol.. Agon memberi tahu Bondol yaitu selaku kawan kamcingnya yang beliau akan membatalkan pemohonan beliau untuk bersama-sama dengan Bondol dalam syarikat Standard dan beliau sekaligus dengan selamba memberi berita baik buat teman baiknya Bondol yang beliau mendapat tawaran untuk bekerja di syarikat HighClass, padahak kalau kita flashback balik sekawan yang sangat kamcing tu dak buat keputusan untuk sama-sama mendaftarkan diri di syarikat Standard, tapi dengan hati yang terbuka Agon sanggup meninggalkan Bondol demi kerjaya dan pangkat, sedangkan kalau nak selidik balik, sama jer dari segi gaji, pangkat atau apa-apa la, cuma yang ada perbezaan sikit dari segi nama.. syarikat Standard dengan syarikat HighClass, mungkin si Agon suka pada nama je kot, tapi sanggup kan si Agon meninggalkan teman baiknya demi satu perbezaan yang sebenarnya takde mende pon, Standard dengan HighClass?

Tu la namanya kawan, tu yang penulis cerita pasal kawan baik kaw-kaw, belum yang kawan biasa, hehe.. bagi penulis la kan, selamat lagi kawan yang biasa-biasa banding kawan baik, beza dia kalau kawan baik nie kat apa-apa hal kongsi sama-sama.. tapi kalau kawan biasa, biler kite nak kongsi apa-apa mesti rancang topik dulu sebelum kongsi dengan dia ( kawan biasa ), nama pun kawan, hampir-hampir dengan lawan kan? lagi dekat dengan kawan lagi dekat la dengan lawan, so kalau kawan yang biasa ni kita macam segan-segan la, mesti nak cover punya, kalau nak pangkah tu kene pandai-pandai cover sebab kalau kantoi memang malu, tapi kalau kawan baik nie, huh.. main lepas jer.. haa.. tu yang bahaya, ingat yang manusia tu punya hati dan perasaan, ada batas atau limit dia, had kesabaran sebagai seorang kawan, ala kawan baik.. relax la nak kutuk-kutuk pon, macam adik beradik la katakan, ala lagipun kawan baik, sikit punya hal ma kalau kutuk-kutuk nie.. berkorban apa saja demi kawan, tapi dari kutuk tu la yang mencetuskan bara kemarahan, dari kemarahan terjadi pergaduhan, dari pergaduhan terjadi perpisahan dan yang last skali dari perpisahan terjadi pendendaman.. dari mana semua tu ekh? hehe.. kawan yang baik, kutuk dengan slumber ( bukan slumber blogger ), hati manusia punyai had batasan kesabaran, sedangkan hard disc pun kene defrag sekali dalam 3 hari, inikan hati? mesin dengan hati sangat-sangat berbeza, cuba pahamkan dua perkataan tu.. " hati dan mesin " ? jauh tol pemikiran korang, kalah penulis,hehehe... kongsi sikit ngan korang nie, penulis sendiri penah mengalami hal macam dalam cerita tu, bagitau korang.. sebenarnya cerita yang penulis buat tu adalah olahan dari pengalaman diri penulis sendiri, pernah di main hidup-hidup, tak berhati perut.. kawan baik pulak tu.. haha.. siot betol beliau yang bernama mamat tu..

Ape-ape pun cerita nie untuk ingatan korang semua, kalau yang dah tau tu.. bagus la, boleh kongsi-kongsi pengalaman.. dari pengalaman la kita dapat peringatan, so pengalaman aku memang menjadi suatu yang dapat dibanggakan sebab dapat peringatan baru, ape die? hati-hati la terhadap kawan anda terutama your best prenz..
Share:

0 comments: