Friday, March 12, 2010

Kristologi

ISNIN 15 / MARCH / 2010

15 / 03 / 10 hari kedua aku masuk kuliah pelajaran Kristologi, seperti biasa dosennya adalah bapak Saiful Raden, cuma pada hari tu aku tak dapat tumpu sepenuhnya sebab ruangan yang diberikan pada kami sangat kecil, kecil dan bising dengan bunyi-bunyi di luar kelas, huh.. tensen aku time tuh.. tapi kalau dapat port yang tengah-tengah memang best sebab agak terbuka dan ada aircond..hehe..

So catitan aku hari tu boleh tengok-tengok kat bawah ni :

>> Belajar agama itu konsepnya semua sama, sila pahami dari kata belajar agama, sekiranya anda mahu belajar agama itu mudah, konsep untuk mempelajari agama itu ada dua 1.) Hubungan dengan Tuhan 2.) Hubungan dengan manusia cuma yang menjadi perbezaannya adalah dari segi keyakinan, penyebutan dan sebagainya.. tetapi konsepnya sama dalam mempelajari mana-mana agama, terngiang-ngiang di telingaku kata-kata dosen itu walaupun keadaan di dalam kelas pada masa itu sungguh membuatku cepat marah dalam segala hal, haha..

Belajar agama ada 2 konsep :

1.) Hubungan Dengan Tuhan.
2.) HUbungan Dengan Manusia.

Yang menjadi kelainan @ perbezaan pada satu-satu agama itu adalah :

1.) Kepercayaan.
2.) Penghambaan @ beribadat kepada Tuhan.
3.) dan yang lainnya.

>> Trinitas terjadinya dari Konsidi Micea pada 325 M, detailnya Insyaallah aku tanya balik dosen tu supaya tidak menjadi kekeliruan pada anda dan diri penulis sendiri.

>> Kristien :
1.) Katholik. di Roma
2.) Protestan. alirannya :

a.) Lutheran, di Jerman, pengasas Martin Nuither.
b.) Anglikan, di Inggeris, pengasas Zuding Lie.
c.) Carlfinis, di Prancis, John Carltim.


Satu soalan ditujukan kepada bapak Saiful Raden, pak.. apakah kalau kita menyebut perkataan dari agama kritien, seperti nama tuhannya, adakah akan mempengaruhi iman kita atau akan menjejaskan keislaman kita semasa kita dalam menyelidiki ilmu-ilmu agama selain Islam?

Bapak Saiful Raden menjawap, jika semasa itu kita dalam proses belajar @ membuat penyelidikan terhadap agama lain, misalnya penyebutan pengampunan pada agama Kristien itu tidak akan mempengaruhi akidah atau iman kita, kerana jka kita dalam membuat kajian, penyebutan itu hanya di luar mulut, melainkan seseorang yang benar-benar ingin masuk dalam agama Kristien itu, berbeza dengan syahadah, yaitu mengucapkan dengan lisan dan mentashdidkan dengan hati.


Ruang kuliah menjadi suram apabila pelajar tidak aktif dalam kelas, kerana faktor terlalu banyak kuliah yang harus hadir pada waktu itu, dan kuliah Kristologi ditetapkan pada jam V, huh.. sekitar pukul 4.15 p.m.. " dunia akademis milik semua, sesiapa sahaja boleh membicarakan, bertanya, dan sebagainya, tetapi mengikut etika yang telah ditetapkan pada suatu tempat itu " , dosen itu memberi nasihat, haha.. segar terus mata aku.. lagi-lagi dosen tu cakap, ok.. sampai sini saja kuliah kita, semoga anda dapat kebaikan darinya.. dan berjumpa lagi di minggu hadapan..

--------------------------------------------------------------------------------

Aku tak pegi kuliah hari nie, sebab dah takder kuliah watpe nak pegi kan? cuma aku nak post subjet yang terlepas, kalau tak salah tarikh dia 9 / 03 / 2010 hari selasa, kan? matakuliah Kristologi yang diajarkan oleh bapak Saiful Raden, aku best dengan bapak nieh, sporting gila, tapi tegas, wow.. memang best dengan dia.. seorang yang pandai berjenaka, relax jer bukak baju ( tapi pakai baju dalam la ) dalam ruang kuliah, tergelak haku.. haha.. aku cerita sikit detail tentang beliau.

Nama beliau ialahSaiful Raden, yang sebelum nie sememangnya alumni perbandingan agama, pernah belajar menjadi pendeta, tinggal di JL, Salam II No 618 / 619 Perunas Ujong Bate Permai, kalau tak salah agak jauh la dengan fakulty Ushuluddin ni, sian jugak dia, tapi semangat beliau mengajar tu terserlah apabila beliau mengatakan " saya tak kisah bila-bila masa sahaja anda mau belajar, siang, petang, malam? " haha.. memang best, lagipun Kristologi adalah kuliah yang mengambil nilai sebanyak 3 sks, kiranya kalau den dapet A memang tinggi la point, kehkhekhe..

Beliau mengulas mengenai Pendeta, pendeta tidak semestinya orang kriestien, tetapi boleh saja pada orang Islam, cuba anda semua memahami kata Pendeta, jika difahami maka jawapannya Pendeta adalah kepala pemimpin, yang memimpin, yang menjadi Imam, Pendeta yang dikatakan dalam Islam itu adalah Imam, Ulama dan lain-lain lagi cuma yang menjadi perbezaan itu adalah dari segi sebutan, Pendeta sering disebut bagi Imam pada orang-orang kristien, sedangkan maksudnya sama sahaja, yaitu yang menjadi pemimpin suatu kelompok, aku bukan nak buat perubahan pada nama-nama khusus yang memang telah ditetapkan Islam, yaitu Iman atau Ulama, tapi cuma ingin membuka minda anda bahwasanya Pendeta tidak semestinya bagi orang kafir melainkan boleh juga kita mengatakan Ulama itu Pendeta, kerana beliau juga adalah yang memimpin, yang mengimani kita umat Islam.. itu yang dikatakan oleh bapak Saiful Raden.

- PS : berhati-hati dari kata-kata diatas, jarum-jarum pluralisme menusuk secara perlahan-lahan mengatakan bahwa agama Islam itu sama dengan agama Kristien -


Ada 2 Kristein yang dibicarakan oleh beliau :

1. Kristien Katolik ( untuk maklumat lanjut sila klik disini )

2. Kristien Protestan ( untuk maklumat lanjut sila klik disini )


Kalau tak salah den, Kristien Katolik tu adalah sebuah pahaman, tak berani nak ulas lebih sebab aku belajar pon baru jer, post ni aku amik dari kata-kata dosen aku, so insyaallah bila dah banyak ilmu boleh jer aku terangkan, itu pasal aku suruh korang klik pada link kat atas tuh, mungkin boleh memberi kepahaman pada korang sendiri, seronok kalau kita tahu agama lain, kalau tak percaya try baca..haha..

Baganisme : yaitu agama di rumah.

>> Terjadi pertentangan agama antara Yahudi dengan agama Bagan maka terjadi suatu persepakatan yang namanya KONSIDI di Indonesia 325 Masihi lalu terjadinya Trinitas


Tokoh-tokoh Kristien :

1. Martin Nuither >> Jerman >> Aliran Luteral.

2. Zuding Lie >> Inggeris >> Gereja Anglikan.

3. John Carltim >> Tak sempat catit. sorii haha..

Jadi apa yang diprotes oleh tokoh tersebut terhadap Paus yang yang menjadi pemerintah ketika itu?

antaranya : 1. Paus melarang ajaran al-kitab kepada rakyat, yang boleh belajar al-kitab ketika itu cuma pembesar-pembesar sahaja

2. Mengenai surat kuasa ( berkaitan dengan penampunan dosa )

3. Paus juga melarang pemimpin menyertai politik. dan banyak lagi protes-protes yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut serta pengikut-pengikutnya.


Vatikan adalah sebuah negara yang dikuasai oleh PAUS, tahukah anda semua yang berapa luas negara Vatikan tersebut? luasnya dikirakan sekitar 44 hektar, ps : kebun bapak aku pon 4 ekar : tetapi betapa besar pengaruh kristien disana, lihatlah pengaruh yang begitu besar dari sebuah negara yang kecil, wow.. terkedu haku..

0 comments: