Friday, April 9, 2010

Aliran Modern Dalam Islam.

05 / 04 / 2010

>> Aliran Modern Dalam Islam <<

Dosen @ Pensyarah : Moh, Tontowi.

Sambung nota mengenai Mesir yang, hari Isnin pukul 8.15 a.m, tapi aku tak datang, nanti insyaallah update lain.. nota yang sekarang ni adalah bersambung dengan mengenai Mesir, aku tak datang sebab ingatkan macam biasa ( pukul 2.30 p.m ) padahal ada perubahan, dosen tu siap jumpa bagitau aku lagi ada perubahan, maybe dah tua kort tu pasal lupa.. kehkehkeh..

-- Note Update --

Republic : Pemerintah Rakyat.

Eqality : Hak Kebersamaan. - semua orang termasuk seseorang yang berpangkat besar misalnya harus mengikut undang2 yang telah ditetapkan oleh Raja, jika Raja mengatakan sesuatu itu, maka tiada bantahan keatasnya.

Negara >>

1.) Rakyat.
2.) Wilayah.
3.) Undang2.

Nation State : Negara Bahasa.

Revolusi Perancis >>

1.) Republic : Pemerintah Rakyat.
2.) Eqality : Hak Kebersamaan.
3.) Nation State : Negara Bahasa.

Kekhalifahan Abu Bakar setelah Rasul >> Ditunjuk oleh nabi sendiri kerana seringnya beliau ( Abu bakar ) mengganti Nabi ketika ketiadaan Nabi disebabkan oleh sakit atau selainnya.

Kekhalifahan Umar >> Ditunjuk oleh Abu Bakar.

Kekhalifahan usman >> Diputuskan oleh 7 orang yang dipilih yang mana ke 7 orang itu sangat dipercayai keahliannya dalam Islam.

Kekhalifahan Ali >> Seperti mana Usman dilantik.

Otoritarriarrisme >> pemikiran yang didasarkan dari diri sendiri, dan setelah republic hilanglah sifat Otaritarriarrisme kerana semuanya adalaha dari undang2.

Ada satu hadist yang mengatakan " apabila ada tokoh muslim yang suatu hari boleh manyatukan semua ummat Islam, maka orang kafir akan tunggang-langganglah melarikan diri, sehingga apabila ada orang kafir yang cuba bersembunyi disebalik batu, maka batu itu akan berkata-kata memberitahu bahwa orang2 kafir itu bersembunyi disebalik mereka "

------------------------------------------------------------------------------------

Isnin 29 / 03 / 2010

Dosen @ Pensyarah : Bapak Moh Tontowi.


-- Kemajuan kailmuan Islam adalah pada 1258 M, antara negaranya adalah Persia, Andalusia, India dan sebagainya yang kemuadiannya dijajah oleh barat sekitar abad 1800 - 1911

-- Ketika abad 1258 M, Hulu Ghan menakluk kota al-Makmum, yang mana pada masa itu kaum hulu Ghan tidak menyukai akan ilmu pengetahuan, lalu kaum itu secara langsung membakar segala buku yang ada di perpustakaan al-Makmum bernama baitul Hikmah, lalu mereka membuangnya di sungai Tigris sehingga dikatakan hitamlah warna sungai Tigris tersebu, buku2 di perpustakaan baitul Hikmah itu kemudiannya dihantar ke Turkey, sehingga berpuluh2 kapal datang untuk mengambilnya, dan kemudiannya dihantar ke Belanda, ( Turkey dijajah oleh Eropah ) dan negara barat lainnya >> kerana itulah mengapa Barat dikatakan maju kerana dengan adanya keilmuan Islam pada dunia Barat ketika itu.

-- Sekarang yang berkembang di Barat itu dua :

1.) Rasionalisme.
2.) Empirisme.

-- Sehingga dikatakan begitu besar @ pesat perkembangan Rasionalisme dan Empirisme sehingga boleh diganti dengan agama.

>> Di Barat << 1.) Rasionalisme. 2.) Empirisme. -- Jadi di Barat ilmu pengetahuan harus berpegang pada rasio dan empiris / real, jika antara dari keduanya tiada, maka ianya tidak dikatakan sebagai ilmu pengetahuan, di dalam filsafat dikatakan sebagai fenomena ( fisika) dan tidak hanya fenomena, ada juga nemona ( metafisika ). -- Ilmuan sekarang berfikir bahwasanya jika ingin mengambil balik ilmu / keilmuan Islam yang pada masa sekarang ada pada Barat, adalah dengan menislamkan mereka, tetapi bukan dengan syahadah, kerana agama itu tiada paksaan pada sesiapa pun, ianya adalah dari hati seseorang. -- " Etanasia " ( permintaan untuk di bunuh ), banyak di Barat, ini adalah informasi dari Bapak Tontowi Dosen pelajaran Aliran Moden Dalam Islam, bahwasanya di Barat orang2 tua yang tiada kemungkinan untuk hidup diminta dirinya untuk dibunuh dengan suntikan atau apa sahaja, sehingga perkara itu sampai ke mahkamah, lalu dilarang atas penggunaannya. --------------------------------------------------------------------------------------- Isnin 21 / 03 / 2010 Aliran Modern Dalam Islam

- Oleh : Dr. Moh, Tantowi M, ag -

!Note Update!

Buku Aliran Modern Dalam Islam.

1.) Pembaharuan Dalam Islam.
Karangan : harun Nasution.

- Aliran modern dalam islam bukanlah dikatakan semuanya baharu, tetapi sebuah pemikiran Islam yang akarnya dapat dijumpai dalam aliran klasik.

- Aliran modern bukanlah sebuah aliran yang menolak seluruh pemikiran klasik dengan merespon perkembangan baru.


Ada hadist yang berbunyi =

" fi ra'si mi ati sini na min mujaddidun dinihi "

bermaksud :

Pada setiap seratus tahun akan ada ummatku yang merubah agamanya.


Rasullullah mengatakan =

" ikhtilafun ummati rahmatan "

bermaksud:

khilaf-khilaf ummatku adalah rahmat.


Iman Syafie' ada mengatakan =

" mazhabi shahihon yahtamilul khata on, wa mazhabi gairina khata on yahtamilus sowab "

bermaksud :

Mazhabku benar, tetapi mungkin mengandungi suatu kesalahan di dalamnya, dan ada satu mazhab yang salah dan berkemungkinan ada suatu kebenaran di dalamnya.



Nota Ingatan

terjadi suatu permasalahan antara dua orang sahabat, antara A dan B, suatu hari dua sahabat ini mendengar dari Rasul bahwa jika seseorang yang bermimpi maka wajib baginya untuk mandi ( junub ), tetapi keduanya tidak mengetahui secara mendalam apakah inti dari kata Rasul tentang junub tersebut, lalu keduanya berijtihad apabila tiada air untuk junub, masing-masing dari dua sahabat itu mengeluarkan ijtihad, si A mengatakan hanya sekadar tayamum, si B mengatakan tidak cukup hanya dengan tayamum tetapi harus berguling-guling atas tanah, jadi untuk mendapat penjelasan yang jelas keduanya berjumpa Rasul dan menanyakan masalah yang mereka hadapi, Rasul mengatakan kedua-duanya boleh saja, tetapi untuk lebih menyenangkan cukup hanya dengan tayamum sahaja.

---------------------------------------------------------------------------------------


Isnin 15 / 03 / 2010

Aliran Modern Dalam Islam

- Oleh : Dr. Moh, Tantowi M, ag -


Catitan Pelajaran >>>

Buku yang diperlukan.

1.) Aliran Modern Dalam Islam.
Pengarang : Harun Nasution.

2.) Aliran Pikiran Islam Modern.
Pengarang : Mukhti Ali.

- Aliran itu sumbernya kemudian mengalir seperti air yang mengalir dari atas kemudian mencari @ mengalir pada tempat yang lebih rendah.

- Nabi lahir 12 rabiulawal 571 M, tahun gajah @ 12 april sehingga 1258 M, jarak dari 571 M dengan 1258 M adalah masa naiknya Islam, dan setelah 1258 M keadaan Islam mengalami kemunduran.

- Pada tahun 1800 Islam bersentuh dengan barat kerana ada yang mengatakan meniru barat akan membawa kepada kemajuan, pada tahun 1800 adalah masa kemajuan barat, dan pada tahun 1800 itu Islam mengalami kemunduran, itu adalah antara mengapa Islam sekarang kebanyakkannya lebih suka mengikuti barat, kerana dulu ada yang beryakinan bahwa mengikut barat akan membawa kemajuan.

- Semasa di Perancis, Muhammad Abduh mengatakan " ro aitul islama bidunil muslimin " bermaksud : aku lihat begitu pesat berjalannya kemajuan Islam di sana, tetapi tidak ramai orang muslim di sana ( Perancis ), dan apabila Muhammad Abduh kembali ke Mesir, beliau mengatakan " ro aitul muslimina bidunil islam " bermaksud : aku melihat begitu ramai orang muslim, tetapi keislamannya tidak berjalan.

- Aliran modern dalam Islam bermnaksud sebuah pemikiran Islam yang meniru pemikiran barat supaya mendapat kemajuan seperti di barat.


Nota Ingatan :

>> Orang non muslim yang boleh diperangi dipanggil padanya dengan kafir Harbi.

>> Orang non muslim yang yang mengikuti perintah Islam dipanggil dengan kafir Zimmi.
Share:

6 comments:

moon said...

yg psl ijtihad 2 ape kesimpulannye??

Dzasc Skachers said...

ijtihad yang mana dik??

moon said...

yg psl permslhn 2 org shbt 2..klu mmpi kne mndi(jnb)..n then dye ijtihd wktu xde air... so...
kte bley ijtihd ble2 je??

Dzasc Skachers said...

Ijtihad itu bermaksud sesuatu perkara yang ditetapkan lalu dijadikan sebuah perbuatan, sesiapapun boleh berijtihad, cuma harus berhati-hati kerana jika kita berijtihad dengan tidak berlandaskan Quran dan Sunnah maka sudah jatuh berdosa, dan harus dipertanyakan kepada yang lebih ahli, misalnya para Ulama atau seseorang yang sudah termaktub namanya ahli dalam Fikih, ahli agama dan sebagainya.

Misalnya adik dalam satu kelompok yang mana masa tuh xde air untuk sembahyang, nak jadi cerita tempat adik tu ahli2 agama tinggal jauh, so untuk solat adik buat seperti mana yang elok untuk wuduk.. tu dipanggil ijtihad, kemudian baru tanya pada ahli agama..

untuk kes kedua sahabat tu, drang cuma mendengar dari Nabi bahwasanya jika mengalami mimpi yang mewajipkan mandi, jadi harus mandi, tetapi Nabi pada saat itu tidak menceritak bagaimana sekiranya tiada air ketika itu? dan pada masa itu terjadi peristiwa yang mana kedua sahabat itu mengalami mimpi yang mewajibkan untuk mandi, dan tiada air ketika itu, mereka berijtihad, dan kemudiannya bertanya kepada Rasul..

Paham dik? =)

moon said...

emm...phm2...

so,kte xleh la nk ijthad ske2 ati gk tnpe beasaskn Quran n Sunnah ek...

Bkn pe br nie adk de wt presentation sal ijthad..
tp dlm BI..bkn phm beno pon..huhu

k.Syukran abg...

Dzasc Skachers said...

Yes.. sebab ijtihad tu macam keyakinan dari diri kita sendiri.. xde masalah kalau nak ijtihad, tapi cuba rujuk balik pada yang ahli, tengok apa dia kata.. =)

ala dik, search jer kat google, banyak..