Kantoi la tangan wadud tengah snap soklan tadi..hehehehe...
Wadud tadi jawap Exam Agama-Agama Besar Dunia, ok la.. soklan dia nampak simple, tapi nak bahas tu penin jugak, mengenai Konsep Ketuhanan.. hehehehe... memang best jawap exam.. harap2 ok la result.. amien..
Tawar menawar dalam Mahar itu harus.
Gambar Hiasan semata-mata.
Dalam pelajaran kuliah Hubungan Antar Agama wadud banyak dapat info dari lecturer wadud, mende yang wadud tak penah dapat sebelum nieh, korang tau tak Mahar kawen? dari mana datangnya mahar2 nieh, dan kenapa boleh pulak tawar menawar? yang sebelum nie kita tau mahar tuh memang kene bayar la, dah jadi macam kewajipan, tapi dari mana sebenar asal usul dia ekh? jom kita kupas sikit..
Sebenarnya, Mahar tu adalah dari dulunya lagi dah ada, memang terjadi antara Nabi Adam dengan Allah S.W.T.. ape kaitan lak ni wadud? alahai... ok macam nie cerita dia, dulu kan Allah menciptakan nabi Adam sendiri @ seorang.. bila dah terlalu lama tinggal di syurga seorang diri,
Nabi Adam jadi boring dan inginkan berteman.. lalu ia meminta kepada Allah.. " Ya Allah berilah aku seorang teman yang bisa mendampingiku "..Lalu Nabi Adam tertidur, setelah terjaganya beliau dari tidurnya, terkejut lah Nabi Adam kerana terlihat seorang wanita yang ada bersebelahan dengannya, yang cantik wajahnya, langsing tubuhnya boleh dikatakan perfect la.. maka secara spontan, larilah Nabi Adam jauh dari wanita itu, Allah kemudian berkata " itulah hawa yang Aku jadikan bagimu dari rusuk kiri tubuhmu.. "
Gambar Hiasan semata-mata.
Nabi Adam kemudian tersenyum, Nabi Adam kemudian berkata kepada Hawa, hai Hawa.. kemarilah dikau kepadaku, lalu Hawa hanya tersenyum dan berkata.. dirimu lah yang datang kepadaku.. Nabi Adam menjadi agak marah dan ingin menerkam ke arah Hawa, lalu Allah menahannya seraya berkata " wahai Adam, sebelum Hawa menjadi hak milikmu yang sah, kamu harus membayar mahar ke atasnya Adam ".. Nabi Adam bertanya lagi, mahar yang bagaimana Tuhanku?
Allah kemudian menyuruhnya agar berselawat ke atas nabi Muhammad sebanyak 100 kali dalam satu
nafas, Nabi Adam terbentak dan terdiam, ia kemudian berkata " Ya ALlah.. jika kamu menyuruhku untuk berzikir kepadamu tidaklah aku diam, tetapi siapakah Muhammad itu sehingga aku harus berselawat kepanya? "
Allah kemudian berkata " dialah Muhammad yang akan aku ciptakan bagi seluruh ummat manusia di akhir zaman, maka berselawatlah kepanya ".. nabi Adam kemudian berkata.. " ok la begitu Ya Allah, tapi bagaimana bisa aku berselawat kepada Muhammad sebanyak 100 kali dalam satu nafas? terlalu suka bagiku Ya Allah.. " proses tawar menawar berlaku antara Nabi Adam dengan Allah.. lalu Allah berkata lagi... dialog itu wadud sambung kat bawah nieh, hehehe...
Nabi Adam : tidak mungkin bagiku untuk berselawat kepada Muhammad hanya dalam satu nafas?
Allah S.W.T : Aku berimu sebanyak 50 kali selawat kepada Muhammad dalam satu nafas.. adakah masih
sukar bagimu wahai Adam?
Nabi Adam : Ya Allah, aku hanyalah makhluk ciptaan Mu, maka kuranglah bagiku akan maharnya Hawaini..
Allah S.W.T : kalau begitu, berselawatlah kamu kepada Muhammad sebanyak 3 kali dalam satu nafas..
Nabi Adam : baiklah kalau begitu, akan aku selawat kepada Muhammad sebanyak 3 kali..
Setelah Nabi Adam berselawat kepada Muhammad sebanyak 3 kali dalam satu nafas, maka halal lah hawa baginya dan bahagialah mereka di Syurga Allah pada masa itu.. dan apa yang wadud nak bagitau adalah, mahar itu sebenarnya bukan sahaja dari nenek moyang kita, dan bukan mahar itu memang tibe-tibe dah ada, tetapi adalah dari moyangnya moyang kita yaitu Nabi Adam Alaihisalam..
Yang kedua, adalah berkaitan dengan mahar seorang wanita yang bakal menjadi isteri, menjadi satu keharusan kepada si lelaki untuk membuat tawar menawar dalam membayar mahar ke atas wanita itu, seperti mana cerita tadi, mahar itu tidak lah terlalu tinggi yang disuruh oleh Allah kepada Nabi Adam, melainkan hanya berselawat kepada Nabi Muhammad..
Tapi kenapa sekarang manusia masih lagi tidak sedar, kalau nak kahwin, mesti mahal2, mesti nak itu ini, tidakkah terfikir bahwa itu akan menyusahkan keluarga si lelaki? dapatkah kita membezakan darjat antara kita dengan Nabi Adam dan Allah, betapa maha pemurahnya Allah kepada Nabi Adam, tapi mengapa kita masih lagi meletakkan mahar yang tidak sepatutnya?
Gambar Hiasan semata-mata.
Itulah manusia yang kurang sedar akan kebenaran hakiki.. semoga dari apa yang wadud dah sampaikan ni menjadi pedomen kepada semua sahabat2 wadud, terutama yang mengenali diri wadud.. info ini wadud dapatkan dari lecturer wadud, dan tidak mungkin beliau mereka2 cerita kerana terkenalnya beliau dengan ilmu yang sangat mendalam akan apa yang telah diajarnya.. dan sama2 lah kita perbaiki diri kita ke arah lebih baik menuju yang lagi baik.. amien..
0 comments:
Post a Comment