Monday, June 14, 2010

Syaitan Dalam Shalat.

Selama wadud hidup dengan bantuan ALLAH kat dunia nieh, wadud menganalisa pasal shalat ni dan apa yang wadud dapat selama wadud shalat, syaitan menganggu kita dalam banyak segi.. dalam banyak cara yang kemungkinan kita sendiri tak perasan.. hehehe... :)

Antara kekacauan yang dibuat2 syaitan dalam upaya mengganggu shalat kita.. antaranya??


--Time shalat, time angkat takbir mesti dah pikir macam2 kan?? yang peliknyer, mende yang kita lupa leh ingat time shalat..

--Syaitan akan memberi kita kata2 semangat, misalnya time shalat, syaitan akan bagi semangat untuk buat asingment, padahal wadud memang dah x larat nak buat.. tapi bile dah abis shalat, semangat tu hilang, ganti dengan malas pulak.. rasa rak??

--Time shalat, kita mesti rasa nak cepat2, padahal shalat tuh tak de la lama mana sangat, paling2 10 minit..

--Pastu, mesti rasa cepat letih.. padahal kalau nak shalat tuh, bukan la banyak mana guna tenaga.. banding buat kerja hari tuh?? lagi kaw..

--Dan2 lak ingat esok nak Exam, kene study la sampai baca al-Fatihah pown lupa ayat... adoi la.. lepas dah abis teringat pasal Exam @ Asingment.. lepas tu beliau sambung lak ingat pasal awek yang senyum kat kita sampai la abis shalat.. hahaha...


Banyak lagi sebenar yang beliau (syaitan) buat untuk merosakkan shalat kita, macam2 cara syaitan akan cuba untuk hancurkan shalat kita.. so hati2 la ekh.. kalau tibe2 time shalat tu kita ingat mende2 selain dalam shalat, cara wadud buat wadud baca surah2 Quran tu kuat sampai dengar kat telinga.. insyaallah ok syaitan tuh lari kejap.. try la.. :)
Share:

12 comments:

wanie said...

haaa btol2..hehe..setann sungguh syaitan ni..suke goda2 i tau~

tehr said...

syaitan sangat setia kepada janjinya dengan Allah untuk menyesatkan manusia

...setiakah janji kita dengan Allah?

Reen said...

tuh laa sis!
aku paling setuju yg kedua tuh!
dan dan mase ngah solat laa dapat idea nak buat assingment laa.
dan dan laa rajin nak buat laa!
hadeh!!

Dzasc Skachers said...

@wanie asal wanie x goda beliau balik??hahaha

Dzasc Skachers said...

@tehr a'ah.. aku sokong kata2 ngko.. terasa lak aku ko cakap gitu..hahahaha.. adess

Dzasc Skachers said...

@reen_sofee hah.. mesti ko ni jenis macam aku wat keje last2 mint..hahahaha... aku dah tobat weh.. gilar punya penin.. :p

shinta said...

keje last time, partime...

Dzasc Skachers said...

@shinta hahaha.. yola partime.. tapi kalau dah keje lagi la banyak ingatnyer.. :p

Ibu Hidayahamin said...

syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Dzasc Skachers said...

@mama HidayahAmin pergh kak.. gud info.. :) sepatutnya akak yang ganti saya tulis artikel... heheheeeee... :p

mama hidayahamin said...

@wadud@duad

Tak wadud, teruskan menulis apa saja yang wadud nak kongsikan bersama pembaca... dan kita tambah apa yang kurang, kita betulkan apa yang silap... sama-sama menambah ilmu... untuk kebaikan...

Dzasc Skachers said...

@mama hidayahamin hehe.. time kasih dah bagi sokongan.. :p akak nieh mesti blaja tinggi ekh.. :)