Showing posts with label kak asyi word. Show all posts
Showing posts with label kak asyi word. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Law Kan Baynana (Andai Rasulullah bersama Kita)

Assalamualaikum…Moga semuanya sihat, ceria dan moga kalian di bawah rahmat dan lindunganNya.. Saya ingin berkongsi dengan pembaca satu rancangan realiti yang sangat baik untuk dihayati yang ditayangkan di TV Al-Hijrah. Rancangan "Lau Kana Bainana" (Sekiranya Rasulullah Berada Di Antara Kita).

"Lau Kana Bainana" adalah satu rancangan aliran remaja kontemporari yang membicarakan respondi orang ramai terhadap sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. disamping cuba menghidupkan semula sunnah Baginda. Bagi saya, ia sebuah rancangan yang sangat menginsafkan juga ianya mampu mengembalikan hati kita untuk lebih cinta dan kasihkan Rasulullah s.a.w selepas cinta kita kepada Allah s.w.t.

Rancangan ini untuk mengingatkan kita tentang khuluk nabawi iaitu akhlak junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bukannya semata-mata untuk mengembalikan kita kepada sejarah silam kegemilangan Islam iaitu 1400 tahun yang lalu tetapi apa yang dimahukan adalah untuk merasakan seperti Rasululullah SAW ini hidup bersama-sama kita semua pada alaf 21 ini. Pihak penganjur juga menyediakan hadiah cenderahati “Lau kana bainana al-Habib” berupa kitab sirah nabi dan macam-macam lagi. Hadiah tersebut diberikan kepada siapa yang berjaya berakhlak dengan akhlak nabi antaranya, amanah, sopan-santun dan banyak lagi sifat mahmudah Rasulullah SAW.

Rancangan sebegini patut menjadi rancangan utama yang perlu disiarkan di TV di Malaysia. Masyarakat sekarang lebih mengenali artis-artis daripada Rasulullah s.a.w. Sedangkan adakah artis-artis yang mereka banggakan itu, malah ada yang menjadikan mereka ikon dalam kehidupan mereka akan membantu mereka di akhirat kelak? Sekiranya Nabi berada di tengah-tengah kita, adakah kita menjadi orang yang berbangga atau akhirnya kita yang malu sendiri,kerana apa..sirah Nabi masih tak habis baca lagi, sedangkan kisah-kisah atau skandal-skandal artis hanya di hujung jari.. Pelajarilah sirah baginda kerana kita adalah umatnya… kitalah yg memerlukan baginda di akhirat kelak…


Buat para sahabat.. Tanyalah dirimu.. Andai baginda berada disampingmu, apakah ungkapan yang hendak dilafaskan buat kekasih kita ini...?

Tatkala ayat ini keluar dari mulut muslimah ini...
" jika ini benar-benar berlaku, sy mahu Baginda membawa sy ke tempat yang sangat jauh dari dunia ini..."

Subhanallah.. terasa getaran menyelubungi tatkala membaca text tersebut. Allahu Akhbar. Kami sangat merinduimu wahai Kekasih Allah
Share:

Tuesday, June 21, 2011

Khasiat Habbatus Sauda...


Habbatussauda merupakan ubat herbal yang sangat besar manfaatnya, ubat herbal ini sering di sebut dengan jintan hitam si raja obat. khasiat dan manfaat habbatussauda.. telah lama di sebutkan oleh Nabi Muhammad..

Rasullullah SAW pernah bersabda: "Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati "(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Meh nk citer ckit nieh.. pagi tadi sebelum asyi masuk kelas masa pertama.. ade seorang pelajar tuh dia tanya soklan.. erm the question is... Muallimah, ana nk tanya satu soklan nie. tau tak apakah khasiat habbatussauda?? heehe so asyi kne la jawab hampir kantoi ngn soklan diorg haha..

Baca lgi kt bawah nie ya....

Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan dlm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dgn pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dlm Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin.

Habbatus sauda mempunyai khasiat yang amat tinggi. Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus sauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Insyaallah ia membantu mengubati!!

Which is....

Mengatasi gangguan tidur dan stress n membersihkan racun dalam tubuh perr hebatnya so conclusion is... Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda dari sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan kerana ia merupakan salah satu contoh dari untaian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari Allah dan rasul-Nya...

Hah satu lagi renew pasal yang wadud bgtau lam n3 beliau tentang info-rokok-membahayakan-kesihatan ape ke cara nak settle masalah rokok neh? hehe ada satu idea baru baek punya!!suka diri ini berpesan salah satu cara nk hilangkan stress try la ambik habbatus sauda campur dengan madu ganti kepada rokok? masyaALLAH insyaALLAH.. anda semua mampu mengubahya acehhhh heheh... yoshh kawan2 KBM good luck and we all get blessings god amen!
Share:

Monday, June 13, 2011

Mukhayyam Tarbawi Pusat Pendidikan Aman 2011

pengarah program.. Us Akhi Sabri.. sblh kanan beliau adlh.. Us Omar Alias (OA) PPA..

wah kecik sgt gamba nieh.. xpe bukak mata luas-luas @_@

sedang berehat.. sambil minum air syai ( teh) huhu.. Bersiap sedia utk ‘flying fox"

Nie Kem Komandan kami Ustaz Abdul Rasyid sedang memberi arahan kpd peserta




Sebahagian perserta mukayyam. nie je gambo yang sempat di ambil sowi..


Pusat Pendidikan Aman yaitu tempat yang asyi mengajar telah mengadakan Mukhayyam Tarbawi PPA 2011 pada 1 Jun 2011 hingga 3 Jun 2011 di Agro Resort Setiu, Terengganu. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pendidikan Aman, Ustaz Omar Alias pada pukul 11 pagi setelah ketibaan para peserta. Sebanyak sembilan kumpulan yang mengambil bahagian terdiri daripada staf PPA, guru-guru SRI /SMI Aman dan bekas pelajar dan asyi adalah salah seorg guru atau muallimah yang terlibat dalam program tersebut..

Pelbagai aktiviti ‘outdoor’ disediakan termasuk ‘flying fox’, night tracking’, ‘water confidence’ dan ‘raffling’. Selain itu, pelbagai pengisian berbentuk ceramah dan aktiviti ‘indoor’ turut dijalankan dan aktiviti yang diadakan banyak menguji ketahanan mentel dan kekuatan kerohanian di kalangan staf masing-masing. Program ini berakhir pada 3 Jun 2011 dan majlis penutup diadakan pada pukul 11 pagi.

Antara objektif mukayyam adalah yang telah dijelaskan oleh pengarah program adalah spt berikut:

1. Tajmik (menghimpunkan) : mengukuhkan ikatan persaudaraan islam dan taat pada arahan, melatih supaya bersabar dan berdisiplin dan mengukuhkan rasa thiqah (percaya) sesama peserta.

2. Tarbiyah (mendidik) : menghidupakan kehidupan islami sepanjang program.

3. Tadrib (melatih) : Berlatih besabar dalam menghadapi kesusahan terutama dalam tempoh yang panjang dan tolong menolong dalam aktiviti.

Ini adalah lagu tema kami... mukhayyam 2011

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiyah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwwah teras kegemilangan
Syari'ah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
berpandukan al-Qur'an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan.. .
Share:

Monday, May 30, 2011

Erti syukur..


Syukur kepada allah ( Majlis Konvokesyen Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia Permata kali ke4)


Ada satu anugerah yang jarang disyukuri manusia. Biasa yang kita dengar. Si pelajar bersyukur dengan markah peperiksaan yang cemerlang. Si suami soleh bersyukur mendapat isteri solehah. Si ibu bersyukur di kurnia anak-anak yang bijak pandai. Si peserta Akademi Fantasia juga bersyukur apabila bergelar juara. Pendek kata, di dunia ini manusia akan bersyukur apabila mendapat perkara yang diingini. Namun satu perkara yang mungkin lupa disyukuri oleh kebanyakan manusia adalah nikmat lahir sebagai seorang Islam. Apabila lahir saja, kita diazankan, nama pula diberi berbin dan berbintikan bapa, tandanya kita seorang yang beragama Islam.

Namun adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup sebagai Islam? Adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup seiring dengan penyaksian shahadah yang menjadi kunci keislaman mereka? Berapa ramai orang Islam yang masih menari terlompat-lompat di pusat hiburan. Berapa ramai wanita Islam yang mengandung anak luar nikah. Berapa ramai pasangan Islam yang membuang anak hasil hubungan terlarang. Berapa ramai orang Islam yang masih meneguk arak ketika mengalami tekanan. Lihat, dengar dan renunglah dengan hati, adakah itu tanda kesyukuran kita dengan anugerah dilahirkan sebagai seorang Islam.

Lihatlah manusia yang tiada agama. Mereka berjaya dalam kehidupan. Rumah besar, pangkat besar, pendek kata semua yang diimpi menjadi nyata. Namun alangkah sedih melihat mereka bertindak apabila tertekan. Ada yang terjun bangunan. Ada yang terjun landasan kereta api. Kalau difikir, mana mungkin orang berpelajaran tinggi sanggup mengambil jalan semudah itu sebagai penyelesaian kepada tekanan diri. Yang jelas disitu, mereka tiada tempat mengadu. Mereka tidak tahu dimana mahu mengadu.

Cukup berbeza dengan orang Islam. keindahan Islam itu jelas dan nyata. Kita punya Allah, Tuhan yang Maha Esa sebagai tempat mengadu. Tidakkah kita renung kembali. Walaupun setiap hari melakukan dosa, setiap hari membuat Allah murka, tapi jika kita menadah tangan berdoa dengan yakin, Allah pasti kabulkan permintaan kita. Kita sedih, Allah memujuk. kita gembira Allah mengingatkan.

Saat kita rasa kita tak mampu, Allah pujuk hati kita;

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”(2:286)

Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Mendengar doa hambaNya. Semua yang indah hanya ada pada Allah s.w.t. Tidakkah terdetik perasaan malu walau sedikit kepada Allah apabila terlalu banyak nikmatnya tidak kita syukuri. Macam muka tak malu saja guna pemberian Allah tanpa bersyukur. Syukur itu bukan sekadar ucapan dibibir, syukur itu hadir bersama-sama kerendahan hati selaras dengan perbuatan mensyukuri.
Bersyukurlah kita orang Islam. Bersyukurlah kita ada Dia tempat mengadu.

“ ……Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”





Share:

Tuesday, May 24, 2011

KBM 2010 buat pengumuman.


Akhirnye.. dapat jugak menukar bakegeron(background) teman.. harap lepas ni cepat sikit loading banding BG yang sebelum ni kan.. try kasi feedback ada perubahan tak pada kecepatan access dalam blog KBM nie? hehee...


Satu lagi.. KBM secara resminya telah menukar Header kepada yang lebih simple dan kecil.. harap2 korang boleh terima.. hehehe.. malas nak buat header2 yang kaw2.. buat menyemak je.. orang pon tak runsing kan? ekekeke...

Dan.. lagi satu.. telah diresmikan jugak nama bagi KBM 2010 kepada Kehidupan Blogger Malaysia sahaja.. setelah disepakati bersama dengan Admin terhormat Kak Asyi.. telah membuat kesepakatan atas perubahan pada nama Blog kami.. URL tetap sama.. dont worry.. eceh.. hehehe.. bukan ape kan.. yela sekarang pon dah 2011.. tapi KBM masih 2010? tak kan nak ke primitif pulak? kene la ada suatu perubahan baru menuju era yang baru betol dak? hehehe.. so tak salah kan.. rasa2 lagi ringan kot banding sebelum2 ni.. nanti bagi la feedback ok.. ^_^ thanks all..

Buat kak Asyi.. kak.. yang pasa email kita tuh.. toksei la.. hahahahha.. xbest.. lau drang nak. drang tanya la kita ea??? kan3.. ekekeke...
Share:

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru...... Murrabi!


selamat hari guru dari muallimah@mudarris asyi :)


Sesungguhnya seorang guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat, mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA :

Maksudnya:"Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".

Dalam menjana tranformasi pendidikan tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga berperanan sebagai murabi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.Mereka berada di saf hadapan untuk membangun bangsa yang cemerlang yang akan menentukan sebuah negara yang maju, aman dan dihormati. Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian dan maklumat agar selari dengan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat.

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada tahun ini, marilah kita memanjatkan doa kehadrat Allah SWT agar matlamat kita untuk melihat generasi akan datang yang memahami tanggungjawab dalam membina negara bangsa terlaksana dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti yang disampaikan oleh para guru sebagai pemacu tranformasi pendidikan. Marilah sama-sama kita mendokong usaha yang murni ini, mudah-mudahan segala usaha kita akan diberkati oleh Allah SWT.

Selamat Hari Guru Dari Muallimah Nor Asiah@asyi :).. tidak dilupakan warga2 murabbi SRI aman dan SMI Aman... muallim dan muallimah.. didiklah ank bangsamu dengan penuh kasih dan sayang.. moga2 akan mendapat keberkatan daripada ALLAH...

ingatlah wahai ank didikku... kami pelajar sri aman berjanji dan berusaha, membina diri dan keimanan limpahilah kerahmatan, ALLAH tuhanku yang essa dengarlah rayuan hamba.. jadilah insan yang mulia... di dunia dan akhirat amen!

Share:

Thursday, April 14, 2011

Happy Blated Befday...

happy blated befday dear awat yg ke 22.. 11/4/ 1989.. hehehe senyum panjang eh wahahaha :)

haa.. nie la akk wadud.. sama x muka kitaorg?? hehehe

Asalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Ikhwan FilLah,

Alhamdulillah fatrah imtihan nihaie telah berlalu semoga dengan usaha dan tawakal kita memperolehi nusrah dari Allah taala... okeh sebelum terlupe asyi ingin bagi sedikit ucapan buat admin pertama blog KBM 2010 atau nama sebenar beliau...

Muhammad Adduat nama macho wadud hehe.. sanah helwa ya akhi @happy blated befday yang ke 22, selamat hari tua dik wawawa.. maaf sbb terlewat bgi ucapan nie walau ape pun semoga hari seterusnya akan membawa sinar baru dalam hidupmu.. doa akak sentiasa mengiringi perjuanganmu...moga lebih tabah menghadapi setiap ujian dan semoga kita sama2 berjaya didunia dan akhirat amennnn... barakaALLAH :) jadilah ank yang soleh mentaati ibu dan ayah allahhuakbar!! erm walaupun akk xde lagi kt bumi aceh... tapi kenangan pasti xboleh lupe masyaALLAH...

Doa Hari Lahir

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,

agar lebih lama dapat ku mentaati Mu
,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,

...moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.

Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,

Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,

Rehatku adalah rantaian zikir,

Rantai yang ku kalungkan pada leherku,

Sebagai tanda cintaku pada Mu,

Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,

Mencari haruman Syurga ciptaanMu,

Tempat rehat dan nikmat abadi…….


Ringkas kata sebagai tambahan... Apa yang diharapkan semoga wadah ini adalah menjadi rambu-rambu yang memugar ukhuwah kita atas dasar aqidah dan perjuangan Islam. "Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat."

Share:

Wednesday, April 13, 2011

Mengawal Kemarahan..

Assalamualaikum...

Kaifahalukum???? harap semua sht disamping teman2 yg jauh dimata namun dekat dihati hehe.. yes asyi ade satu benda nk kongsi bersama...

Semua orang pernah ade perasan time rasa nk marah org?? rasa cam nk make jah ore tuh?? atau pun rasa berbulu dihati perghh ayat suspen betoi lar yer la sbb nk marah kan? satu contoh, guru2 kt skolah klo dlm bahasa arab muallim, mudaris or muallimah wahahaha, mmg normal la guru marah kt ank murid zaman skg kot... mane guru xmarah?? pelaja xde adab dan sopan??? wahh ade pengalaman hehehe.. xkira laa sama ada sekadar sakit hati atau benar2 marah.. sepanjang asyi jadi muallimah nie.. alhamdulliah dpt lagi mengawal kemarahan hehe xmo citer panjang sal nie.. klo nk tau tanya wadud la.. hahahahhaha.. okeh! semua murid bagi perhatian, erm tajuk pengajian kita hari nie ialah jeng2!!! baca betol2.. pasni nie ade soklan nk tanya wahahah...

Adalah normal untuk berasa marah, malah kemarahan adalah emosi manusia yang sihat. Bagaimanapun sekiranya dibiarkan di luar kawalan, marah boleh memusnahkan serta menimbulkan pelbagai masalah, sama ada ditempat kerja, hubungan peribadi, mahupun kualiti hidup kesluruhan.

Pelbagai faktor luaran dan dalaman boleh membangkitkan kemarahan seseorang. Anda mungkin marah kepada individu atau keadaan tertentu, atau kemarahan itu disebabkan anda risaukan masalah-masalah peribadi yang sedang dihadapi.

Dalam mengendalikan perasaan marah, manusia lazimnya menggunakan tiga kaedah; meluahkan, menahan dan mententeram. Cara yang paling sihat mengendalikan perasaan marah ialah meluahkannya. Untuk melakukannya, anda perlu belajar menjelaskan keperluan diri dan bagaimana mendapatkannya tanpa menyakiti sesiapa.

Kemarahan boleh ditahan kemudian dialih atau diarahkan. Ini berlaku apabila anda menahan perasaan marah dan berhenti berfikir mengenainya dan memberi tumpuan kepada sesuatu yang positif. Matlamatnya ialah untuk menghalang atau menahan perasaan marah dan mengalihkannya. Bahaya tindakan ini ialah tidak membenarkan kemarahan diluahkan. Kemarahan yang disimpan boleh menyebabkan hipertensi, darah tinggi atau kemurungan.

Akhir sekali, anda boleh mententeramkan diri. Ini bemakna anda bukan saja mengawal kelakuan anda terhadap orang lain tetapi juga mengawal respons-respons lain seperti memperlahankan degupan jantung, mententeramkan diri dan meredakan perasaan.

Terdapat beberapa strategi untuk mengawal kemarahan seperti :

a) Cuba relaks dengan menarik nafas panjang. Ambil nafas, ulangi perkataan-perkataan yang menyenangkan seperti berzikir

b) Anda boleh mengubah cara anda berfikir.Orang marah perlu sedar mengenai sikap sendiri yang suka mendesak dan menterjemahkan harapan-harapan mereka kepada keinginan. Apabila tidak dapat mendapat apa yang anda mahukan, anda akan kecewa, terguris tetapi bukan marah.

c) Buatlah rancangan dan semak perkembangannya. Bertekadlah untuk melakukan yang terbaik tetapi janganlah menghukum diri sendiri sekiranya tidak mendapat apa yang dikehendaki.

d) 'Lawak bodoh' juga boleh membantu meredakan kemarahan.Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi masalah.

e) Luangkan masa untuk diri sendiri. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri pada waktu-waktu anda sering berasa tertekan.

f) Anda juga boleh meminta bantuan daripada seorang kaunselor. Seorang pakar psikologi boleh membantu anda mendapatkan teknik mengubah cara berfikir dan perilaku anda.

Ingatlah, anda tidak boleh menghapuskan perasaan marah. Banyak perkara akan terus berlaku dan membangkitkan kemarahan, malah kadang-kadang ia memang wajar. Hidup memang penuh dengan keekcewaan, kehilangan, kesedihan dan tindakan-tindakan lain yang tidak diduga. Kita tidak mampu mengubah semua ini tetapi kita mampu mengubah cara kita membiarkan perkara-perkara itu memberi kesan ke atas kita.
Share:

Thursday, March 17, 2011

Never Forget...

.


This is the best song!! heheh istimewa buat mu teman2 KBM 2010.. sama2 hayati!! semoga manfaat tok kita semua segala kan bermula disini..........

- Never Forget ft. Mesut Kurtis_ Lyrics

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When youre walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
Hes the Light of Heavens and Earth
Hes the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

kata2 hikam yg bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Al-Baqarah: 164)

dan

Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.” (Al-Anbiya’: 32)


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali Imran: 190)

Tak pasti apa yang diri ini rasa sekarang. sedih, marah, gembira, gelabah, keliru, bimbang. Ada sesuatu yang menjerut perasaan. Banyak benda yang bermain di minda, tetapi bila cuba mula menekan keyboard, semua yang mahu ditaip, tiba-tiba lenyap. Dan sekarang tak tahu nak post apa sebenarnya. tapi kalau ada masalah selalu tengok langit biru. tenang rasa hati ini. syukran ALLAH! hehe jangan sedih2 kak eh :) nie ayat wadud perghh haha



Share:

Sunday, March 6, 2011

Asyi word......

Sekadar gambar hiasan.. saje je pilih pic nie, cam nk kenal jerk... ya ALLAH rindunya!! nk g tempat nie..

Assalamualaikum kawan2 yg di kasihi sekalian...... sudah lama rasanya kita tidak bersua biasalakan masing2 cbuk ngn hal sendiri2.. tapi semua 2, sebenarnya bukan alasan untuk kita xde masa nk update blog nieh hehe tapi dah pun terjadi.... xpatut betol lah...

Erm sblm terlupe.. especially in and older brother , selamat kembali ke kuliah untuk wadud.. hari ni beliau gerak ke aceh darussalam bersama kapal selam AK306 selamat sampai ke airport sultan iskandar muda banda aceh pada 6 mac 2011 waktu tiba xtau sbb dia terus hilang jeng2!! hehehe.. we hope that you are always blessed by Allah s.w.t... dan khas tuk teman2 di Aceh yg berwisuda (konvo) wish success and congratulations for successfully holding a degree.. mudah mudahan pulang ke malaysia nanti memberi khidmat yang terbaik untuk islam dan negara.. remember.. ditanganmu degree is a starting point for a new life.

Yoch apa yang penting, in our mind usaha dan doa ibarat irama dan lagu!! semua yang di berikan is the best for us!! moga sisa2 hidup yang tinggal nie dapat diubah ke arah yg lebih baik.. be aware, Janji ALLAH itu pasti

Bersyukur kepada ALLAH kerana masih lgi di beri secebis peluang untuk kita bersua.. walaupun kita hanya musafir yang didatangkan hanya sementara dan pasti dijemput untuk pulang.. nun di sana negeri yang abadi masyaALLAH!!!!

Renungan bersama... antara dua cinta!!

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan

nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Share:

Sunday, January 2, 2011

Demi Persahabatan.....

frist adk wadud.. time kasih atas semangat dan nasihat tgk gambar kt atas 2.. time nie akk nk g ambik adk n fmly kt wakaf che yeh, pasan x??

kak asyi... igt x mula2 kita jmpa kt depan kb mall.. cmni la kn kak asyi ngn kak zie...hehe.. "Indahnya sebuah Pertemuan".. adku Adilah, dirimu adalah yang terbaik.. moga tautan ukhuwah kita kekal selamnya... amen!!

“ DeMi PeRSaHaBaTaN, WaLaU TiaDa PeRKHaBaRaN, WaLaU TiaDa PeRTeMuaN, WaLaU TiaDa PeRuTuSaN, NaMuN KeiKHLaSaN & SeCeBiS InGaTaN SuDaH CuKuP uNtUK MeNJaMin iKaTan YaNg KeKaL BeRPaNjaNGaN”

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah sgala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku, keimananku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
Tiada waktu kutinggalkan demi citaku kepadaMu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini, hanya padaMu kupasrahkan

Oh Tuhan selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


p/s: Adkku Adilah maafkan kakak.. atas segala kesalahan.. ingatlah akk dalam doa mu.. indahnya saat bersamamu.... kembali lah!!!

Share:

Friday, December 31, 2010

"Ya Allah, aku tak ingin sendiri"

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa.. Moga dikurnia seorang ratu di jiwa.. Tempat untuk kuluahkan segala rasa.. Perasaan yg tersimpan seribu satu makna.... Di kala aku keseorangan dia penghibur dan jua peneman, hati yg sayu tidak kesepian, duka dan lara tiada keresahan..

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan, tidak kuharap yg hartawan, bukan jua kerna kedudukan, cuma kudamba insan yang sepadan.. Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan , biarpun derita yg menjadi rintangan, ketulusannya yg tiada bandingan, tercipta ayu indahnya peribadi insan..

Wahai saudari solehah sekalian,

Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi di dunia fana ini saja. Seorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya'Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya yang telah menetapkan dirinya sebagai bujang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta emas untuk membawamuke istananya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai saudaraku. Taqarrub-lah kepada Allah swt. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnyacurahkanlah kepada Pemilik Hati. Tidak usah membanding diri dengan wanita lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah dengan air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi pusingan waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah swt. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam bersendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskan-Nya.


Sabarlah saudaraku yang solehah.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri, insya'Allah.

Serahkan semuanya pada ketentuan Allah yang Maha Mengatur, insya'Allah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yakinlah dengan Tuhan-Mu. Allahu Maha Tahu.

Sumber: Buku bertajuk "Ya Allah, aku tak ingin sendiri"

Share: