Monday, November 29, 2010

Bidadari...

Mulakakan dgn bismillah.. tahukan kita??Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita... bidadari?? ish bidadara xderk ke??


Bidadari dlm bahasa al-Quran disebut al-Hurul Ain,jamak drp perkataan Haura' ertinya perempuan yg putih, manakala al-Ain asalnya Uyun, jamak daripada Aina ertinya perempuan yg jelita matanya. Maka, al-Hurul `Ain... atau bidadari itu adalah perempuan yg putih bersih warna kulitnya lgi indah.

Bidadari itu bukanlah drp kalangan perempuan dunia dan bukanlah anak Adam atau manusia. Jika kita melihat sebahagian hadis ada menyatakan paling kurang daripada isteri seorg dlm syurga adalah dua orang perempuan anak Adam, dan tujuh orang bidadari. Kalau manusia daripada tanah, bahan yang menciptakan bidadari adalah daripada mutiara sebagai mana sesetengah hadis.

Bidadari itu tempatnya di syurga firman Allah SWT, surah ad-Dukhan ayat 4 bermaksud: "Orang yang bertakwa itu berada pada tempat yang sejahtera. Di dalam taman syurga dan segala mata air. Mereka berpakaian sutera halus dan sutera tebal, yang mana mereka duduk berhadapan. Seperti demikianlah Kami sandingkan mereka itu dengan bidadari."

Kalau bidadari itu bahagian orang lelaki dari Muslimin, maka bagaimana pula dengan kalangan perempuan? Subhanallah. Wanita di dunia ini jika meninggal dunia akan dipertemukan Allah SWT dengan suami mereka, dan jika ia masih gadis akan dipersandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan keredaan hati, tanpa sesuatu kekurangan dan kekecewaan dan mereka akan mendapat sesuatu nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati.

Janganlah pula kalangan perempuan rasa iri hati disebabkan lelaki di syurga nanti disediakan bidadari kerana kaum wanita ahli syurga juga akan mendapat bahagian mereka disebabkan amal soleh yang mereka lakukan di dunia dulu.

Begitu juga janganlah ada wanita berasa iri hati disebabkan Allah SWT mengizinkan lelaki berpoligami tidak bagi wanita. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa ayat 32 "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang telah diusahakan dan bagi wanita pun ada bahagian dari apa yang mereka sudah usahakan.
Share:

0 comments: