Friday, April 9, 2010

Disimbah asid kerana nafsu suami


KEADAAN wanita yang disimbah cuka getah ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.
------------------------------------------------------------------------------------
KUANTAN - Gara-gara isteri enggan mengadakan hubungan seks, seorang suami yang dipercayai tahi judi naik berang sehingga sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isterinya menyebabkan wanita itu cedera parah dalam kejadian di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 2 pagi, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sampai ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.

"Suspek yang bekerja sebagai peneroka itu pulang dalam keadaan marah-marah. Dia terus masuk bilik tidur sebelum mengejutkan isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin.

"Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Zulkifli, tindakan si isteri itu menyebabkan suaminya secara tiba-tiba naik angin lalu mengambil cuka getah yang diletakkan di dalam botol di luar rumah.

"Suspek masuk semula ke dalam rumah lalu menyimbah cuka getah itu ke arah muka dan badan mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat.

"Tindakan suspek itu menyebabkan isterinya melecur teruk," kata beliau.

Zulkifli memberitahu, dua orang anak pasangan itu berusia belasan tahun yang turut berada di rumah semasa kejadian terus mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan.

Komen dari penulis : Dalam quran memang tepat, 1.) Judi 2.) Arak 3.) Zina. Tapi dalam kes ni suami tu ada hak keatas isterinya, cuma dia dalam keadaan yang agak frust, suami yang tidak memahami isterinya walaupun memang sebenarnya seorang isteri mempunyai kewajipan atas kehendak suaminya, dan berdosa jika menolak, tula jika tidak memahami kandungan Islam yang sebenarnya... sanggup simbah si isteri dengan cuka, sampai masuk hospital, apa la punya suami... nauzubillah...

>> amacam?? jagalah keluarga anda.. :-) << -- Kosmo Online --
Share:

2 comments:

Nur Fannun said...

tu la bila mslhnya bila nafsu mnguasai diri, hilang pertimbngn sbg mnusia & btindk sprti binatng. cm king cobra, bunuh queen cobra sbb tolak keinginn seksnya.

Dzasc Skachers said...

a'ah tu saya memang sangat setuju.. :-)
menang la nama manusia, tapi cuba elakkan dari melakukan mende tu sumer.. kalau xder usaha camner allah nak bantu..

cm king cobra, bunuh queen cobra sbb tolak keinginn seksnya. - betul ke penah jadi camtuh? :-D