Wednesday, March 10, 2010

Aliran Kepercayaan



Tarikh hari ni / 03 / 2010 rabu jam 1.25 p.m, hari ketiga aku ke kuliah Fakulty Ushulluddin jurusan Perbandingan Agama, agak lewat aku memasuki ruang kuliah kerana hal seperti biasa yang berlaku sebelum nie, time dah masuk kuliah baru la ingat nak makan, nak wat tu nie.. so mende tu aku dah biasa ngat dan aku nekad jugak dalam hati aku untuk buat perubahan mendadak, boleh ker wadud? kalau dah pikir nak buat Insyaallah boleh pastu aku mesti nak letakkan kecintaan yang sangat mendalam terhadap ilmu tu sendiri, hari nie aku belajar mata kuliah Aliran Kepercayaan, yang di ajar oleh Bapak Drs. Abdul Majid, M.si, dan aku dah tak cuak macam dulu-dulu first time masuk kuliah, tunduk jer, nak cakap tapi takut tu la, takut ni la.. macam orang bodoh, selalu gak aku motivasi diri aku untuk berani dalam segala hal tapi aku sedar kalau nak buat perubahan yang mendadak dalam soal nie memang memerlukan masa yang panjang, jadi dari semester 1 aku mula didik diri sendiri, belajar dari kesilapan, dan akhirnya Insyaallah mendapat kejayaan dan hasilnya, sebab aku sangat-sangat yakin yang mana ALLAH tu tidak akan menganianya hambanya melainkan mereka sendiri yang merosak diri mereka sendiri, ada dalam Quran tapi aku lupa surah apa, rasa-sara juzu 3.. rasa-rasa la.. tapi memang diri aku seorang yang bodoh, banyak mende yang nak belajar, banyak sangat tak tahu.. haha.. tapi aku nak cakap sikit la, sape-sape yang rasa diri dia dah pandai, dia lah bodoh..( paham dari ayat tu ), peu ( bahasa Aceh, apa ) yang aku nak post ni serba sedikit mengenai kuliah yang aku ambik kali ni.. saja sebab dah jadik My hobby dalam menulis, korang nak baca ke tak suka hati korang la, sebab suatu perkara yang dikatakan oleh seseorang ( semua manusia ) mesti ada kebaikan pada diri kita, kalau tak percaya ape yang aku cakap korang boleh try sendiri, tadi dalam kuliah Dosen tu syarah bagi aku sangat berguna, tapi yang aku sedih mahasiswa dan mahasiswi boleh diaorang gelak-gelak, tak der adab langsung dalam kuliah, mangkuk.. buat malu jer.. sebenar aku nak cakap apa-apa perkataan yang keluar dari mulut seseorang terutama Dosen atau Pensyarah korang, mesti ada baik walaupun korang rasa macam takde apa.. sepatutnya menda camni aku xpayah kait sebab korang sendiri dah blaja jauh, dah boleh pikir baik buruk, betul tak? aku cakap pon sebab nak ingatkan diri aku sendiri, so tak salah kan?


Nama bapak yang mengajar aku mata kuliah Aliran Kepercayaan nama dia Drs, Abd majid, M.si.. untuk pengetahuan korang M.Si tu maksud dia, Manager Science.., beliau tinggal di Aceh Selatan, sekarang dipanggil Jagat Raya, seorang yang Open Minded ( keterbukaan ), tidak terlampau memberi bebanan pada mahasiswa, tapi agak kurang pandai dalam memberi mahasiswa keseriusan dalam belajar, kerana beliau juga seorang yang pendiam dan lemah lembut, jadi di situ mahasiswa mengambil kesempatan atas sifat beliau.. beliau memberitahu mahasiswa UPA bahwasanya beliau tidak terlalu kisah dengan nilai ujian, dan tidak pernah memberi nilai C pada mahasiswa yang diajarnya, bermaksud di situ beliau memberi rangsangan kepada mahasiswa supaya belajar dalam keadaan yang tenang dan selalu bersikap aktif di dalam kuliah, jadi bagi mahasiswa yang datang hanya untuk bermain, maka di situ adalah kesempatan yang hakiki baginya melainkan bagi yamg sebenarnya inginkan ilmu dari beliau maka itu adalah cara yang terbaik dalam suasana mengajar belajar,beliau duga ada mengatakan habis pertemuan bagi mata kuliah Aliran Kepercayaan sebanyak 16 kali pertemuan termasuk jika ada pertemuan di luar ruang kuliah, dan aku jugak berharap untuk kali ni point target aku nak 4.0.. wawa.. its not possible.. haha..


Ni yang best, nasihat dari beliau walaupun ayat sikit jer, nampak macam tak de pape tapi kalau usha balik pergh mengancam!! lepas ni aku nak tiru, haha.. dia kata Kata Jangan Asal Bunyi, maksud dia ape? sebelum tu macam-macam beliau bagi kata-kata semangat tapi tak sempat aku nak salin sumer, yang best nampaknya ini, sebab bagi aku nasihat yang tadi tu la paling banyak dan paling suka ada pada setiap orang zaman sekarang, Kata Jangan Asal Bunyi tu ditujukan pada mahasiswa yang ada time tuh, tapi aku post dan buat besar-besar supaya korang dapat paham isi yang aku nak sampaikan pada korang, rasa-rasa sebelum ni ada aku wat satu artikel pasal Orang yang Pandai berkata-kata, tapi kali ni artikel tu ada kaitan dengan kata-kata Dosen haku.. kahkahkah.. rasa tak payah kalau aku nak terangkan secara detail pada korang semua sebab perkara tu sendiri boleh ingat maa.. kalau nak tau gak maksud dia baca sini, rasa -rasa korang leh paham kot.. ada gak buku yang beliau sarankan untuk mengikuti silibus yang ada seperti :



1.) Konsep Tuhan Manusia, Mistik. karangan Dr, Suwarno Imam S.

2.) Agama Dalam Aliran Kebhatinan. karangan Drs. R.e Djumali Kertorahadjo.

3.) Aliran Kepercayaan Dan Kebhatinan Di Indonesia. karangan M. Asad El Hadity.


Jangan tanya aku apa isi dalam buku tu atau apa yang berkenaan dengan matakuliah Aliran Kepercayaan sebab baru je mula, baru jer first time namoak muka bapak yang ngajar aku tuh.. so banyak sangat tak tau, tu la serba sedikit yang leh aku kongsi dengan korang, insyaallah setiap hari aku update dala blog ni yang berkaitan dengan pelajaran aku sekaligus untuk tambah pengetahuan korang dalam mengharungi arus masa depan.. semoga dengan artikel yang tak seberapa ni korang boleh dapat menda baru untuk kepentingan diri sendiri dan jangan lupa bagi jugak kalau-kalau ada yang memerlukan dari semua tu, ingat jangan kedekut ilmu, berdosa sebab ilmu ALLAH yang punya..


O.K salam belajar dari aku, wadud@duad..
Share:

0 comments: