Showing posts with label Tarbiah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Mengapa Islam Tidak Menerima Syiah?


Tengah sembang-sembang pasal Aceh.. tetibe pulak ada sorang pakcik ni tanya kat saye tentang Syiah, ape tu Syiah? ust ada buat kajian pasal Syiah ke? saye pon jawap.. saye memang belajar tentang Ilmu Usuluddin, tapi belum secara detail lagi mengkaji pasal Syiah ni.


So sekadar memuaskan hati pakcik tu sebelum saye meneruskan pengajian malam tu.. saye jawap la ape yang patut, kenape Syiah ni tidak boleh diterima pakai di Malaysia, bahkan orang Islam tidak boleh menerima Syiah sebagai panduan dalam kehidupan.


Saya tak berani nak ulas panjang-panjang, saye cume buat perbandingan kecil antara ajaran dari Islam dan Syiah.. ape yang secara logik akal, Islam tidak boleh menerima Syiah. Bang3..  dah temakan masa mengaji drang 15 minute.. hehehehe...

Jadinye kat bawah ni ade beberapa info dan fatwa Negeri Pulau Pinang mengenai Fahaman Syiah dari sudut Syariah dan Syariat :


Fatwa Mengenai Fahaman Syiah

Tarikh Keputusan:
16 Jan, 1997
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada September 2012 telah membincangkan mengenai Fahaman Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: 

1. Bahawa Ajaran Fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.

2. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari dikembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan lain-lain.

a. Penyelewengan Dari Sudut Akidah

i. Khalifah diwasiatkan secara nas (نص )
(Sila rujuk kitab Aqaid al-Imamiah oleh Sheikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 78)

ii. Imam adalah maksum ( معصوم )
(Sila rujuk al-Syiah Fi al-Mizan oleh Muhammad Jawad al-Mughniah, halaman 38)

iii. Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (اليدأ)
(Sila rujuk kitab al-Usul min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu’ 1 halaman 146)

iv. Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberikan keadilan ( الرجعة)

v. Berpura-pura ( التقية )
(Sila rujuk kitab al-Usul min al-Kafi, Juzu’ 2 oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Ya’kub Bin Ishak al-Kulaini al-Razi, halaman 217)

vi. Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar ("المهدية" (المنتظر)
Sila rujuk kitab as-Syiah wa al-Tashih al-Sira’ baina al-Syiah Wa-Tasyayyu’ oleh Dr. Musa al-Musawi, halaman 61)

vii. Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S.W.T.
(Sila rujuk kitab Al-Usul Min al-KAfi oleh al-Kulani, jilid 1 halaman 197)

viii. Mengkafirkan para Sahabat Rasulullah S.A.W
(Sila rujuk kitab al-Anwar al-Nu’maniah oleh Syed Nikmatullah al-Musawi, halaman 81)

ix. Menghalalkan nikah Muta’ah
(Sila rujuk kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Hussain Babawaih al-Qummi, juzu’ 1, halaman 358)

b. Penyelewengan Dari Sudut Syari’at

i. Menolak Ijma’ Ulama’
(Sila rujuk kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim ad-Dahlawi, halaman 51).

ii. Menolak Qiyas
(Sila rujuk kitab Aslu al-Syiah wa Usuluha oleh Muhammad bin al-Hussain Aali Kasif al-Ghito’, halaman 149).

iii. Mengamalkan Nikah Mut’ah.
(Sila rujuk kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja’faar Muhammad bin Hassan bin Ali at-Tusi, halaman 489-491. Kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Hassan bin Ali at-Tusi, halaman 254, 259, 266).

iv. Menolak ‘Aul dan mendahuilukan qorabah daripada ‘Asobah dalam masalah pusaka
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 100-101).

v. Menuduh Abu Bakar, Umar dan Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
(Sila rujuk kitab al-Tafsir oleh Muhammad bin mas’ud bin ‘Iyasy al-Salami al-Samarqanti, juzu’ 1, halaman 116).

vi. Hanya Saidina Ali yang menghimpunkan AL-Quran dengan sempurna.
(Sila rujuk kitab al-Usul Min al-kafi oleh al-Kulaini, juzu’ 1, halaman 228).

vii. Menambah Syahadah.
(Sila rujuk kitab al-Usul Min al-kafi oleh al-Kulaini, juzu’ 1, halaman 441).

viii. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
(Sila rujuk kitab Aslu al-Syiah wa usuluha oleh Muhammad bin Hussain al Kashif al-Ghito’, halaman 149).

c. Pelbagai Penyelewengan Umum

i. Menziarahi kubur Saidina Husain ganjarannya Syurga.
(Sila rujuk kitab al-Irsyad oleh Muhammad bin Muhammad bin Nu’man al Askari al-Baghdadi, halaman 252)

ii. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
(Sila rujuk kitab as-Syiah wa al-tashih al-Sira’ baina al-Syiah Wa-Tasyayyu’ oleh Dr. Musa al-Musawi, halaman 98)

iii. Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Saiditina Aishah dan Hafsah.
(Sila rujuk kitab Tuhfah al-Awam Muqbuli oleh al-Syed Manzur Hussain, halaman 330)

iv. Menetapkan prinsip Khumus sebagai kadar zakat.
( Sila rujuk kitab Tahzib al-Ahkam oleh Ja’afar Muhammad bin at-Tusi, halaman 122)
.
v. Imamah dan khilafah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 145-146).

vi. Mengharuskam jama’ sembahyang dalam semua keadaan.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 36 tahun 1993).

vii. Sembahyang Dhuha adalah Bid’ah.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

viii. Islam bukanlah syarat wajib haji.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31, 55).


ix. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
(Sila rujuk buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hassan bini Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).

3.  Oleh itu mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi:-

i. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

ii. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iii. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iv. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau

v. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan;

vi. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;

vii. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Share:

Tuesday, April 16, 2013

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

3 orang mati dan 100 - 140 orang (sumber dari TV3) cedere parah selepas berlaku pengeboman di Boston kemarin pagi semasa acara Maraton yang dihadiri oleh begitu ramai orang. Semua yang hadir di acara Maraton tersebut berteriak dan berlari mencari tempat yang lebih selamat, dah bahaya pulak America skang yep, boleh meletop macam tu jer ! huh ! baca berita dari Boston di bawah :

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

Two explosions struck one of America's top sporting events Monday, killing at least three and wounding more than 100 as the Boston Marathon erupted in a maelstrom of blood, screams, smoke and panic.

As cities from New York to Los Angeles went on high alert, Americans with ever-vivid memories of the September 11, 2001 suicide airliner attacks automatically wondered if the country had been hit again by terrorists.

President Barack Obama went on national television to say it was not yet clear who was behind the blasts. He said the perpetrators would pay. He did not utter the word "terror."

"We still do not know who did this or why. And people shouldn't jump to conclusions before we have all the facts," Obama said. "But make no mistake, we will get to the bottom of this, and we will find out who did this, we'll find out why they did this."

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

A senior White House official, speaking on condition of anonymity, said later that "any event with multiple explosive devices -- as this appears to be -- is clearly an act of terror."

At the blast scene, a horrific chorus of high-pitched wailing and screaming rang out as bewildered runners and spectators fled the carnage and debris.

News reports said one of the fatalities was an eight-year-old boy and that some of the injured lost limbs. One woman told CNN the blast was the loudest sound she had ever heard, and it made the ground shake.
The thunderous blasts struck near the finish line of the marathon, long after the winners had crossed. Competitors who were still running when the blasts rocked downtown Boston were diverted elsewhere. Some 27,000 people were entered to take part in the event.

Video footage on American TV showed the moment when the first blast apparently struck: the detonation came on the left side of the course, behind spectators and a row of colorful national flags showing how runners come from around the world to take part.

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

Security people in yellow jackets threw their hands to their ears as the blast took place and at least one runner was thrown to the ground as white smoke billowed upward. The already waving flags whipped violently with the shockwave of the explosion.

Grisly accounts abounded. "We saw people with their legs blown off," Mark Hagopian, owner of the Charlesmark Hotel, told AFP from the basement of a restaurant where he had sought shelter.

"A person next to me had his legs blown off at the knee -- he was still alive."

"It was bad, it was fast," he said. "There was a gigantic explosion... we felt wind on our faces... Police were saying: 'Get out, get out, leave, leave there may be more bombs.'"

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

Boston police chief Ed Davis raised the death toll from two to three at a late evening news conference at which other officials fended off a barrage of questions about the investigation into the explosions.

FBI special agent Rick DesLauriers did say: "It is a criminal investigation that is a potential terrorist investigation."

More than 100 were injured, Massachusetts governor Deval Patrick said, without giving an exact figure. The Boston Globe said it was at least 125.

NBC News, citing officials, reported that police had found "multiple explosive devices" in Boston, raising the possibility of a coordinated attack.

The twin explosions come more than a decade after nearly 3,000 people were killed in airplane strikes on New York, Washington and Pennsylvania on September 11, 2001.

The sense of panic in the immediate aftermath of the blasts, and fear of more explosions, was so acute that Boston authorities urged people not to congregate in large crowds.

Senator Dianne Feinstein, chair of the Senate Intelligence Committee, said she believed the blasts were in fact an attack but it was unclear if the perpetrators were homegrown or foreign.

Asked if this was terrorism, she told reporters: "It looks that way."

Security was stepped up in New York and Washington -- both sites of 9/11 attacks -- as well as in Los Angeles and San Francisco.

In the Big Apple, police said they were boosting security at hotels and "other prominent locations in the city."

The blasts in Boston rattled US markets, sending the Dow and the S&P 500 down at the close.

The Boston Marathon is one of the biggest annual athletic events held in the United States. Racers must qualify to compete and there are tens of thousands of spectators.

The race attracts world-class athletes, most of whom would have likely completed the race a couple of hours before the blast went off. The video clip of the blast showed the marathon timeclock at 4:09:44.

Hours later, the flag at the majestic white dome of the US Capitol in Washington was lowered in honor of the blast victims. (LINK)
Share:

Wednesday, January 23, 2013

Inilah Hukum Karma. Dont Forget!

Inilah Hukum Karma. Dont Forget!

Aku yakin dengan pembalasan dari Allah, pembalasan dari setiap perbuatan yang telah aku lakukan. Bile sesuatu perbuatan baik, maka baik pulalah balasannye, begitu jugak perbuatan yang jahat.. Allah akan membalas sepertimane kejahatan yang pernah dia lakukan. Aku yakin semua tu, dan pada hari ini termasuk semalam, adalah hari dimana salah satu kejahatan yang aku lakukan dibalas oleh Allah.

Yap memang aku sedar, banyak salah silap yang aku buat kat dunia ni belum terbalas.. baru satu je pembalasan dari Allah, aku dah tercungap2.. apetah lagi nanti di akhirat? kadang2 dosa yang aku lakukan, bukanlah satu dosa yang tidak mungkin untuk kita hindari, sangat jelas dan cerah dimata orang "itu" adalah kejahatan, itu adalah sebuah kezaliman terhadap orang lain?

Bile hukum karma telah ditetapkan bagi setiap manusia, takde sape yang boleh melarikan diri.. takde sape yang boleh cari alasan untuk melepaskan diri, takde sape.. kalau ada, tolong bagi nama, aku nak tahu.. dalam agama mana pon, agama atheis sekalipun.. percaya dengan adanya hukum karma, pembalasan dari setiap perbuatan yang telah dilakukan..

So.. bile aku di-sound oleh lecturer(pembimbing) aku, bile aku diherdik, skripsi aku dicampak macam tu je depan mata aku, padahal aku datang cume nak slowtalk (cakap baik2) dan bagitahu dia tarikh untuk sidang tak lame lagi bakal ditutup tanpa kompromi, tu je aku nak bagitahu.. tapi ape yang aku dapat adalah herdikan dan bahasa yang kasar "Pergi kamu dari sini, saya ga mahu lihat kamu lagi!".. adakah itu sifat seorang guru yang bertanggungjawap mendidik anak muridnya?

Sebab aku dimarahi? sebab selalu sangat jumpe dia, sms waktu malam (sekali je), banyak kerja yang perlu diselesaikan. Aku tak dendam dengan beliau, kot mane jahat pon beliau, beliau adalah guru yang pernah mengajar aku, tapi ape yang membuatkan aku tertanya-tanya.. bapak tu takde perasaan belas kasih ke? perasaan untuk memahami mahasiswa? aku tahu beliau seorang yang berdisiplin, tapi.. why dont you show a little respect? haha.. 

Takper, semua ni adalah balik pada diri aku, macam mane yang aku cakap tadi, hukum karma, Allah membalas kejahatan yang telah aku lakukan dari dulu sampai lah sekarang.. dan barulah aku terasa betapa peritnya orang yang telah aku zalimi, tu baru sikit, serius baru sikit.. baru permulaan Allah nak siapkan balasan yang seterusnye.. adakah aku akan mati dalam berhadapan dengan pembalasan Allah?

Aku redho dengan ape yang akan ditetapkan bagi aku masa sekarang dan selepas ni.. walaupun aku sanggup meninggalkan dunia ni, moga Allah mengampumi dosa aku, dosa saudara2 aku, dosa mak ayah aku, takde ape yang boleh aku berikan selain doa, sebab.. apelah insan yang hine macam aku ni nak balas jasa mereka-mereka tu? dengan begitu banyaknye kejahatan aku? hanya Allah adalah harapan bagiku dunia akhirat. Dan.. aku redho, kalau untuk semester ni aku tak selesai kuliah, semua tu ada baik, ada pulak buruk dia kalau aku habis awal.. semua tu dalam genggaman Allah.
Share:

Saturday, December 15, 2012

Niat Jela, Mesti Dapat Punye..

Alhamdulillah bangun jugak aku.. walaupun sejuk tahap merona, tapi memang ni kehendak aku dari semalam, dan bukan kehendak aku yang membangunkan aku untuk menghadapi kesejukan subuh ni.. tapi kewajipan lah yang menggerakkan tubuh yang mati ni untuk bangun menjalankan kewajipan sebagai seorang manusia. Serius bukan senang nak bangun subuh weyh.. kome ingat bangun subuh macam makan nasik lauk ayam ke? jenuh jugak nak nak suh badan ni tegak, padahal takde lah "beso" mane badan aku.

Niat Jela, Mesti Dapat Punye.. Mule-mule dulu memang payah, siap berjanji2 dengan Allah.. barulah dapat sikit kekuatan untuk bangun, sius weyh aku susah bangun subuh, tapi mende yang susah tulah aku nak cube carik solusi, camne cara yang efektif untuk bangun subuh, setakat nak suruh kawan gerak, sampai bergegar bilik aku, barulah tersedar.. itupun sound balik, haha.. aah memang, aku ada satu cara terbaik untuk bangun subuh, mudah je sebenar cara dia, mula2 je rasa kekok, pastu "steady" jer..

Dulu memang cara ni aku buat sungguh2 untuk gerakkan tubuh ni bangun subuh.. skang, maybe dah biasa sikit, so ada la keringanan tu. Cara dia? Semangat... semangat? yelah semangat.. semangat pon tak paham ke? untuk bangun subuh, korang cume kene ada semangat yang mantap je, tu je.. bukan susah, simple je, nak dapat semangat tu macam mane? lagi la mudah..

Sebelum tido, tekadkan dalam diri, tekad untuk bangun setelah mati.. tekad dengan keyakinan itu menjadi perkara wajib bagi setiap manusia terutama diri sendiri, korang yakin tak dengan ape yang Allah dah bagitahu? "Tidak Aku Jadikan Manusia Dan Jin Hanya Untuk Beribadah". Aku baca tu saje dah dapat semangat, apetah lagi memang sejak azali manusia ni diwajibkan untuk beribadah. Ini bukan skema bro-sis.. ni untuk naikkan semangat korang tuh!

Ada satu cara simple yang boleh aku share dengan korang kat sini.. selame aku hidup ni, cume berape kali je "die bantu" aku untuk bangun subuh, sekali masa aku kat Maahad dulu, sekali dan beberapa kali masa aku kat Aceh ni ha. Haa? aah.. aku mintak bantuan Malaikat Allah.. gempak je bunyik kan? padahal aku cuak gak masa first2 tu, bukan nak kate aku alim ke bagus la bro-sis, tapi ni antare jalan yang pernah gua tempuh untuk membangunkan diri ni, dan korang pon buleh cube pe?

Aku takde lah berdoa gile sebelum tido, mintak tolong Malaikat (insyaallah beliau) untuk gerakkan aku bangun subuh, aku cume niat, tapi mau tau la niat aku tu bukan main2 la cite dia.. niat sungguh2 la kawan, bukan niat pada Malaikat tuh, niat pada Allah la. Sebenar tak tahu pon, ntah macam mane.. aku cakap la dengan Allah, "Y Allah, aku nak bangun subuh, tolong gerakkan aku?". Then.. tepat waktu subuh, aku digerakkan dengan satu tarikkan pada ibu jari kaki, first2 memang rasa kuat, dan confirm terbangun punye, ntah setan?

Aku cube berfikir logik, tak mungkin setan yang bangunkan aku untuk Subuh melainkan ada bende dunia yang penting untuk aku settlekan, dan tak mungkin jugak member sedorm dengan aku, sebab drang pon kaki dengkur dan memang sorang pon tak bangun masa tuh, dan boleh jadik jugak jin islam, boleh jadik jugak tentera Allah yang aku tak tahu, tapi yang menjadi keyakinan aku sampai sekarang, beliau adalah Malaikat. Thanks to Allah, bukan senang woo nak bangun subuh, tahu la korang sharp bangun subuh.. eh yeke?
Share:

Sunday, March 11, 2012

Doa Pakai Baju, Doa Buka Baju

Doa Pakai Baju :

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ اَّلذِى كَسَانِى مَا أُوَارِى بِهِ عَوْرَاتِى وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِى حَيَاتِى

Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian untuk menutup auratku dan memperindah diriku selama hayatkku.

رواه الترمذى3483
( الأذكار 23 )
HR. ATTURMUDZY 3483
Lihat kitab Al-Adzkaar halaman 3483

Doa Buka Baju :

 بسم الله الرحمن الرحيم
بِسْمِاللهِ الَّذِى لاَاِلَهَ اِلاَّهُو 

Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia (Allah) 

Apekelah susah sangat nak ngapal dua doa nih? mende asas yang rasanya tak ramai orang amalkan.. yelah, pakai baju apelah sangat, bukan nye nak makan ke.. solat ke nak doa2.. Hah.. itulah detailnye Islam ni, sampai ke Doa Buka Baju, Doa Pakai Baju pon Islam ajar, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Maksudnye dalam Islam ni semua perkara Allah dah ajarkan pada manusia, nak tak nak jer.. padahal on9 24hours takder hal.. nak search sikit punya hal pon tarak masa. Nih bukan sound direct korang, tapi sound diri aku lah, tapi kalau yang dah terasa tuh.. senyum2 sokmo la ye..

Aku taknak bebel panjang, sebab matlamat utama aku untuk artikel kali ni hanya untuk share ayat2 yang jarang kite nak pandang, bende remeh, yang remeh tulah Allah akan tanya nanti ^_^.. yang penting kta hafal dan amal ayat tu untuk diri kita dan bekalan kat akhirat sok.. lagipon, malu oooo kalau anak cucu tanya "Tok! ajar min doa pakai baju?" atok pon jawap "Atok terlupe la cu.. tanya nenek ye"  nyaris la nenek dia tahu, kalau idak? tapi bukan tulah ape yang kite nak.. macam yang aku cakap tadi, mende remeh.. yap remeh tulah yang jadi mende penting buat kite satu hari nanti.

Aku sebenar nak share jugak Doa Tengok Cermin yang selama ni aku amalkan.. itu pasal macho je kan? oh salah? ok sori.. banyak kebaikan dari hafal2 doa harian nih, paling2 dapat jugak kita ingat kat Allah, yelah nak zikir pon dah satu hal malas bebenor rasanye.. so ingatkan diri kita pada Allah dengan cara berdoa kat mana2 jer pon, bismillah pon dah kira zikir.. apetah lagi dengan doa amalan harian kite? mintak dekat Allah tu free jer, bukan mintak dekat kawan2.. kompom2 ada komisen.. tambah2 kawan yang tak boleh pakai huem lagilah. Ni Tuhan kite, taknak jugak.. memang problem..

Credit :
Share:

Friday, February 24, 2012

Info Tentang Lynas

Info Tentang Lynas

Ape tu Lynas? yang orang rami dok buat demo baru2 ni mengenai ketidak setujuan tentang Lynas.. aku malas nak syarah panjang pasal Lynas ni, tapi nak paste satu artikel berkaitan dengan Lynas.. rasanya baik untuk korang amik tahu lebih mendalam ape sebenar Lynas tu.

Paste dari link : http://pemudatua.blogspot.com/2011/05/ringkasan-berkenaan-isu-lynas.htm


(Versi 6.0 - 03/06/11)

LYNAS : Apa Yang Perlu Anda Ketahui

1.      Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
2.      100% milik Lynas Australia.
3.      Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
4.      Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
5.      Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP Lynas siap dibina.
6.      2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng.
7.      Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan.
8.      Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
9.      Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
10. Bebas Cukai selama 12 tahun.
11. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
12. Harga satu tan pada RM364, 800.
13. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
14. Setiap kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau ‘rare earth’. Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam ‘gas mantle’ sebagai lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana kesan radioaktif.
15. Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka. 1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan arang batu.
16. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan mengeluarkan ‘rare earth’ atau nadir bumi untuk keperluan global pertama diluar China.
17. Lynas telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 ‘letter of intent’.
18. Keseluruhan simpanan simpanan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga 180 ribu metrik tan setahun.
19. Perlombongan ‘rare earth’ di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.
20. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
a.     ‘Ore’ atau Bijih dilombong di Mount Weld Australia.
b.     Bijih tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. ‘rare earth concentrate’ inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui pelabuhan kuantan.
c.     Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya.
d.     ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan menggunakan  kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu ringan atau berat.
e.      Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
21. Untuk setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan. Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid sulfurik dan asid hidroklorik.  Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng. ‘Light Rare Earth Elements (LREE)’ akan menggunakan 50 tanki bahan ini ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk ‘Heave Rare Earth Elements (HREE)’. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik? ‘Toxicity’ atau tahap keracunan adalah amat tinggi. Ia juga adalah ‘corrosive’ atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan kemungkinan juga kanser. penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)) kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.
22. ‘Rare earth ore’ atau bijih nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Kebanyakan pengeluaran elemen nadir bumi atau rare earth adalah dari mineral monazite dan bastnasite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Terdapat cadangan untuk menggunakan Thorium sebagai sumber tenaga untuk menjana 2 reaktor nuklear baru yang dicadangkan akan dibuka di Malaysia dan salah satunya di Temerloh Pahang.
23. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia (2500KM) untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium untuk setiap metrik tan.
24. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun (Fasa 2) manakala 11 ribu tan setahun (Fasa 1) ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan radioaktif Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
25. Bijih Timah juga mengandungi Monazite. Thorium dari Bijih Timah adalah di sekitar 6% lebih tinggi berbanding 0.16% dari Mount Weld Australia. Walaubagaimanapun, jumlah metrik tan perlombongan monazite dari perlombongan bijih timah telah berkurangan dari 2920 metrik tan pada tahun 1988 ke 1147 metrik tan setahun pada tahun 1999. Dari perkiraan sisa Thorium dari monazite perlombongan bijih timah hanya di sekitar 68.82 metrik tan setahun berbanding 121 metrik tan sisa buangan radioaktif Thorium dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng iaitu 2 kali ganda setahun. Thorium adalah ‘by-product’ atau bahan sampingan dari pemprosesan ‘rare earth concentrate’ ke ‘rare earth oxide’ di Kilang LAMP kepunyaan LYNAS di Gebeng Kuantan. ‘By-product’ inilah sisa bahan radioaktif yang digeruni. Persoalannya berapa banyakkah ‘by-product’ Thorium yang akan dihasilkan setahun dan bagaimanakah ianya disimpan dan dilupuskan. Apakah impak kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat khususnya di Balok (3KM) jika kebocoran simpanan sisa radioaktif ini berlaku dan tersebar melalui udara, air dan tanah.
26. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
a.     Thorium-232 mempunyai  jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
b.     Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai  jangka hayat 75,4000 tahun.
c.     Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
d.     Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
e.     Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
f.        Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
g.     Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
27. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. Masih terdapat 80,000 tong drum atau ‘steel barrels’ sisa radioaktif di sana. Jelas, pemprosesan nadir bumi atau ‘rare earth’ akan menghasilkan beribu-ribu tan sisa radioaktif seperti dalam kes Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Sisa yang masih tinggal akan disimpan 3 batu jauh ke dalam hutan simpan di mana bahagian atas bukit akan dipotong dan sisa akan ditanam lebih 20 kaki ke dalam tanah dan ditutup dengan simen dan gypsum.
28. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
29. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia.  Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rambut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
30. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
31. Kes 5: Jelas, kegagalan di dalam menguruskan sisa radioaktif akan memberi kesan kepada persekitaran dalam kes Kilang Molycorp di Death Valley California Amerika Syarikat.
32. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
a.     Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
b.     Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
c.     Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
d.     Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
e.     Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
f.        Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
33. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
a.     ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
b.     Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif (2 muka Surat) yang dipaparkan di halaman web.
c.     Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
d.     Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
e.     Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
f.        Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik. Tahap radiasi dari sisa buangan Thorium dikatakan rendah sehingga ia boleh dianggap sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif berdasarkan standard antarabangsa? – Kenyataan Menteri MOSTI Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili. Bijih nadir bumi di Mount Weld dikatakan mengandungi radioaktif sederhana Thorium dan Uranium berdasarkan laporan EPA Australia dan bukannya rendah!. Kenyataan tersebut juga tidak dikaitkan dengan kenyataan ‘ratio’ sisa 55:10000 oleh CEO Lynas sendiri yang akan dihasilkan dari pemprosesan ‘rare-earth concentrate’ di Gebeng Kuantan. Malah sisa-sisa buangan lain juga tidak dimaklumkan sebagai contoh Gas Radon yang dihasilkan (juga adalah radioaktif) dan mungkin akan terlepas ke udara ketika pemprosesan ‘rare earth concentrate ke rare earth oxide’ kerana menggunakan jumlah besar bahan asid bertoksik tinggi seperti Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik pada suhu yang amat tinggi. Isu sebenarnya bukan berkenaan sisa buangan radioaktif sahaja, tetapi berkenaan semua sisa buangan yang terhasil dalam pelbagai bentuk (gas, cecair/‘liquid’ dan ‘solid’/pepejal) dan bagaimana pengurusan sisa itu dibuat oleh Lynas. Lynas pula telah menggunakan piawaian negara China (<74 bq/gm ) untuk mengklasifikasikan sisa buangan radioaktif itu yang dikatakan disekitar 61 bq/gm dan 65 bq/gm oleh EIA Malaysia sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif sedangkan EPA (Environmental Protection Agency) di Australia telah menetapkan 1.0bq/gm ke atas sebagai bahan radioaktif.
g.     Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
h.     Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
i.         Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini. Pendedahan terbaru pahangdaily.blogspot.com jelas mengukuhkan fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh jawatankuasa BADAR dan Save Malaysia, Stop Lynas sebelum ini bahawa ‘panel bebas’ IAP yang dikatakan tidak bebas itu dan diketuai oleh IAEA sendiri terbukti mempunyai hubungan langsung dengan adik kepada Menteri Besar Pahang iaitu Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penyelia atau ‘Governers’ IAEA sendiri (2009-2010).
j.         Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
k.      Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa. Terdapat 18 Akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongan di Mount Weld Australia. Berapa banyakkah Akta di Malaysia untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran terpelihara?. Penilaian keselamatan takungan sisa buangan cecair di Mount Weld Australia menunjukkan bahawa potensi pencemaran atau ‘contamination’ tetap ada. Lynas dikehendaki mempunyai sistem pengawasan dan pengurusan air bawah tanah atau ‘groundwater’.
l.         ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
m.   Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
n.     Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
o.     Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 ‘Ringkasan dan Rumusan’ (muka 8-13). PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan ‘Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusaha mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthanide’. Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan  berdasarkan kepada ‘Penilaian Kesan Radiologi’ MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7). Bagi projek sebegitu rumit yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera dari JAS dan Kerajaan Negeri Pahang(2-3 Minggu, normally 6 month) tersebut menimbulkan persoalan yang serius.
p.     Apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Ini tidak seharusnya berlaku seolah-olah RIA tidak penting sebagai syarat kelulusan PEIA.
q.     Cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi:
                                                   i.      Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;
                                                 ii.      Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya;
                                                iii.      Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;
                                              iv.      Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59).
r.        Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas.  Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya?
s.       Proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?
t.       Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar. Salinan pembentangan Lynas di persidangan nadir bumi atau ‘rare earth’di Hong Kong jelas menyatakan insentif FDA (Foreign Direct Investment Malaysia) iaitu pengecualian cukai 12 tahun diberikan kepada Lynas. Mungkin hanya tertumpu kepada hasil cukai pada akhir Tahun ke-13 Lynas beroperasi di Gebeng dan pelaburan infrastruktur RM700 juta yang jelas memberikan sebahagian peluang perniagaan kepada pihak tertentu. Peluang pekerjaan jelas hanya untuk 350 orang.
u.     Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, ‘masih belum didedahkan oleh Lynas)’ (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lynas-waste-plans-unclear-says-australian-mining-expert/);
v.     Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;
w.   DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;
x.      Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci;
y.      Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.
z.       Lynas berhasrat untuk menyimpan sisa buangan radioaktif itu di lokasi simpanan Kilang LAMP di Gebeng Kuantan secara kekal ketika memohon lesen dan bercanggah dengan kenyataan Raja Aziz dari AELB bahawa simpanan itu adalah sementara. Jika sisa buangan itu diklasifikasikan sebagai sisa berjadual atau ‘schedule waste’, maka lesen sisa berjadual itu perlulah dipohon dari Jabatan Alam Sekitar (DOE). Malah jumlah sisa haruslah dikenalpasti dan berapa lama bahan sisa berjadual itu boleh disimpan akan ditetapkan oleh DOE sendiri. Selalunya di sekitar 3-6 bulan sahaja. Dalam kes Huntsman Thioxide (HT) di Kemaman, sisa berjadual mereka dikatakan telah disimpan tanpa dilupuskan semenjak tahun 1992 sehingga kini secara   ‘landfill’ di kawasan dengan keluasan 500 hektar dan kini semakin penuh. Huntsman Thioxide (HT) Kemaman menghasilkan Titanium Dioxide. Titanium dioxide banyak digunakan di dalam makanan, kosmetik, bahan perlindungan cahaya UV, ceramic dan bahan getah.  Proses menghasilkan ‘pigment’ Titanium Dioxide itu juga banyak menggunakan sama ada asid sulfurik atau gas klorin. Sisa yang terhasil atau ‘by-product’ daripada proses itu adalah sisa pepejal, sisa asid yang kuat dan lemah, sisa ‘neutralised’, sisa dirawat dan habuk atau ‘dust’. Pendedahan secara berterusan bahan sisa itu di dalam kuantiti yang tertentu mampu memberi kesan kepada paru-paru, kulit dan kerosakan organ. Isu sebenarnya adalah berkenaan polisi dan mekanisme perundangan yang tidak mencukupi dari agensi kerajaan tertentu di dalam mengawal selia atau menguruskan sisa buangan atau ‘by-product’ yang dihasilkan dari setiap pemprosesan khususnya dari aspek ‘Schedule Waste Management’ di Malaysia. Bagaimanakah upayanya agensi kerajaan ini di dalam menguruskan semua sisa buangan radioaktif itu dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng Kuantan pula?
aa.           Kenyataan Lynas yang memaklumkan bahawa sejumlah wang telah didepositkan oleh Lynas kepada AELB sebagai jaminan jika berlakunya pelepasan bahan bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan mereka jelas menunjukkan tiada jaminan 100% dari Lynas bahawa pelepasan bahan bahaya ini tidak akan berlaku langsung.
bb.           Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB, dan bekas Pengarah Perlesenan AELB bahawa Ceramic mengandungi Thorium adalah tidak berasas kerana Ceramic tidak mempunyai bahan ‘metalic’ di dalamnya. Thorium dan Uranium adalah bahan ‘metalic’ dan kedua-duanya adalah bahan radioaktif.
cc.Thorium yang dikatakan digunakan kepada Ceramic hanyalah untuk ‘ceramic glaze’ atau bahan lapisan di atas ceramic untuk lukisan, warna, dan tahan air sahaja dan dikenalpasti oleh Suruhanjaya Perundangan Nuklear Amerika Syarikat(NRC) sebagai “kuantiti yang tidak penting” atau "unimportant quantities". Di mana, hanya 50mg Thorium sahaja yang terdapat di dalam rod ‘welding’, kurang 2gm di dalam lampu dan kurang dari 20% di dalam ‘ceramic glazes’ itu. Kenyataan bahawa kenapa rakyat tidak membantah Thorium di dalam Ceramic dan hanya kepada sisa Thorium dari Lynas adalah tidak berasas dan berniat untuk mengelirukan rakyat. Jawapan yang sama kepada marble dan tile.
dd.           Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB itu berkenaan sisa radioaktif Thorium itu yang boleh dipegang kerana pancaran radiasi yang lemah dan tidak bahaya juga disanggah. Terdapat 3 jenis pancaran radiasi nuklear iaitu ‘alpha particles’, pancaran beta dan pancaran gamma. ‘Alpha particles’ hanya begerak dalam jarak yang amat dekat di udara malah boleh dihentikan dengan sekeping kertas, udara dan lapisan kulit yang mati. Sinar beta pula bergerak dalam keadaan yang laju tetapi hanya boleh melepasi elemen atau bahan yang tipis. Sinar gamma pula adalah gelombang elektomagnetic berkuasa tinggi yang boleh melepasi beberapa inci besi seperti X-Ray.  Kenyataan beliau bahawa pancaran dari Thorium adalah sinar alpha atau ‘alpha particles’ dan boleh dihalang oleh lapisan luar kulit jika dipegang, walaubagaimanapun, jika ‘alpha particles’ itu masuk ke dalam badan, ia tetap akan menyerang tisu dan organ dalaman kerana tiada perlindungan seperti yang sedia ada pada kulit luar manusia tadi. Ancaman lain adalah ‘radioactive dust’ atau habuk radioaktif kepada manusia dan juga Gas Radon. Pencemaran alam dari industri nadir bumi adalah ‘significant’. Industri nadir bumi negara China menghasilkan 13 Billion m3 gas dan 25 juta tan air sisa sehingga memaksa pengurangan kuota export nadir bumi mereka dari 72% ke 35% di suku pertama 2011.
ee.Penggunaan Thorium pada filem X-Ray di hospital juga sudah tidak digunakan lagi.
ff.     Lawatan ke Mount Weld oleh MOSTI, wakil AELB, dan wakil  Kerajaan Negeri Pahang tidak melibatkan panel bebas yang lain termasuk wakil kepada rakyat khususnya dari pihak Pakatan Rakyat malah NGO’s. Ketelusan kajian amat diragui.
gg.           Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) baru-baru ini juga mendedahkan bahawa Lynas akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka, satu jumlah penggunaan yang cukup besar dan dianggarkan melebihi penggunaan harian seluruh penduduk Kuantan termasuk menghasilkan air sisa yang dikatakan juga mengandungi sisa radioaktif yang dirawat dan dilepaskan ke sungai yang berhampiran. Persoalan seterusnya apakah yang akan berlaku jika air sisa itu gagal dirawat? Apakah juga akibatnya jika simpanan air sisa itu melimpah ke sungai yang berhampiran kerana beberapa sebab tertentu khususnya akibat banjir yang selalu melanda Kuantan?

Jika anda seorang ibu atau ayah, cuba renungi mata anak-anak anda dan katakan kepada diri anda, haruskah perkara ini diabai atau diendahkan?.

Jika tidak, kehadiran kita di Stop Lynas Solidarity Walk dari KLCC ke Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng pada 20hb Mei ini jam 2 petang amat dituntut.

Katakan Tidak Pada LYNAS!!!


Share:

Thursday, February 23, 2012

Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?

Bilakah PRU 13 Akan Dilaksanakan?

Semalam aku call father aku kat Malaysia, tanya2 kabar kat sane macam mana sihat ke semua? dengo2 mak tak jadik nak gi Johor sebab mak tak larat jalan jauh2.. lagipon dari Perak ke Johor bukan dekat beb, walaupun anak sedara kawen.. paling2 kita hadir waktu kat Ipoh. Tengah2 best nyembang, aku menyampuk tanya father.. "Ayah bile PRU 13 ea?" terjadilah perbualan antara kami berdua :

Father : Owh.. PRU 13 tuh akan berjalan kalau kerajaan dah tetapkan masa tertentu..

Aku : Aik.. dengo2 kan yah, bukan ke nak buat ujong tahun ni? tapi dalam harakah takde pulak drang sebut.. betullah, ni kan Pilihan Raya Umum, mestilah under goverment..

Father : A'ah.. memang di bawah kerajaan, itu pasal kalau kita baca kat mana2 news paper pon yang bersangkutan, mesti banyak isu yang dibahsakan.. tak kire la isu ape sekalipun, salah cakap sikit mesti kene hentam padahal mende tu sikit jer.. kerajaan dah takde idea lagi untuk menarik minat pengundi undi BN..

Aku : Orang semua dah pandai yah.. drang dah boleh pikir tambah2 mahasiswa.. lagi lah.. tapi drang amik kesempatan pada rakyat2 miskin atau pendalaman, bagi beras sikit.. ada hari tuh, terbaca yang BN adakah perhimpunan untuk bagi beras setiap individu yang hadir ke perhimpunan tuh. Tapi, last minit drang ni edarkan borang serta BN pada semua yang hadir, ni jelas tak adil dan tektik kotor dari kerajaan sendiri..

Ayah : Itu semua dari dulu lagi kita dah boleh baca wat.. tektik sama jugak sampai orang dah boleh tahu.. mesti ada ape2 ni kalau tibe2 kasi beras? selalu tak pernah pun.. time PRU jer bagi macam2.. bile dah naik, menang kerusi, terus lupe rakyat.. buat macam2 kezaliman terhadap rakyat sendiri, amik duit rakyat untuk kepentingan peribadi.. rasuah sana sini, abaikan hak rakyat dengan alasan yang tak munasabah, bile PRU.. buat talam dua muka, semua bagi.. laptop la, duit la, kain pelikat la.. padahal peruntukan untuk semua tu apela sangat banding imbuhan yang drang akan dapatkan bile dah menang nanti..

Aku : Hmmm.. lagipun, awt tengok sistem pemerintahan sekarang ni dah sekuler, takde lagi yang dinamakan dengan mengikuti Quran dan Sunnah, patut la macam2 bencana datang kan yah..

Ayah : Itulah pasalnya, Malaysia mesti diperintah oleh PAS sebab PAS (termasuk PKR) adalah satu2nya parti yang berlandaskan pemerintahan Islam sebenar. Dah jelas2 BN buat jahat, termasuklah lesen JUDI, ARAK, PELACUR dan baru2 ni kerajaan lepaskan kapal ZIM kepunyaan Negara Israel laknatullah. Memang dari pernyataan PM sendiri, drang tak admit adanya hubungan dengan Israel, tapi bile adanya kapal dari Israel mai belabuh kat lembah Klang tuh kerajaan buat donno. Bukan tak tahu dan mestilah ada report dari perlabuhan Klang tuh sendiri. Tapi boleh masuk.. 

Aku : A'ah ada jugak baca tu..

Ayah : Itu pasal, lesen bile PRU 13 dilaksanakan, jatuh atas kerajaan.. tak boleh nak bagi tarikh bile.. drang akan kumpulkan segala macam kekuatan termasuklah tipu daya, kata2 manis dan lain untuk menarik minat pengundi, bile drang dah kuat barulah drang akan umum.. tapi rakyat tak bodoh macam BN..

TUT.. TUT.. TUT.. TUT..

Alahai habis kredit la pulak.. tapi jadik la Rp10.00 buleh cakap lelama.. hihi.. dengan mother pon da cakap tadi.. so lepas kewajipan aku sebagai seorang anak untuk mengatakan keadaan semasa kat sini macam mane, bukan wajib belajar jer.. ^_^ Ape2 pon.. masa depan Negara Malaysia terletak di tangan anda semua, baik di balas baik dan jahat dibalas jahat. Undilah PAS insyaallah Malaysia akan maju jaya, Amin..
Share: